Tuesday, August 19, 2008

Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa

Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur melihat perkembangan KBM. Aku juga pernah mengikuti program seperti KBM ni iaitu KEMWI sebelum ni di Ulu Tiram Johor. Pak Lurah (Kini Pak Kay), Pak Long, Pak Lang antara mereka yg glamour dalam pgrm seumpama KEMWI ni.. Kini dgn penjenamaan semula melalui KBM, mereka Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa..

KBM Satu Peluang
Nak memulakan sesuatu tu bagiku tak lah mudah. Tak seperti sifu-sifuku dlm dakwah ni terutama akhi Fakhrul. Beliau mmg hebat dlm meneroka dakwah di tempat-tampat baru ni. Tapi Alhamdulillah IIC bukanlah satu medan baru bagi JIM. Ahli JIM Daerah Batu telahpun menerobos lebih awal di kalangan pelajar IIC. Mereka sering dilibatkan dalam fasilitator KRJ, Pameran dan juga sering hadir Hari Keluarga JIM Batu. Cumanya IIC masih dalam bentuk kumpulan usrah sahaja.. Setelah melihat IIC dan juga setelah melihat wajah-wajah bersih adik-adik usrahku.. aku yakin masih ramai lagi di IIC yang seperti mereka.. aku juga yakin KBM akan mampu membangkitkan mereka untuk merasai keindahan Islam...

Alhamdulillah Bai selaku 'otai KBM IPT' telah memberikan aku ruang sebagai Naqibah untuk menghantar wakil dlm KBM IPT yang dianjurkan di ADNI pada 15 dan 16 MAc. Pada masa itu Kak Yong (Fiza Hasni) telah hadir sebagai wakil tunggal. Aku yakin dgn kehadiran wakil IIC ni, mereka akan teruja dgn KBM dan mahu KBM dilaksanakan di IIC. Telahanku benar alhamdulillah. Tahniah Kak Yong.. yang juga SRC di IIC telah berusaha dan menjadikan KBM terlaksanaka di IIC pada 7 dan 8 Jun...

Walau aku tidak dapat sepenuh masa ketika KBM IIC, namun aku bersyukur dan yakin, sinar dakwah di IIC akan menyerlah selepas ini. Dengan kehadiran hampir 50 orang, flight KBM IIC diterbangkan oleh Bai dengan jayanya... Ia juga mendapat pengiktirafan daripada pihak pentadbiran termasuk Deputy CEOnya yang antara lain menyatakan program ini lain dari yang lain. Selepas KBM akau terserempak dgn beliau di IIC. Beliau memberikan komen yg positif tentang KBM. Manakala menurut Kak Yong pula, mereka mahu KBM dilaksanakan setiap semester untuk pelajar IIC sebagai salah satu program pembangunan pelajar di bawah STADD.

Syukur padaMu Allah... dgn bimbinganMu dgn IlhamMu... kini aku semakin ghairah dengan pengislahan di IIC.. moga Engkau terus memberikan taufik dan hidayahMu....

Team KBM KL, Pak Kay, Pak Long, Pak Bee dan Pak Andak ketika hendak bertemu dengan Deputy CEO (STADD) IIC

Peserta ketika KBM IIC

Barisan Fasililator KBM IIC, Damia n the gang

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)