Thursday, February 28, 2008

CERITA UNTUK HARI INI...

Assalamu’alaikum wbt.

Cerita ini diambil dari sebuah email yg diforwardkan oleh seorang rakan iaitu officemate - Radin Puteri Sri Juwita Radin Munawer. Mungkin ia pernah dibaca sebelum ini. Namun ingin sekali dikongsikan kerana walaupun ceritanya mudah namun mengesan dihati utk insan yang selalu alpa spt saya ni.. Selamat membaca..


---------------------------------------------------------------

Ceritanya bergini...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jadi jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku-paku tersebut pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara itu kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Oleh itu, bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu itu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan s entiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Baitul Mawaddah
Taman Greenwood Indah
Selangor

Monday, February 25, 2008

ANIS

Lagi-lagi Anis.. hmm cam tu la. Rasa best nak tulis tentang Anis. Rasa sesuatu berlaku 'magic moment' tu banyak berkisar tentang Anis Solehah yang comel.

Semalam Anis dan Baba pi Raub ambil Mak Tok. Mak Tok nak gi hospital buat check up.. Sian Mak Tok, sakitnya agak kritikal. Perlu jumpa doktor segera. Lagi lewat jumpa lagi merbahaya...

Kat Raub plak Pok De Anis dan ahli keluarganya sangat gembira bertemu Anis Soleha... so Pok De Si Peminat Burung ni pun, mulakan menangkap gambar Anis.. Gambar tu dah masuk dlm blog Si Peminat Burung.. :).

Tq Pok De dan keluarga. Laksa Mok De best la! Walaupun tak sama dengan laksa orang Perak. Ummu Anis ni peminat laksa... so rasa sgt best dapat makan laksa Mok De Anis @ Kak Intan.

Esok Mak Tok gi Hospital kul 2. Mak Tok rehat jer. Nampak letih sangat. Biarla Mak Tok Rehat.. Mak Tok dah cukup berjasa... membesarkan 6 orang anak dalam usia 29 tahun berseorangan apabila ayahanda Abdul Kadir kembali ke rahmatullah... Ummu Anis sangat menyanjungi Mak Tok.. Syukur dapat jadi menantu Mak Tok dan juga dapat bersuamikan anak Mak Tok yang baik tu.. :)

Friday, February 22, 2008

Nikmat Berusrah

Alhamdulillah, kini aku telah kembali semula bergelumang dengan usrah adik-adik. Ahh.. alangkah seronoknya bersama-sama mereka dalam halaqah. Berkongsi ilmu, pengalaman, rasa dan idea. Berkongsi perasaan, idealisme dan melebarkan ukhuwwah dengan orang baru...

Alhamdulillah.. setelah lebih setahun terhenti membawa usrah dan berpergian dgn adik-adik, kini aku menikmati kembali keistimewaan rasa seorang naqibah..

Terima kasih Allah.. syukurku kepada-Mu kerana Engkau masih menyayangi diri ini... masih memberi ruang dan peluang untuk aku berbakti dan bersama hamba-Mu yang mukmin menegakkan syiar-Mu... Aku hanyalah insan kerdil yang sentiasa menagih perhatian dan kasih sayang-Mu walaupun aku tahu aku bukanlah hamba-Mu yang yang terbaik tetapi sentiada cuba pemberbaiki diri....Thank you Allah..

InsyaAllah sabtu ini aku akan berkatibah bersama adik-adik usrahku... sudah tentu Anis Solehah : 'the bundle of joy' akan kuangkut ke sana ke mari.. Maaf ya dik.. Moga Allah memelihara kita dan semoga Allah akan menjadikan adik seorang mujahidah dan syahidah.. ameen..

Saturday, February 16, 2008

Minggu-minggu yang menyibukkan...

Alhamdulillah... dalam kehidupan ini setiap insan diberikan oleh Allah pilihan dalam kehidupan. Dia telah menetapkan apakah yang perlu dilakukan oleh kita sebagai hamba-Nya. Namun di masa yang sama, Dia memberikan pilihan kepada kita sama ada kita memilih jalan kebaikan atau memilih jalan kefasikan.. Untuk itu Dia memberikan kita balasan. Baik di balas Syurga. Dosa dibalas neraka.. Kita hamba-Nya yang merdeka... pun begitu alangkah Maha Hebatnya Dia kerana kasih dan pengampunannya tidak bertepi..


Alhamdulillah.. semakin hari, aktiviti mingguan semakin sibuk. Belumpun habis menulis tentang pengalaman di Retreat Ibu Pejabatku, program mukhayyam IPTKL pula menyusul. Belumpun berkesempatan berkongsi ke'best'an membuat rafting dalam mukhayyam tersebut, hujung minggu ni 16-17 feb, aku dan Anis perlu pula bersama-sama dalam program Muzakarah Nasional 2008 JIM.

Begitulah kehidupanku sejak bujang. Sejak diberikan hidayah dan mengikuti aktiviti bersama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia. Alhamdulillah, hidupku tidak kosong.. terasa sentiasa diisi.. Terima Kasih JIM kerana memberi aku laluan untuk beramal..

Wednesday, February 6, 2008

Anis yang Solehah

Hmm baru ada kesempatan nak sambung citer Si Anis nie. Kami sampai kat Seri Malaysia Bagan Lalang dah tengahari. Selepas makan dan taklimat, kul 12.30 kami pun masuk dewan dan mula beretreat..

Bila Ummi mesyuarat....


Tengok tu.. bila ummi mesyuarat, Anis duduk kat lantai dan bermain. Kena pakaikan baju tebal dan topi sebab Anis tak tahan sejuk. Nanti kalau tak pakaikan macam tu dia akan batuk-batuk. Anis mengidap bronkitis... alahai anak ummi, moga Anis akan sihat dan ceria bersama Ummi ke mana-mana program untuk peningkatan diri dan pengislahan.. kita sama-sama mencari redha Allah ya dik.. sayang anak ummi...



Anis Ceria Ummi Bahagia


Bila penat baring dan lapar, Anis mula merengek.. tapi kejap je.. Bila dan kenyang dan dapat layanan sedikit, Anis akan happy semula dan boleh dibiarkan bermain sendiri... Ummi kena handle aktiviti la dik... nanti Ummi main ngan Anis lagi ya sayang..

Bila Penat Baring...


Hai.. saya Anis. Sesekali nak dukung la Ummi... penat tau Anis baring je...


Wahai Anak...
Wahai anak..
betapa perihnya ibu melahirkanmu..
membesarkanmu...
tiada yang Ummi inginkan..
melainkan kau menjadi
Hamba-Nya yang bertaqwa
Anak Ummi dan Baba yang berbakti
Hamba-Nya yang mujahidah..
Semoga anak Ummi yang ceria ini
akan menjadi mukminah solehah
agen Islah pewaris dakwah Rasulullah...

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)