Monday, August 25, 2008

Bermula Satu Perjalanan Baru di IIC

Alhamdulillah.. dalam KBM IIC, adik-adik usrah di IIC telah duduk dlm 1 group. Membuat INTEAM bersama-sama dlm satu kumpulan usrah. Naqibah diorangpun kena tarik jugak.. Aku la tu siapa lagi.. ehem.. Alhamdulillah.. kami sama-sama merasakan yang usrah kami ni kurang program-program pembangunan dalaman.. Kurang juga komitmen untuk ke program-program anjuran IPT atau KARISMA dari negeri atau daerah lain.

Lantaran itu, kami sama-sama bersetuju untuk set tarikh 14 June untuk program Daurah Intensif I bagi usrah-usrah di IIC. Alhamdulillah dalam Daurah tersebut, aku dan adik-adik telah bersama-sama berkampung di ibu pejabat JIM sejak jam 9.00am pada 14 June hinggalah keesokan harinya dengan disudahkan dengan qiamullail yang dibimbing oleh Pak Andak.

Alhamdulillah sepanjang hari ini, kami telah bersama-sama menerima pengisian tentang Iman dan Ukhuwwah yang diberikan oleh Bro Dhanny.. ha.. tentang ni beliau ada masukkan dlm blog dia http://dhanysarip.blogspot.com. Siap ada powerpoint lagi dlm blog tu. Dalam sesi ini, Bro Dhanny telah meminta adik-adik meluahkan rasa kasih sayang antara sesama mereka.. tajuk ni bagi aku penting, sebab ukhuwwahfillah ni sangat berharga.. terkadang ukhuwwah ini lebih hebat lagi dari pertalian darah. Alhamdulillah, adik-adik pun happy dgn pengisian ini.

Asyi khusyuk menatap bait-bait ayat yg dituliskan buat dirinya


Alang Atie membaca dengan syahdu warkah dari sahabat..

Anjang Kila membacakan warkah yang ditujukan kepadanya sambil Kak Yong khusyuk pula memerhati dan mendengar untaian kata-kata indah buat sahabat..

Alhamdulillah petang pula dgn sesi perkongsian sistem akhlak dalam Islam dan malamnya diikuti dengan Pengisian 'Mengenal Al Quran' oleh Ustazah Zaimah. Malamnya kami tidur bersama di Pej JIM dan sebelum subuh adik-adik berqiamullail bersama dgn bimbingan Pak Andak dan kuliah subuh juga bersama beliau.

Apa yang indahnya dalam program ini ialah dapat tidur bersama, makan bersama.. dan keesokan harinya, tersampailah hasrat berjaulah bersama kerana menghadiri kenduri otai kami dlm KBM di KL iaitu Akh Bai dan Uktie Sodd di Melaka - Bai kata perkahwinan kali kedua!.. dgn pakaian all purple.. adik-adik ni menjadi pengiring pengantin perempuan.. tahniah!

maklumat Daurah boleh dilayari di http://karisma-iic.blogspot.com

Bai dan Sodd... seronok dokong Anis ya.. pasni Anis plak dapat kawan la ya.. hehe


Inilah gambar kami seusrah... tak cukup korum lagi ni sebenarnya..



No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)