Wednesday, August 27, 2008

HATI



Hari ni aku nak bicara soal hati. Hati raja bagi diri manusia. Huh! takutnya.. bagaimanalah keadaan hati aku ya.. Pagi ni aku terbaca kata-kata di atas dlm buku 'Bagaimana Menyentuh Hati'. Aku terbaca ayat Al quran tu dan kata-kata seterusnya.. ohh... sangat tersentuh hatiku..

Baru-baru ni aku rasa sgt marah kepada seseorang.. lantas kuteringat lagi soal hati.. Oh nasihat suamiku kepadaku.. marah itu adalah pintu syaitan utk masuk ke dalam hati kita.
Jika kita sedang marah kita hilang akal. Bila hilang akal kita hilang rasional.. oh tuhan.. Rasulullah marah bila Islam dipersenda.. mcm juga kawan aku kak nashita pun selalu marah-marah. DLm email pun marah. Tapi dia marah kat SB. Kat Kerajaan yang zalim. Kat kuncu-kuncu kerajaan BN yg zalim.. marah tu mmg patutpun.. entah kenapa dlm pilihanraya ni selalu plak teringat kat dia.


Atas dasar nak cari tazkirah tentang marah dlm internet.. maka terjumpalah satu artikel ni. Lupa nak save laman blognya. Tapi pengajarannya.. moga aku menjadi insan yg mampu mengawal kemarahanku...

Firman Allah:Mereka yang menahan marah dan memaafkan pada sesama manusia. Dan Allah kasih pada orang yang berbuat baik ( Al-Imran 134 ).

Firman Allah:Dan jangan memalingkan mukamu dari orang2, jangan berjalan di bumi dengan sombong. Sungguh Allah tidak kasih pada semua yang sombong lagak atau sombong lidah ( Lukman 18 ).

Hadist: dikutip dari buku Riadhus Shalihin
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukannya ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergulat, tetapi orang yang kuat yaitu orang yang dapat menahan hawa nafsu pada waktu marah

Sulaiman bin Shurad r.a berkata: Ketika saya duduk bersama Rasulullah s.a.w mendadak ada dua orang saling memaki, sedang salah satu dari padanya telah merah wajahnya, serta tegang pula urat lehernya, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Saya mengetahui suatu kalimat yang kalau dibaca pasti hilang apa yang dirasakannya, yaitu “A’UUDZU BILLAAHI MINASYSYAITHOONIRROJIM”. Maka para sahabat memberitahukan pada orang yang sedang marah itu: A’UUDZU BILLAAHI MINASYSYAITHOONIRROJIM”.

Mu’adz bin Anas berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: Siapa yang menahan marah, padahal ia dapat memuaskannya (melaksanakannya). Maka kelak pada hari qiyamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian mahluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya.

Mungkin akan ada yang bertanya, bagaimana kalau yang dapat menahan marah itu wanita? Insyaallah, mungkin si wanita itu akan dijadikan bidadari dan akan dipilih oleh pria tampan yang ia sukai ketika di dunya……..Ya Allah ampunilah kalau pemdapat saya ini salah, yah ini mah hanya tambahan dari saya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui…..


Marilah kita simak dan hayati firman Allah dan hadist di atas itu. Memang kita sebagai manusia yang tidak luput dari dosa dan kesalahan, tidak ada manusia yang sempurna di atas jagat raya ini.. Apalagi dalam keadaan masa kini, yang mana kehidupan manusia banyak di pengaruhi oleh pengaruh2 yang sebagian tidak baik yang kadang2 dapat menimbulkan stress, emosi, menimbulkan ketidak puasan dalam menghadapi kehidupan, sifat greedy alias rakus, dlsb.


Untuk orang2 yang tidak dapat menguasai perasaan dan emosi, dan tidak adanya kesabaran, keadaan ini akan menimbulkan adanya perkelahian, pertikaian, peperangan, permusuhan bahkan ada yang dapat mengahiri hidupnya sendiri secara paksa.


Maka dari itu marilah coba tips cara mencegah perasaan amarah ini : Apabila kita diserang perasaan marah, coba jangan sekali2 kita mengeluarkan perkataan, perbuatan atau tindakan. Lebih baik diam sambil membacakan “A’UUDZU BILLAAHI MINASYSYAITHOONIRROJIM” dan banyak istigfar…….sampai perasaan marah itu hilang dan jiwa kita tenang kembali, nah waktu hilangnya rasa marah ini mungkin setiap orang berbeda, ada yang mungkin sehari, dua hari, tiga hari…..dst…bagaimana keadaan pribadi masing2. tapi harus menunggu dan merasa bahwa rasa jengkel atau marah atau kesel sama seseorang itu hilang….dan tidak ada unek2 lagi. Apalagi kalau kita mengingat firman Allah dan hadist diatas, mungkin ini akan mempercepat hilangnya rasa marah dan emosi itu.


Setelah hilang rasa marah dan jiwa tenang kembali, barulah kita boleh berbicara, berbuat sesuatu atau bertindak, karena ksemuanya ini akan dilakukannya dengan kesadaran dan pikiran yang jernih sehingga perkataan, perbuatan dan tindakan kita tidak akan menyakitkan dan tidak melukai hati orang itu.Dan juga jangan merasa rendah atau hina kalau kita meminta maaf duluan, walaupun ke orang yang lebih muda usia dari kita atau kita tidak merasa bersalah. Karena menahan marah dan memaafkan (atau minta maaf) adalah perbuatan baik di sisi Allah.
Ini adalah sekedar hanya berbagi ilmu, dan saling menasehati ke jalan yang benar ini mungkin merupakan sebagai ibadah……mudah2an bermanfaat……Maafkan kalau ada kata2 (ketikan2) saya yang salah atau kata2 yang tidak berkenan, maklum saya mah bukan penulis. Mohon maaf lahir bathin……

Monday, August 25, 2008

Bermula Satu Perjalanan Baru di IIC

Alhamdulillah.. dalam KBM IIC, adik-adik usrah di IIC telah duduk dlm 1 group. Membuat INTEAM bersama-sama dlm satu kumpulan usrah. Naqibah diorangpun kena tarik jugak.. Aku la tu siapa lagi.. ehem.. Alhamdulillah.. kami sama-sama merasakan yang usrah kami ni kurang program-program pembangunan dalaman.. Kurang juga komitmen untuk ke program-program anjuran IPT atau KARISMA dari negeri atau daerah lain.

Lantaran itu, kami sama-sama bersetuju untuk set tarikh 14 June untuk program Daurah Intensif I bagi usrah-usrah di IIC. Alhamdulillah dalam Daurah tersebut, aku dan adik-adik telah bersama-sama berkampung di ibu pejabat JIM sejak jam 9.00am pada 14 June hinggalah keesokan harinya dengan disudahkan dengan qiamullail yang dibimbing oleh Pak Andak.

Alhamdulillah sepanjang hari ini, kami telah bersama-sama menerima pengisian tentang Iman dan Ukhuwwah yang diberikan oleh Bro Dhanny.. ha.. tentang ni beliau ada masukkan dlm blog dia http://dhanysarip.blogspot.com. Siap ada powerpoint lagi dlm blog tu. Dalam sesi ini, Bro Dhanny telah meminta adik-adik meluahkan rasa kasih sayang antara sesama mereka.. tajuk ni bagi aku penting, sebab ukhuwwahfillah ni sangat berharga.. terkadang ukhuwwah ini lebih hebat lagi dari pertalian darah. Alhamdulillah, adik-adik pun happy dgn pengisian ini.

Asyi khusyuk menatap bait-bait ayat yg dituliskan buat dirinya


Alang Atie membaca dengan syahdu warkah dari sahabat..

Anjang Kila membacakan warkah yang ditujukan kepadanya sambil Kak Yong khusyuk pula memerhati dan mendengar untaian kata-kata indah buat sahabat..

Alhamdulillah petang pula dgn sesi perkongsian sistem akhlak dalam Islam dan malamnya diikuti dengan Pengisian 'Mengenal Al Quran' oleh Ustazah Zaimah. Malamnya kami tidur bersama di Pej JIM dan sebelum subuh adik-adik berqiamullail bersama dgn bimbingan Pak Andak dan kuliah subuh juga bersama beliau.

Apa yang indahnya dalam program ini ialah dapat tidur bersama, makan bersama.. dan keesokan harinya, tersampailah hasrat berjaulah bersama kerana menghadiri kenduri otai kami dlm KBM di KL iaitu Akh Bai dan Uktie Sodd di Melaka - Bai kata perkahwinan kali kedua!.. dgn pakaian all purple.. adik-adik ni menjadi pengiring pengantin perempuan.. tahniah!

maklumat Daurah boleh dilayari di http://karisma-iic.blogspot.com

Bai dan Sodd... seronok dokong Anis ya.. pasni Anis plak dapat kawan la ya.. hehe


Inilah gambar kami seusrah... tak cukup korum lagi ni sebenarnya..



Tuesday, August 19, 2008

Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa

Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur melihat perkembangan KBM. Aku juga pernah mengikuti program seperti KBM ni iaitu KEMWI sebelum ni di Ulu Tiram Johor. Pak Lurah (Kini Pak Kay), Pak Long, Pak Lang antara mereka yg glamour dalam pgrm seumpama KEMWI ni.. Kini dgn penjenamaan semula melalui KBM, mereka Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa..

KBM Satu Peluang
Nak memulakan sesuatu tu bagiku tak lah mudah. Tak seperti sifu-sifuku dlm dakwah ni terutama akhi Fakhrul. Beliau mmg hebat dlm meneroka dakwah di tempat-tampat baru ni. Tapi Alhamdulillah IIC bukanlah satu medan baru bagi JIM. Ahli JIM Daerah Batu telahpun menerobos lebih awal di kalangan pelajar IIC. Mereka sering dilibatkan dalam fasilitator KRJ, Pameran dan juga sering hadir Hari Keluarga JIM Batu. Cumanya IIC masih dalam bentuk kumpulan usrah sahaja.. Setelah melihat IIC dan juga setelah melihat wajah-wajah bersih adik-adik usrahku.. aku yakin masih ramai lagi di IIC yang seperti mereka.. aku juga yakin KBM akan mampu membangkitkan mereka untuk merasai keindahan Islam...

Alhamdulillah Bai selaku 'otai KBM IPT' telah memberikan aku ruang sebagai Naqibah untuk menghantar wakil dlm KBM IPT yang dianjurkan di ADNI pada 15 dan 16 MAc. Pada masa itu Kak Yong (Fiza Hasni) telah hadir sebagai wakil tunggal. Aku yakin dgn kehadiran wakil IIC ni, mereka akan teruja dgn KBM dan mahu KBM dilaksanakan di IIC. Telahanku benar alhamdulillah. Tahniah Kak Yong.. yang juga SRC di IIC telah berusaha dan menjadikan KBM terlaksanaka di IIC pada 7 dan 8 Jun...

Walau aku tidak dapat sepenuh masa ketika KBM IIC, namun aku bersyukur dan yakin, sinar dakwah di IIC akan menyerlah selepas ini. Dengan kehadiran hampir 50 orang, flight KBM IIC diterbangkan oleh Bai dengan jayanya... Ia juga mendapat pengiktirafan daripada pihak pentadbiran termasuk Deputy CEOnya yang antara lain menyatakan program ini lain dari yang lain. Selepas KBM akau terserempak dgn beliau di IIC. Beliau memberikan komen yg positif tentang KBM. Manakala menurut Kak Yong pula, mereka mahu KBM dilaksanakan setiap semester untuk pelajar IIC sebagai salah satu program pembangunan pelajar di bawah STADD.

Syukur padaMu Allah... dgn bimbinganMu dgn IlhamMu... kini aku semakin ghairah dengan pengislahan di IIC.. moga Engkau terus memberikan taufik dan hidayahMu....

Team KBM KL, Pak Kay, Pak Long, Pak Bee dan Pak Andak ketika hendak bertemu dengan Deputy CEO (STADD) IIC

Peserta ketika KBM IIC

Barisan Fasililator KBM IIC, Damia n the gang

Monday, August 18, 2008

Meneroka Islah di Bumi IIC

Alhamdulillah.. segela puji bagi Allah, akhirnya Allah telah memberiku kekuatan untuk bangkit kembali di persada Islah dan dakwah. Setelah semak-semak di denai kehidupan ku harungi lantaran berlakunya perubahan hidup sebagai wanita yg bergelar isteri :). Satu pengalaman menarik dan syukur pada-Mu ya Rabb kerana kasih sayang-Mu aku masih di sini bersama teman seperjuangan menyahut seruan-Mu walau ku tahu.. aku bukanlah hamba-Mu yang hebat dalam iman mahupun amal.. yang kulakukan adalah dgn kadar kemampuanku...

Menerobos IIC

Syukur. Itulah lafaz berulang kali yg akan terpacul dlm kotak ingatanku tatkala mencoret atau berkata-kata tentang IIC ni.. Indah.. memanglah indah kesempatan yg Allah anugerahkan untuk bersama-sama membawa diri dan orang lain dlm proses pengislahan.. rasa izzah dapat bersama-sama memperkembangkan islah terutama di IPT. Keindahan dan keasyikan yg sukar diungkapkan dengan kata-kata.. Maka benarlah sabda Rasulullah tentang unta merah dan juga mendapat segala dunia dan isinya bagi mereka yg berdakwah dan dgn izin Allah berupaya mengubah org lain ke arah kebaikan..

IIC mula diterokai setelah berpindah ke KL. Dengan perkahwinan tahun 2006 dan perpindahan ke KL kerana mengikut suami, aku diberi amanah untuk melihat adik-adik IIC dan membawa usrah mereka. Setelah usai titik bengik cabaran suasana baru sebagai isteri dan juga ibu, akhirnya bersama Anis Solehah, aku mula berjinak-jinak untuk fokus dgn usrah IIC. Alhamdulillah hasilnya pada Februari 2008, pada tarikh 23hb di UIA Gombak kami telah bersama-sama BERKATIBAH atau MABIT (Malam Amal Bina Iman dan Taqwa) yakni dpt berqiamullail dgn satu pengisian 'Islam Sebagai Satu Caru Hidup' oleh Ustaz Saifuddin Rehan. Dari situ bermula satu titik awal penerokaan demi penerokaan program-program di IIC. Thanks Saifuddin!

Itulah program pertamaku dgn adik-adik di IIC.. bagiku, katibah adalah salah satu wasilah tarbiyyah yg mampu mengeratkan ukhuwwah kerana dpt tidur bersama, makan bersama, qiam bersama.. dan saat itu ANis Solehah sangat kecil dan aku bersyukur kerana Allah anugerahkan aku kekuatan untuk bersama-sama dgn adik-adik IIC ini dengan Si Kecil Anis yang memang Solehah :). Aku perlu tidur bersama-sama adik-adik usrahku kerana aku sangat baru mengenali mereka.. sudah pasti sebagai orang baru.. akan ada jurang ukhuwwah di peringkat permulaan.. dan aku berdoa, agar Allah akan membuka tali-temali yang masih membelit ukhuwwah antara kami agar kami dpt merasakan kemanisan ukhuwah yg sebenar.....





Semoga cahayaMU terus menyinari jalanku
(lokasi di tepi Sg Pahang, Temerloh)

Wednesday, August 6, 2008

Bicaraku Bisu atau Bicaraku Beku...?

Aahh.. malasnya. Berat kurasakan jejariku ini utk klik ke alamat blogku. Malas rasanya nak mengetuk papan kekunci laptopku ini untuk ku nukilkan untaikan ayat. Malas.. malas.. malas... astagfirullah...

Termenung sejenak.. hmm.. betullah.. apa-apa yg dilakukan pun mestilah ada kekuatan utk melakukannya.. teringat kata-kata Ustaz Alias.. 'Sebagai daie kita hendaklah mampu dan dilihat nampu'.. dalam sungguh kata-kata beliau itu..

Hari-hari berlalu.. byk perkara yg ingin aku lakarkan di dalam blogku ini.. namun keinginan hanya tinggal keinginan jika tiada usaha.. akhirnya keinginan itu tenggelam.. kemudiannya sirna dengan tempias kemalasanyg bermaharaja lela...

Malas... malas kerana setiap kali nak menulis teringat kerja-kerja yg lain.. setiap akali nak menulis.. oh.. anakku kelaparan.. perlu disusui..

oh.. alasan pulak.. hmm.. ok la.. insyaAllah akan ada perkhabaran baru dlm diari mayaku ini sedikit masa lagi..

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)