Friday, November 28, 2008

Akhirnya Atok dan Opah menjadi tetamu Allah

Alhamdulillah 12.11.2008, jam 9.30mlm Atok dan Opah telah mendaftar masuk di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Malam tersebut juga Atok dan Opah akan dibawa ke KLIA oleh LUTH utk diterbangkan ke Tanah Suci... syukur yg tidak terhingga.. itulah yang mampu Ummi lafazkan selain linangan air mata melepaskan Atok dan Opah ke Tanah Suci.. linangan air mata gembira.. kerana hasrat Atok yang hanya seorang penoreh getah dan opah seorang suri rumah akhirnya terlaksana untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.

Pada malam tersebut semua adik beradik Ummi, suami dan isteri masing-masing serta cucu-cucu atok dan opah berkumpul di Kompleks Tabug Haji Kelana Jaya kecuali abang sulung Ummi - Pak Long Anis. Semua berkumpul. Gembira berbaur sedih. Gembira dgn keberangkatan Atok dan Opah.. sedih kerana ini pertama kali berpisah jauh. Entah jumpa entah tidak lagi.. namun semua mengharap atok dan opah akan kembali beserta haji mabrur..

Atok dan Opah
Manan bin Salleh/Robiah binti Ariffin

Semua keluarga berkumpul

LabbaikAllahummalabbaik.. apabila kalimah ini dilaungkan menandakan pendaftaran masuk jamaah haji untuk dibawa ke KLIA, hati Ummi terus dipanjat sayu.. terasa seolah-olah panggilan Ilahi sedang menanti Ummi juga di Tanah Suci.. satu tempat yang Ummi teringin sangat untuk pergi.. moga Allah perkenaankan hasrat Ummi ini..


Doa Ummi agar atok dan opah sihat sejahtera agar dapat menunaikan ibadah dgn baik.. dapat menikmati kelazatan ibadah di Tanah Suci dan setelah kembalinya mereka nanti. Ummi doakan agar Allah merahmati opah dan atok, melindungi mereka, memayungi mereka dgn rahmatNya dan kasih sayangNya.. moga Allah mengampuni mereka.. membersihkan mereka dari segala dosa setelah kembali ke tanah air.. Ya Allah perkenankanlah permohonanku ini.

Saat-saat perpisahan. Acu bersama Opah


Baba dan Anis turut ada.

Moyang Anis : Ariffin bin Abdullah
Doa Ummi semoga moyang Anis akan berpeluang ke Mekah pada tahun hadapan..


16.11.2008 Ummi turut menziarahi Cik Nor (Norwati Suleiman) yg juga akan berangkat ke Tanah Suci pada 25hb 11 ni. Cik dan suami akh Fuaad Kassim akan menjalani ibadah haji. Bagi Cik Nor itu pertama kali. Ummi juga mengirimkan doa agar Allah memberikan kita rahmat dan mengurniakan sakinah, mawaddah dan rahmat dalam keluarga besar kita... Ameen ya Rahman..Ya Rahim...Ya Rabbal'alamin...

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)