Monday, February 25, 2008

ANIS

Lagi-lagi Anis.. hmm cam tu la. Rasa best nak tulis tentang Anis. Rasa sesuatu berlaku 'magic moment' tu banyak berkisar tentang Anis Solehah yang comel.

Semalam Anis dan Baba pi Raub ambil Mak Tok. Mak Tok nak gi hospital buat check up.. Sian Mak Tok, sakitnya agak kritikal. Perlu jumpa doktor segera. Lagi lewat jumpa lagi merbahaya...

Kat Raub plak Pok De Anis dan ahli keluarganya sangat gembira bertemu Anis Soleha... so Pok De Si Peminat Burung ni pun, mulakan menangkap gambar Anis.. Gambar tu dah masuk dlm blog Si Peminat Burung.. :).

Tq Pok De dan keluarga. Laksa Mok De best la! Walaupun tak sama dengan laksa orang Perak. Ummu Anis ni peminat laksa... so rasa sgt best dapat makan laksa Mok De Anis @ Kak Intan.

Esok Mak Tok gi Hospital kul 2. Mak Tok rehat jer. Nampak letih sangat. Biarla Mak Tok Rehat.. Mak Tok dah cukup berjasa... membesarkan 6 orang anak dalam usia 29 tahun berseorangan apabila ayahanda Abdul Kadir kembali ke rahmatullah... Ummu Anis sangat menyanjungi Mak Tok.. Syukur dapat jadi menantu Mak Tok dan juga dapat bersuamikan anak Mak Tok yang baik tu.. :)

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)