Monday, August 18, 2008

Meneroka Islah di Bumi IIC

Alhamdulillah.. segela puji bagi Allah, akhirnya Allah telah memberiku kekuatan untuk bangkit kembali di persada Islah dan dakwah. Setelah semak-semak di denai kehidupan ku harungi lantaran berlakunya perubahan hidup sebagai wanita yg bergelar isteri :). Satu pengalaman menarik dan syukur pada-Mu ya Rabb kerana kasih sayang-Mu aku masih di sini bersama teman seperjuangan menyahut seruan-Mu walau ku tahu.. aku bukanlah hamba-Mu yang hebat dalam iman mahupun amal.. yang kulakukan adalah dgn kadar kemampuanku...

Menerobos IIC

Syukur. Itulah lafaz berulang kali yg akan terpacul dlm kotak ingatanku tatkala mencoret atau berkata-kata tentang IIC ni.. Indah.. memanglah indah kesempatan yg Allah anugerahkan untuk bersama-sama membawa diri dan orang lain dlm proses pengislahan.. rasa izzah dapat bersama-sama memperkembangkan islah terutama di IPT. Keindahan dan keasyikan yg sukar diungkapkan dengan kata-kata.. Maka benarlah sabda Rasulullah tentang unta merah dan juga mendapat segala dunia dan isinya bagi mereka yg berdakwah dan dgn izin Allah berupaya mengubah org lain ke arah kebaikan..

IIC mula diterokai setelah berpindah ke KL. Dengan perkahwinan tahun 2006 dan perpindahan ke KL kerana mengikut suami, aku diberi amanah untuk melihat adik-adik IIC dan membawa usrah mereka. Setelah usai titik bengik cabaran suasana baru sebagai isteri dan juga ibu, akhirnya bersama Anis Solehah, aku mula berjinak-jinak untuk fokus dgn usrah IIC. Alhamdulillah hasilnya pada Februari 2008, pada tarikh 23hb di UIA Gombak kami telah bersama-sama BERKATIBAH atau MABIT (Malam Amal Bina Iman dan Taqwa) yakni dpt berqiamullail dgn satu pengisian 'Islam Sebagai Satu Caru Hidup' oleh Ustaz Saifuddin Rehan. Dari situ bermula satu titik awal penerokaan demi penerokaan program-program di IIC. Thanks Saifuddin!

Itulah program pertamaku dgn adik-adik di IIC.. bagiku, katibah adalah salah satu wasilah tarbiyyah yg mampu mengeratkan ukhuwwah kerana dpt tidur bersama, makan bersama, qiam bersama.. dan saat itu ANis Solehah sangat kecil dan aku bersyukur kerana Allah anugerahkan aku kekuatan untuk bersama-sama dgn adik-adik IIC ini dengan Si Kecil Anis yang memang Solehah :). Aku perlu tidur bersama-sama adik-adik usrahku kerana aku sangat baru mengenali mereka.. sudah pasti sebagai orang baru.. akan ada jurang ukhuwwah di peringkat permulaan.. dan aku berdoa, agar Allah akan membuka tali-temali yang masih membelit ukhuwwah antara kami agar kami dpt merasakan kemanisan ukhuwah yg sebenar.....





Semoga cahayaMU terus menyinari jalanku
(lokasi di tepi Sg Pahang, Temerloh)

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)