Friday, November 28, 2008

Anis yang suka membaca

Semenjak baby Anis memang suka membaca. Sgt suka buku. Paling suka gambar binatang. Kalau sebut apple Baba kata.. 'anak org putih mana tu sebut apple tu. A - Apple, Anis akan sebut. Baba kata kalau ajar B - baby, anak-anak akan sebut Baby - Baby. B tu tak de. ni pengalaman Baba dgn anak-anak sebelum ni.. huhu ternyata benar. Ketawa Ummi dan Baba bila ajar Anis B - Baby, Anis akan sebut 'Baby - Baby'. :)))

Sekrg dah boleh mengira sampai tujuh :). Satu ketika dulu semua nombor yg diajar akan disebut empat.. tapi sekrg dah pandai dah sebut nombor hingga tujuh. Apa sahaja diajar.. kejap je dah pandai ikut.. hmm.. betullah anak ibarat kain putih. Apa yg mak ayah diajar akan cepat dapat.. jadi jadilah ibu bapa yg mengajarkan yg baik-baik utk anak kita. Bacalah anakku.. bacalah.. moga tabiat ini abadi dlm dirimu selamanya..





Akhirnya Atok dan Opah menjadi tetamu Allah

Alhamdulillah 12.11.2008, jam 9.30mlm Atok dan Opah telah mendaftar masuk di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Malam tersebut juga Atok dan Opah akan dibawa ke KLIA oleh LUTH utk diterbangkan ke Tanah Suci... syukur yg tidak terhingga.. itulah yang mampu Ummi lafazkan selain linangan air mata melepaskan Atok dan Opah ke Tanah Suci.. linangan air mata gembira.. kerana hasrat Atok yang hanya seorang penoreh getah dan opah seorang suri rumah akhirnya terlaksana untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.

Pada malam tersebut semua adik beradik Ummi, suami dan isteri masing-masing serta cucu-cucu atok dan opah berkumpul di Kompleks Tabug Haji Kelana Jaya kecuali abang sulung Ummi - Pak Long Anis. Semua berkumpul. Gembira berbaur sedih. Gembira dgn keberangkatan Atok dan Opah.. sedih kerana ini pertama kali berpisah jauh. Entah jumpa entah tidak lagi.. namun semua mengharap atok dan opah akan kembali beserta haji mabrur..

Atok dan Opah
Manan bin Salleh/Robiah binti Ariffin

Semua keluarga berkumpul

LabbaikAllahummalabbaik.. apabila kalimah ini dilaungkan menandakan pendaftaran masuk jamaah haji untuk dibawa ke KLIA, hati Ummi terus dipanjat sayu.. terasa seolah-olah panggilan Ilahi sedang menanti Ummi juga di Tanah Suci.. satu tempat yang Ummi teringin sangat untuk pergi.. moga Allah perkenaankan hasrat Ummi ini..


Doa Ummi agar atok dan opah sihat sejahtera agar dapat menunaikan ibadah dgn baik.. dapat menikmati kelazatan ibadah di Tanah Suci dan setelah kembalinya mereka nanti. Ummi doakan agar Allah merahmati opah dan atok, melindungi mereka, memayungi mereka dgn rahmatNya dan kasih sayangNya.. moga Allah mengampuni mereka.. membersihkan mereka dari segala dosa setelah kembali ke tanah air.. Ya Allah perkenankanlah permohonanku ini.

Saat-saat perpisahan. Acu bersama Opah


Baba dan Anis turut ada.

Moyang Anis : Ariffin bin Abdullah
Doa Ummi semoga moyang Anis akan berpeluang ke Mekah pada tahun hadapan..


16.11.2008 Ummi turut menziarahi Cik Nor (Norwati Suleiman) yg juga akan berangkat ke Tanah Suci pada 25hb 11 ni. Cik dan suami akh Fuaad Kassim akan menjalani ibadah haji. Bagi Cik Nor itu pertama kali. Ummi juga mengirimkan doa agar Allah memberikan kita rahmat dan mengurniakan sakinah, mawaddah dan rahmat dalam keluarga besar kita... Ameen ya Rahman..Ya Rahim...Ya Rabbal'alamin...

Aduhai Anak Ummi...Gelagat2 Anis

Gelagat 1 : Di Kawasan Taman Perumahan
Suka sgt kalau dapat keluar pagar jalan-jalan. Yang akan di cari ialah.. iaauuu... cat : kucing!




Dalam pagar tu ada anak kucing!

Gelagat 2 : Dalam kereta.
Bila dah duduk dgn Baba... sah tak nak Ummi kecuali haus! Bila dah dpt duduk dgn Baba, Ummi hulur tangan siap tolak dan akan kata 'naanaakkk'... siap goyang badan dan geleng kepala.

Seronok dapat berdiri dekat seat pemandu : Baba. Bila dengar nasyid, akan tepuk tangan dan goyangkan badan. Bila dengar zikir akan ikut. Boleh sebut Allah dgn betul dan Lailahaillallah juga hampir sempurna. Bila azan... Anis juga akan azan n clear sebut Allahuakhbar siap dgn tarannum.


Gelagat 3 : Bila keluar rumah.
Pakai kasut. Pakai tudung. Bila dapat kunci apa Anis akan buat... jeng.. jeng.. jom kita tengok..

Kunci di tangan.


Nak ke mana melenggang tu nak ooiii..


ala rileks la Ummi...


Nak bukak mangga ni.. nak kuar..

Gelagat 4 : Di Nurseri

Aktif. Suka main sendiri. Tak byk ragam. Mudah bagi makan - tak suka jalan2. Terlibat dgn semua aktiviti termasuk solat. Sangat suka membaca..

Al kisah gelagat Anis... menambahkan kasih sayang Baba dan Ummi... you r so special Anis...

Sunday, November 23, 2008

PPN dah abis

Alhamdulillah.. PPN dah abis. Pasni Ummi amik anis kat nurseri. Thanks kerana menjadi anak yg baik. Mana-mana pun org mesti kata.. baiknyer Anis.. tak meragam pun. Teruslah baik ya anakku. Senang Ummi berprogram! Dan.. tgh nak abis ni Opah call dari Mekah.. nntkan laporannya ya pas ni..

Tuesday, November 18, 2008

Dia Menjadikan dan Mematikan




7 November 2008
Anis yang Ummi sayangi.. pada tarikh ini Ummi disahkan miscarriage. Hasrat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian. InsyaAllah ada rezeki akan datang, Anis akan memperolehi adik. Bagi Ummi ini semua telah ditakdirkan dan pastinya Allah memberikan yang lebih baik pada masa akan datang. Sebagaimana pengalaman Ummi mengandungkan Anis dan melahirkanmu sayang... Anis adalah anugerah dari Allah buat Ummi kerana ketika 6 minggu Ummi mengandungkan ANis.. Ummi juga hampir2 kehilangan anak Ummi ni.. Anis adalah lambang kebesaran Allah yang real Ummi lalui... syukur padaMu ya Rabb.. Apapun yang berlaku.. Allah know the best...dan Ummi pasrah..

Fakta :
Kira-kira 25% daripada wanita mengalami sekurang-kurangnya sekali keguguran dalam alam reproduktifnya. Manakala keguguran berulang iaitu tiga kali staupun lebih hanya berlaku kira-kira pada 1% wanita. Keguguran boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti kecacatan kromosom, kecacatan organ utama, jangkitan kuman ataupun virus, masalah pelekatan janin dan penyakit ibu yang tidak terkawal seperti kencing manis.

Keguguran yang berlaku secara rawak kebanyakannya berlaku pada awal kandungan iaitu 3 bulan pertama kehamilan. Besar kemungkinan keguguran ini berlaku disebabkan kecacatan kromosom janin (50% daripada keguguran). Keadaan ini lebih kerap berlaku pada ibu yang berumur lebih tua. Kadar keguguran selepas 3 bulan pertama adalah 1 hingga 2% sahaja. Penyebab keguguran selepas 3 bulan pertama lazimnya berbeza dengan penyebab keguguran ada awal kandungan.

Daripada kajian, tidak banyak yang boleh dilakukan bagi menghalang keguguran pada awal kandungan. Lazimnya, ibu hanya dinasihatkan supaya berehat, mengelakkan daripada membuat hubungan kelamin ataupun diberikan ubat-ubatan bagi menguatkan rahim.

Mengikut kajian, langkah ini tidak menunjukkan pembaikan dalam menghalang keguguran. Mengikut hukum Tuhan, janin yg tidak baik atau cacat dan tidak serasi untuk hidup memang akan digugurkan. Oleh itu ibu yang mengalami keguguran tidak patut rasa bersalah menyebabkan keguguran kerana melakukan atau memakan sesuatu ataupun tersilap melakukan araupun mengambil sesuatu... (sumber : Soal Jawab Kehamilan oleh Dr Fauziah Mohd Hasan, Pakar O&G Ampang Putri Specialist Hospital, hlm 10-11 terbitan PTS, 2004)

Ya Rabb.. Yang Maha Besar... ONLY YOU KNOW THE BEST!

Friday, November 14, 2008

PPWN dan PPN 2008 semakin hampir...





Sekarang ni Ummi sedang sibuk PPN 2008.. sibuk sgt kat office as usual.. pejabat Ummi akan incharge pendaftaran. Seperti biasa Ummi incharge bahagian jemputan dan juga sebagai Ketua Pencatit Minit utk meminitkan PPN 2008 kelak. Di masa yang sama sedang menghadapi ujian threatened abortion... moga Allah permudahkan urusan Ummi dan memberi kesihatan yang baik kepada Ummi dan bakal adik Anis ni. Ummi juga mohon doa sahabat-sahabat Ummi.. pasni nak cerita ttg keberangkatan atok dan opah ke Tanah Suci....


Ya ALlah.. Engkau permudahkan urusan Abah dan Makku di Tanah Suci. Jadikan mereka tetamuMu yang Engkau rahmati dan lindungi... Ya Allah yang Maha Pengasih.. Kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil... Ya Allah... lebarkanlah sayap kasih sayangMu ke atas mereka.. anugerahkan mereka kesihatan yang baik agar dpt beribadah kepadaMu di sana.. kurniakanlah kelazatan ibadah kepada mereka. Wahai Allah yang Maha Mendengar, Maha Pemberi, Maha Agung.. periharalah kedua ibu bapaku ketika mereka menjadi tetamu Ya Allah.. kurniakanlah haji yang mabrur kepada mereka dan pulangkanlah mereka kepangkuan kami dalam keredhaanMu dan kasih sayangMu......ameen..

Saturday, November 8, 2008

Penyakit Dalam Ukhuwwah


Wahai orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakan prasangka kerana setengah-setengah prasangka itu berdosa. Dan janganlah kamu mengintip dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Apakah seorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati" Sudah tentulah kamu jijikkannya. Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat dan Maha Pengasih. (Al Hujurat : 12)


Rasulullah bersabda ;

"Jika engkau menaruh prasangka (terhadap seseorang), maka janganlah engkau membenarkannya"


Prasangka, Mengintip kesalahan dan keaiban orang lain serta mengumpat adalah antara penyakit-penyakit rohani. Salah satu kesan penyakit-penyakit ini akan mengeruhkan hubungan dan akan memakan ukhuwwah. Bermakna ia boleh sampai kepada memutuskan silaturrahim. Terkadang adakah kita sedari dalam pergaulan kita sehari-hari bahkan dengan orang yang kita katakan rapat dgn kita, penyakit-penyakit ini wujud dalam diri kita...

Wahai diriku wahai anakku....
1. Jauhilah prasangka dan jgn biarkan hati kita bersarang dgn prasangka dan keraguan-keraguan terhadap orang lain. Sekiranya kita merasakan was-was terhadap sesuatu perkara tentang sahabat kita atau orang lain yang kita dengari, alangkah baiknya sekiranya kita mendapat berita terus darinya dan mengetahui hal yang sebenarnya. Ini akan mengelakkan kita dari terjerumas daripada prasangka yang dikatakan berdosa.

2. Janganlah kita suka mengintip kesalahan orang lain. Tindakan mencari keaiban orang yang kadang-kadang merupakan tindakan susulan dari prasangka buruk terhadap mereka. Dan kadang-kadang merupakan tindakan permulaan untuk mencari dan mengetahui keaiban-keaiban dan keburukan-keburukan orang lain. Sebagai contoh, kita bertanya orang lain tentang kesalahan dan keburukan org yang kita prasangkakan itu. Kita juga cuba mengintai-intai keaibannya mungkin dengan mendapatkan maklumat melalui sumber-sumber lain seperti membaca sms-sms beliau dan lain2 lagi

3. Apabila prasangka buruk telah wujud, keaiban saudara kita dicari-cari maka dengan mudah kita pula akan memperkatakan keaiban saudara kita itu. Dan kita terkadang rasa seronok nak share perkara tersebut dgn yang lain. Bukan share bertujuan utk sama-sama mengambil jalan dan tindakan untuk memperbaiki saudara kita namun dgn asalnya dari prasangka dan mengintip keaiban, maka kita dengan itu mudahlah bercerita tentang saudara kita tersebut dan mengumpat keburukan-keburukannya.

Walau terkadang kita tahu perbuatan kita ini merupakan perbuatan yang hina namun apabila hati telah bersarang dgn prasangka dan dendam, akal yang sihat dan iman yang sejahtera tidak mampu lagi dapat mengawal hati kita yang dipenuhi dengan penyakit-penyakit di atas..

Astagfirullahal'azim.. Ya Allah ampunkan dosaku. Lindungilah aku dari penyakit-penyakit demikian. Berilah aku petunjuk ke jalanMu....

Wednesday, November 5, 2008

Fasik Sesudah Beriman

Anis anakku... di sini Ummi ingin memetik satu ayat daripada ayat-ayat Al Quran. Satu panduan daripada kesemua panduan yang ada dalam Al Quran... bacalah anakku.. Mari kita baca bersama.. agar kita mendapat peringatan darinya...

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka : dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemoh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak yang dicemoh itu lebih baik daripada mereka: dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain: dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu yg lain dengan gelaran buruk. (Larangan-larangan) tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruk sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al Hujurat-11)


Bacalah anakku.. kita jadikan panduan sepanjang hayat. Kutiplah peringatan dan pengajaran darinya.... Jauhilah perlakuan itu kerana ia akan mencacatkan amal kita...
  1. Jgn sekali-kali merendah-rendahkan orang lain. Kerana dgn itu kita merasakan diri kita pula yang hebat. Kita perlu insafi.. sehebat manapun sangkaan kita dgn amal kita.. kita belum tahu kesudahan hidup kita.. kita belum tahu nasib kita di akhirat kelak.. Sedarilah anakku.. jgn kau takbur dgn kehebatan yg ada padamu kerana itu semua engkau perolehi dgn izin Allah.. Ingatlah kisah ini ; seorang pelacur masuk syurga kerana memberi minum seekor anjing yg kehausan.. seorang pembunuh masuk ke syurga setelah dia bertaubat dan berhijrah utk menjadi lebih baik hanya dlm perjalanan menuju kebaikan
  2. Anakku... tutupilah keaiban saudaramu.. kelak nanti Allah akan menutupi keaiban kita. Ayuhlah anakku kita sibuk dgn keaiban kita.. byk sungguh keaiban kita yg perlu kita insafi. Ayuhlah kita sibuk dengan dosa kita daripada kita sibuk dengan dosa orang lain seolah-olah kita pula yang suci bersih... astagfirullahalazim.. moga Allah ampunkan dosa kita

  3. Anakku.. jgn kau menggelar saudaramu dgn panggilan yang hina... sehina mana pun dia di matamu mungkin ada kemuliaannya di sisi Allah.. jgnlah kita menjadi penilai dan penghukum.. jadilah kita penasihat dan pembimbing.. alangkah jeleknya panggilan-panggilan kepada saudara kita sendiri dgn panggilan-panggilan yang cukup hina.... dan kita tak rasa bersalahpun memanggil saudara kita dan orang yang paling rapat dengan kita dengan panggilan yang sedemikian... Ya Allah ampunkanlah daku... moga Allah membimbing hati adik dan Ummi ya.

Ya Allah.. jadikanlah anakku anak yang solehah.. soleh wa musleh.. semoga ia akan menjadi pembela kepada agamaMu ya Allah.. jadikan ia abdi kepada agamaMu wahai yang Maha Mendengar... lembutkan hatinya ya Allah... rendahkan hatinya... Wahai yang Maha Pemberi...



Singkatnya Masa Berlalu

Masa yang berlalu bak air yang mengalir rasanya. Dari bujang kini Ummi telah bersuami. Dari berdua kini Ummi dah bertiga bila Anis lahir.. kini alhamdulillah, Allah memberikan khabar gembira.. Anis bakal mendapat adik awal Julai tahun hadapan :). Alhamdulillah.. seronoknya Ummi. Sebelum ini Ummi memang berharap-harap. Namun kesempatan Ramadhan tahun ni, Ummi doa sungguh-sungguh agar diberikan zuriat lagi. Dulu tak de Anis rasa sunyi. Kini bila Anis dah semakin besar rasa satu keperluan plak untuk ANis mendapat adik :). Sebab terbayang-bayang akan kemeriahannya jika Anis ada adik sebagai kawan bermain, kawan belajar.. :)


Masa yang sedikit tapi bermakna
Begitulah Anis anakku. Kita punyai waktu yg singkat. Dalam waktu yg singkat dan sedikit itu utk kita melakukan aktiviti bersama sgt terhad.. kini dlm keadaan Anis bakal dapat adik lagi la Ummi rasa keletihan yg bersangatan.. tambahan pula tekanan darah Ummi yg sangat rendah.. lagi la balik kerja rasa nak baring saje :). Tapi Ummi tak boleh layan sgt fiil tu. InsyaAllah pengalaman kali kedua mengandungkan anak Ummi ni Ummi lebih bersedia dan berpengetahuan :). Di samping baca buku dan share pengalaman dgn kawan-kawan lain.


Ha.. bercakap tentang waktu sedikit yg bermakna terutama utk famili ni Ummi dak kongsikan pic semasa kita ke Tasik Metropolitan di Batu Caves.. Seronok Ummi tengok gelatat Anis yg mahu makan sendiri. Jom..


Dlm pinggan kita letak roti..


Ini rotinya!


Roti ni sedap makan dgn sup.. daging ke ayam ke


aaa... masukkan ke mulut. Tapi kena buka mulut dulu


Yeah.. berjaya masukkan ke mulut

Yum.. yum.. sedapnya Ummi masak

Baba tolong tengokkan Anis makan.. bersepah tu.. Baba kata biarkan supaya anak tidak terencat perkembangan semula jadinya.. hehe.. para ibu yg baru ni kdg2 tak tahan tgk sepah2 tu.. cepat je nak kemas2kan anak.. :)

hah! Baba pun nak makan jugak. Takkan Anis jer.. huii cam sedap jer sup ni..

Sesekali... dapat bersama sekeluarga sebegini dlm kesibukan.. walaupun sekejap tapi sgt bermakna..

Akhirnya.... ni dia.. gambar kita bertiga la.. semua pakai biru.. kebetulan yg betul.
Apa yang Ummi belajar :
  1. Luangkan masa bersama keluarga walau sekejap dan walau sesibuk mana pun kita. Ini akan dapat mengeratkan perhubungan dan kemesraan sesama keluarga. Tak perlu pergi bercuti jauh-jauh.. ni kata KW JIM Dr Har satu masa dulu. Isunya 'masa berkualiti' untuk famili.
  2. Masa yang diluangkan sebegini akan mewujudkan nafas baru dlm kehidupan seharian perhubungan suami isteri :). Bermesralah kerana kemesraan itu akan membibitkan kebahagiaan.
  3. Biar anak mencuba untuk berdikari dan belajar dari kehidupannya. Jgn dihalang-halang tapi bimbinglah mereka dgn baik. cth nak makan sendiri kan bersepah. Ummi mesti rasa hishh rasa nak segera kemas dan lap2 anak tu.. biarkan dia.. ia akan belajar dari sekolah kehidupannya dan dengan bimbingan kita.

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)