Friday, May 29, 2009

Ya Allah Permudahkanlah..

Ya Allah...Yang Maha Agung
permudahkanlah urusanku..

Wahai Yang Maha Belas Ehsan
Wahai Yang Maha Penyayang
Wahai Yang Maha Pemurah
Wahai Yang Maha Pemberi Rezeki

tunaikanlah hajat hatiku ya Rabb

Tuesday, May 26, 2009

Sketsa Politik Semasa (Merujuk Kes 2 MB di Perak)

oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria .

Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.

Wednesday, May 20, 2009

Keraian dan Peringatan : Mei 2009 - Hari Guru

Hmm.. bulan Mei ni byk betul peristiwa dan hari-hari peringatan untuk masyarakat, dunia mahupun keluarga kita.

  • 1 Mei : Hari Pekerja dan sudah tentu hari merayakan ulang tahun perkahwinan Ummi dan Baba iaitu 30 April
  • 11 Mei : Hari ulang tahun kelahiran baba
  • 12 Mei 2009 : Hari bersejarah dlm politik Malaysia yg ada kaitan dgn YAB Ir Nizar
  • 15 Mei : Hari memperingati Nakbah Palestin
  • 16 Mei : Hari Guru


Semua itu ummi dah sentuh dlm blog ummi ni kecuali Hari Guru...

Ummi pernah menjadi guru kira-kira 6 bulan lamanya. Jadi guru memang seronok. Malahan cita-cita ummi juga adalah menjadi guru. Tapi khusus nak jadi guru tingkatan 6. Sebab? Nak ajar betul-betul pelajar tingkatan 6 supaya mereka berpeluang masuk IPT :). Cikgu Ummi selalu cakap mereka yg masuk tingkatan 6 ni satu langkah kaki telah berada di Menara Gading. Tinggal satu langkah saja lagi...

Ummi nak bantu anak-anak kampung yg tak dpt masuk matrik atau IPT selepas SPM ni agar mereka boleh masuk IPT dgn berjaya dlm peperiksaan STPM sama mcm ummi. Tapi lepas buat ijazah sarjana, ummi nak jadi pensyarah pulak. Tapi dlm perjalanan nak jadi pensyarah tu.. ummi akhirnya memilih untuk menginfakkan diri ummi berkerja dgn JIM walaupun ummi sebenarnya boleh memohon untuk menjadi pensyarah di IPT.. dan.. ummi puas berkerja dgn NGO - Jamaah JIM ini..

Namun begitu ummi tidak lupa utk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru ummi sejak TADIKA hinggalah ke IPT. Khususnya kepada cikgu-cikgu berikut (yg masih dlm ingatan)

  1. Cikgu Raja Noraziah : Cikgu BI ummi masa sekolah rendah
  2. Cikgu Ali : Yang bimbing ummi dlm sukan dan bawa ummi setiap kali wakil sekolah ke kejohanan di daerah dan peringkat negeri masa sekolah rendah
  3. Cikgu Subramaniam : yg ajar ummi lukisan masa tingkatan 4 dan 5 sehingga ummi menjadi antara pelajar yg mahir melukis dan selalu melahirkan lukisan yang baik. Cikgu Subra selalu ambil lukisan ummi
  4. Cikgu Naciammal : Yg ajar sejarah masa tingkatan 4 dan 5. Selepas dari inilah ummi sgt suka sejarah
  5. CIkgu Badariah : Ajar Bahasa Melayu dan bimbing ummi dlm kemahiran berpantun sehingga ummi menjadi wakil pemantun sekolah sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sambung pulak di tingkatan 6 (tapi tingkatan 6 kat sekolah lain masa tu)
  6. Cikgu Kamarulzaman : Ni mentor ummi. Sampai sekarang ummi akan selalu ziarah beliau sekeluarga. Byk bantu ummi dlm memberikan motivasi, dan juga menjadi rakan yg baik kepada ummi ketika sekolah sejak tingkatan 3 - 5. Beliau juga selalu menjadi teman debat ummi yg baik dlm membahaskan teks-teks (novel/sajak) dlm subjek kesusasteraan melayu
  7. Cikgu Faridah : Yang perkenalkan ummi dgn perkataan usrah masa tingkatan 6. Yg ajar sejarah sehingga minat ummi kepada sejarah sgt2 mendalam.. beliau juga jadi teman baik ummi.. selalu dgr masalah ummi
  8. Cikgu Muzammil : Yg bimbing ummi personally dlm BM masa form six. Dgn kesabarannya memberi tuisyen personal - free.. ummi berjaya cemerlang dlm kertas BM semasa STPM tahun 1994..
  9. Cikgu Junit : Yang menjadi penjamin ummi masa di IPT utk dpt tajaan JPA. Yg bagi pinjam buku-buku rujukan utk subjek2 tingkatan enam
  10. Sensei Ali : Pensyarah sejarah di UKM.. yg telah memberikan motivasi hebat kepada ummi utk berjaya dlm pelajaran kerana sejarah hidupnya yg menjadi jaga di UM kemudian menjadi student di UM dan dpt menyambung pelajaran di Universiti Meiji Jepun dlm ijazah sarjana dan kemudian PhD
  11. Utk semua guru-guru rasmi, pensyarah dan murabbi-murabbi dlm tarbiah.. semoga Allah memberkati kehidupan guru-guru yg telah mendidik dan membimbing ummi penuh kesedaran.. tanpa mereka.. tiada ummi yg sekarang ini bak kata SN Usman Awang...

Jadi Anis.. hargailah guru, dengar kata guru, hormati dan sayangilah guru.. insyaAllah pelajaran kita akan diberkati Allah swt.

Tuesday, May 19, 2009

NAKBAH KE 61..

MEMPERINGATI ULANGTAHUN NAKBAH KE 61 - 15 MEI
Kenyataan Media PACE

Apabila Israel melancarkan serangan teramat biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009, seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan. Bantahan dan kemarahan ini tiba-tiba reda dan berakhir apabila Israel menghentikan operasi ‘Cast lead’nya di Gaza. Meskipun media masih memberi liputan tentang kemusnahan dan penderitaan rakyat Gaza terutama pendirian Mesir yang terus menutup sempadan dan menyekat rakyat Gaza yang tercedera menyeberang di sempadan Rafah untuk mendapat rawatan, namun tumpuan kepada isu ini dalam media antarabangsa hanya bertahan sekitar dua minggu sebelum ia dilupakan samasekali. Kini isu Gaza bahkan isu Palestin kembali kepada status qou iaitu satu konflik yang berpanjangan sejak 1948 tanpa menunjukkan sebarang petanda ia dapat diselesaikan dalam masa beberapa tahun bahkan beberapa dekad akan datang. Realiti inilah yang mungkin menjadikan tumpuan terhadap isu ini turun dan naik seiring dengan insiden serangan besar-besaran atau pencerobohan regim Israel ke atas mana-mana wilayah Palestin dari masa ke semasa.

Kebetulan bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 61. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan ‘War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan. Apa yang berlaku...? seterusnya klik di sini

Jadi semoga Anis dan terutamanya adik Anis.. bakal menjadi pejuang Islam, ummah seperti juga para mujahid, syuhada di Palestin..

Lelaki atau Perempuan?

Lelaki perempuan kita terima saja
Rahmat dari Tuhan.. itu yg utama..
(Ini senikata dari lagu Uji Rasyid dan Hail Amir)


ni waktu umur baby 7 minggu

Alhamdulillah, 8 Mei 2009 ummi buat check up di Klinik Dr Fauziah Hasan. Jumpa dgn Dr Ah Soon buat detail scan. Alhamdulillah.. berdasarkan pemerhatian Dr tersebbut dgn teknologi ciptaan manusia.. adik Anis sihat. Semua organ ok. Dan.. jeng..jeng.. jantina pun telah diketahui..

Tapi bak kata Ustaz U dlm Daurah last Weekend.. hanya Allah yg mengetahui keadaan janin dlm rahim para ibu. Jadi apa pun kita harus terus berserah dan berdoa kepada Allah agar adik Anis dlm rahim ummi ni sihat walafiat dan menjadi mujahid! (masa 5 minggu hamil, Ummi pegi DEMO PALESTIN di Jln TAR!..

Ummi sertakan koleksi adik Anis dlm kandungan.. ha... teka rupa siapa?


doktor kata baby tengah berfikir... ish..ish.. (umur baby 22 minggu)

Monday, May 18, 2009

Mencari Jalan Pulang di Raudhatus Sakinah



15 Mei 2009
Ummi dan rakan-rakan Ummi telah melakukan lawatan khusus ke Raudhatus Sakinah. Iaitu sebuah Pusat Perlindungan dan Bimbingan Remaja Putri yang telah ditubuhkan di bawah JIM. Ia telah beroperasi sejak 1998.

Di sini ditempatkan para remaja yang bermasalah terutamanya yang telah terlanjur melakukan seks diluar nikah atau 'zina'. Di sini mereka dibimbing selama setahun. Usaha-usaha untuk membawa mereka untuk kembali ke pangkuan fitrah insan yang suci dan murni dilakukan secara intensif..

Di sini bermula langkah mencari jalan pulang.. Jalan pulang yg dicari itu diiringi dgn tangisan penyesalan di dinihari dgn qiamullail setiap hari. Manakala 2 kali seminggu melatih nafsu dgn menahan lapar dahaga dgn berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Mereka juga mengikuti kelas-kelas pengajian fardhu 'ain, kuliah-kuliah bimbingan, halaqah usrah dan sebagainya. Mudah-mudahan usaha yg sebegini dapat membimbing semula mereka ke jalan yang benar..

Namun bukan semua kes yg diterima oleh RS ini kerana keterlanjuran pelatih itu sendiri.. ada juga dik kerana perbuatan 'haruan makan anak' iaitu sumbang mahram. Ada juga kerana ditipu kawan akhirnya ternoda..

Walaupun masih ada yg berdegil.. namun kebanyakan mereka telah dapat dididik dan dibimbing dengan sebaik-baiknya. Kembali kepada fitrahnya. Dan tidak ingin menoleh kembali sejarah hitam yang pernah terpalit dalam kehidupan mereka..



Sebahagian pelatih RS kusyuk mendengar tazkirah. Sedang memberikan ucapan ialah Ketua Pegawai Operasi di pejabat Ummi. di sebelah dan di tepi dinding sebelah kiri adalah rakan-rakan sepejabat Ummi Kak Zila, Nazirah dan Munirah


rakan sepejabat Ummi Joanes Lukas atau Yahya Lukman turut memberikan perkongsian yg sgt menyentuh hati. Abang ni memeluk agama Islam lebih 3 tahun yang lalu. Jadi dia berkongsi pengalamannya yg sgt manis kerana menemui jalan pulang kepangkuan Islam. Bagi beliau, umat Islam yg memang telah Islam sejak lahir sgt beruntung.. jadi pesan beliau.. hargailah Islam dan iman yang kita miliki....

Ya Allah Yang Maha Pengampun.. Wahai Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Ya Rabb Yang Maha Lemah Lembut, Yang Memiliki Pengampunan.. Engkau ampunkan dosa-dosa adik-adikku dan sahabat-sahabatku yang ingin kembali kepadaMu. Semoga Engkau menerima taubat mereka... Ampunkanlah juga dosaku dan terimalah jua taubatku kerana masih ada kelemahan dlm usaha pengislahan utk umat manusia di tanah airku....

Meneroka Alam Haiwan Bersama Anak-anak (2)

Wah.. seronoknya Anis dapat melihat alam haiwan di dalam air pula.. kat mana? Under Water World... Aquaria kat KLCC jer.. tapi best juga. Ada ikan pari, jerung, penyu, dan ikan di Sungai Amazon! Besaaarnyerrrr... sampai Anis takut dan ummi dan baba terkesima.... hebatnya ciptaan Allah yg pelbagai ni.. bayangkanlah ikan seperti haruan yang boleh muat manusia mcm ummi dlm perutnya! Betullah kata orang ramai alam air ni seperti satu alam lain... lain dari bumi.. sgt indah... jadi jgn cemarkan air kita tau!

So Anis jom kita sama-sama hayati Kebesaran Ciptaan Allah yang Maha Pencipta ini...

PIRANA

KEHDUPAN DI SG AMANZON!

JERUNG

PARI

KUDA LAUT

KURA-KURA

CICAK BESAR

ANIS DAH PENAT.. Tak nak ummi.. :)

Bawa balik kura-kura dari KLCC :)

Friday, May 15, 2009

Berhenti Sejenak - Hiduplah Penuh Kesedaran

Minggu lepas ummi mengikuti usrah di pejabat ummi. Naqibah ummi dalam usrah tersebut ada berkongsi berkenaan motto hidup beliau iaitu 'hiduplah penu kesedaran'.

Motto beliau ni membuatkan ummi terkesima seketika. Membuatkan ummi berfikir dan merenung kembali diri ummi, kehidupan ummi dan kehidupan sekeliling ummi.

Seterusnya mak cik Lainy menceritakan mengapa motto tersebut menjadi pilihannya.. kerana baginya jika kita hidup penuh kesedaran kita akan berfikir sebelum bertindak. Kita akan menjaga perbuatan, tutur kata kerana semua tindakan kita diperhati oleh Allah dan akan diberi catatan oleh-Nya. Kita juga akan hidup sekadarnya.. akan bersyukur dgn pemberian Allah yg memberikan kita apa-apa sahaja dlm bahagian kehidupan ini kita mengikut apa yg sepatutnya buat kita... kita tidak akan merungut, tidak akan menyakiti orang lain dan akan sentiasa menjaga diri dan tindakan kita..

Sangat betul tazkirah daripada mak cik Lainy tersebut. Ia menusuk ke kalbu ummi. Kesan tazkirah beliau tersebut telah menyebabkan ummi berfikir dan berusaha untuk berhati-hati dlm tindakan ummi.

Semoga Allah merahmati naqibah ummi tersebut. Dan semoga tazkirah tersebut sentiasa akan tersemat dlm kehidupan ummi... Hiduplah Penuh Kesedaran ... wahai diri yang sentiasa lupa dan sentiasa tidak puas dgn nikmat dunia ini...

Thursday, May 14, 2009

Meneroka Alam Haiwan Bersama Anak-anak (1)

Alhamdulillah, kita telah diberi kesempatan utk ke tempat pemeliharaan binatang iaitu zoo. Ummi sengaja bawa Anis ke tempat-tempat sebegini supaya :

  1. Melihat makhluk-makhluk ciptaan Allah
  2. Mengenai jenis-jenis binatang secara real. Selama ni tengok buku je
  3. Melihat dan belajar gelagat binatang-binatang yang ada
  4. Bukan sekadar melihat tapi dpt sentuh haiwan-haiwan yg jinak-jinak
  5. Belajar daripada alam semulajadi. Ini baik untuk perkembangan minda kanak-kanak sejak awal spt Anis Solehah yg berumur 1 tahun 9 bulan tapi boleh katakan semua binatang yg kita tengok ni Anis mmg kenal dan tahu namanya..
Jom kita tengok gambar-gambar semasa melawat ke Zoo Negara.






lawatan ke tempat lain akan menyusul... :)

Wednesday, May 13, 2009

Rakyat Hakim Sebenar

Kek sempena Hari Ibu...

Anis Solehah yang Ummi kasihi. Hmm.. mcm-mcm peristiwa penting berlaku 2-3 hari ni. Hari Ibu pada 10 Mei. Diikuti birthday Baba 11 Mei. 11 Mei juga keputusan DS Ir Nizar sebagai MB Perak yg sah. Malamnya diikuti ceramah di Markas PAS Taman Melewar.


11 Mei
Petang tu kita set dinner utk meraikan Hari Ibu dan birthday baba. Alhamdulillah kita dah makan kenyang-kenyang petang tu sebab malamnya kita nak pergi dengar ceramah di markas PAS.

Malam tu 10.30, kita bertiga pun jalan kaki dari rumah menuju ke markas PAS Taman Melewar. Seperti yg dilaporkan oleh Kak Nashita dlm blognya.. ramainya orang.... berpusu-pusu. Masa kita keluar jam 10.30pm, jalan kat depan rumah kita masih sesak berpusu-pusu org masih dtg untuk dgr ceramah di markas tersebut.

Ini pengalaman pertama ummi, Anis dan baba hadir ceramah umum nie. Bagi ummi dan baba, dah biasa dah bersama dlm aktiviti sebegini terutama sejak reformasi 1998.. Alhamdulillah dpt dgr ceramah dari YB Idham Lim.

Spt kata Mak Cik Nashita, ramai orang berpusu-pusu termasuk org tua dan anak muda. Satu permandangan yg sgt menarik. Menunjukkan masyarakat terutama di bandar sudah semakin sedar situasi semasa. Mereka tidak lagi bergantung pada media massa yg terang-terang berat sebelah dlm menyampaikan informasi. Kini dlm dunia cyber tanpa sempadan, masyarakat mengambil maklumat direct dari internet yg mempunyai sumber dari blog-blog, website berita yg memberikan maklumat alternatif seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Suarakeadilan.net dan sebagainya.



Ceramah berakhir jam 12.00mlm. Pada waktu itu Anis dahpun lena dlm stroller.. setelah menghabiskan 7auns susu :). Nasib baik ada stroller.. mcm tu la baba selalu cakap. :). Ummi dah tahu dah... bagi memudahkan urusan ummi dan baba yg selalu ada pgrm, kemudahan-kemudahan utk Anis perlulah diadakan supaya tidak menzalimi anak-anak.. jadi ummi dan baba masih dpt hadir pgrm dan anak ummi pun taklah merengek susah nak tidur dan sebagainya...


12 Mei
Mahkamah rayuah membenarkan Dr Zamry - Menteri Besar tidak sah Perak utk menangguhkan keputusan mahkamah tinggi... pelik.. dan haru biru sistem perundangan kita ni.. Ummi telah dptkan satu pandangan dari blog DSAI spt berikut :

Betul tu, Zambry patut keluar pejabat sebab sekarang dia plaintif dan MB Nizar defenden. Adil kan, dulu YB Nizar plaintif kena halau dari pejabat, Zambry defenden masuk pejabat.
Mari kita kupas.

“Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.”

Situasi sekarang : YB NIZAR BUKAN MB PERAK
“Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut”

JIKA SEKARANG YB NIZAR BUKAN MB PERAK, ZAMBRY NAK MERAYU KEPUTUSAN MAKHAMAH YANG MANA PULAK? KAN KEPUTUSAN DAH DITANGGUH!!!!!!
Kartun betul, makhamah telah memutuskan YB Nizar adalah Mb sah tetapi keputusan itu telah ditangguh ke suatu tarikh yang lain?. Adakah juga bermaksud - keputusan yang dibuat oleh makhamah pada hari Isnin sebenarnya makhamah belum membuat keputusan?

Jika anda ditangkap menghina Raja, bolehkah anda berkata “Betul saya telah menghina Raja, tetapi telah saya tangguh ke tahun hadapan, Jangan tangkap saya sekarang”.

“Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.” —> Nampak dia orang tu berhati busuk, kan YB Nizar MB yang sah,di punya hak, peduli apa kau dia nak buat apa. Apa masih tak puas hati? Cakap akur keputusan makhamah tetapi buat rayuan. Saya menyangkal kes ini adalah unik sebaliknya kes ini sebenarnya tak masuk akal langsung!!!

Semasa memfailkan rayuan, Zambry bukan MB Perak lagi. Mengapa dengan cepat kesnya boleh didengar oleh makhamah? Apakah keistimewaan VVVVVVIP itu diberi kepada ADUN BN sahaja? Adakah terdapat penyalahgunaan kuasa? ADUN PR macam mana?

Jadi apa yg dpt kita belajar daripada peristiwa terkini ini?
1. BN memang rakus kuasa
2. Bukan pentingkan rakyat tapi pentingkan diri sendiri
3. Tidak ikut undang-undang
4. UNdang mereka adalah Ikut Suka Aku (ISA)
5. Asalkan kuasa dipertahankan... lain-lain tak usah peduli..

Tapi mereka lupa...
1. Rakyat memerhati
2. Pilihan ditangan rakyat
3. Rakyat semakin bijak menilai
4. Allah Maha Berkuasa walau mereka rasa mereka (BN) punya kuasa

Tuesday, May 12, 2009

Hakim Kes Ir Nizar - Sinar Baru Dalam Badan Kehakiman Malaysia

Ummi : Perhatikan Hujah Hakim dlm Kes YB Ir Nizar.. Moga Allah merahmati beliau kerana kebenarannya berlaku adil

Hakim: Nizar MB Perak yang sah
May 11, 09 3:45pm

kemaskini 8.34pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.

Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.

"Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.

Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

"Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.

"Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," Abdul Aziz dilaporkan berkata lagi

Beliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.

"Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.

"Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.

Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti.

"Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan.

"Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.

Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.

Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.

"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.

Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepas
mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.

Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

"Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.

Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari.

Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.

Monday, May 11, 2009

Lagi-lagi Sultan

Begitulah apabila selesai Ummi melihat berita mlm ini. TV9 lebih baik. Manakala TV3 seperti biasa tak habis-habis akan mendapatkan hujah yg menyokong BN.

Dgn muka serius PM Najib menyatakan akan merayu. Bila diajukan tentang pembubaran DUN, lagi-lagi Sultan Perak tempat beliau bersandar. Begitu juga peguam yang dihubungi oleh TV3 - Shafie Abdullah.. 'itu terpulang kepada sultan'. Asyik-astik berselindung di belakang sultan...

Jelas MB Ir Nizar mahu rakyat menentukan keadaan di Perak. Beliau jelas dan telus. Tapi apa yg BN takutkan entahlah. Bubarkanlah saja DUN. Mudah2an Sultan Perak melaksanakan kebijaksaan sebaik-baiknya. Walk the talk dlm keputeraan baginda baru-baru ini...

Ummi : Tak sabar balik kampung utk mengundi semula kerajaan Perak dan teringat nak saksikan peristiwa bersejarah tersebut.

Menteri Besar Pilihanku Kembali Ke Takhta!



Anis Solehah : Hari Ini Dalam Sejarah.

Alhamdulillah.. 11 Mei 2009.. akhirnya MB Ir Nizar disahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai Menteri Besar Perak! Syukur dan tahniah buat hakim yg telah menimbang dgn benar dan adil.. Mereka merancang tetapi mereka lupa Allah juga merancang. Mereka menjalankan tipu daya mereka lupa Allah pula sebaik-baik membuat keputusan.. maka terserlah kepada dunia akan kemaluan yg terpalit kepada anggota BN di Perak dan anggota BN di seluruh Malaysia kerana kebiadapan mereka tidak diiktiraf malahan mendapat pembalasan sewajarnya! Apakah peristiwa 13 Mei tahun 2009 selepas 40 tahun tragedi 13 Mei 1969? Sejarah tidak akan terpadam...

berita penuh seterusnya

Ummi : Mengundi di Sek Keb Kuala Slim, Slim River, Perak

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Untuk Baba


Hari ini umur baba genap 51 tahun. Umur Anis? Baru 1 tahun 9 bulan... jauhnya jarak umur Anis dan baba... hampir separuh abad...

Ummi doakan baba panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesabaran yg tinggi dan ganjaran yg tinggi atas kesabaran baba menjaga dan mendidik keluarga besar kita.. Walaupun Ummi tahu baba begitu tegar dlm kehidupannya sebagai seorang suami.. namun sepanjang perkahwinan Ummi.. dah dua kali Ummi saksikan air mata baba.. Semoga Allah anugerahkan baba ketabahan berpanjangan..

Bagi Ummi baba seorang anak, suami, ayah dan teman yg sgt baik.. sgt2 baik... kerana sifat baba itulah baba selalunya sedaya upaya melayani setiap kerenah ahli keluarganya..... namun terkadang sampai baba sendiri terpaksa menanggung pelbagai kesulitan..Semoga Allah merahmati baba...

dari Ummi untuk baba..

terima kasih kerana abang mengambil Misah sebagai isteri
terima kasih kerana abang menjadikan diri ini suri hati
terima kasih kerana abang sabar melayani kerenah diri ini
terima kasih kerana menjadi bapa mithali
terima kasih kerana menjadi teman yg pandai ambil hati
terima kasih kerana gurau senda yg sentiasa mewarnai baiti jannati
terima kasih atas anugerah Anis Solehah dan yg bakal lahir nanti
menjadikan diri ini lengkap sebagai seorang wanita dimulia di sisi suami...
dan.. maaf di atas segala kekurangan diri...

Ibu Mertuaku...

Tidak dilupakan juga Selamat Hari Ibu buat Mak Tok Zaimah (Ibu mertua Ummi).. Mak TOk seorang ibu yg hebat dan Ummi sgt bertuah mempunyai dan mengenali Mak Tok Anis nie.

Mak Tok seorang ibu yg hebat. Beliau telah melahirkan 6 orang anak.. dan membesarkan mereka bersendirian sejak beliau berusia 29 tahun kerana pada usia tersebut, Tok Ayah (Abah Baba) telah kembali kerahmatullah kerana menghidapi lukiemia. Sejak itu Mak Tok mengharungi hidup sebagai ibu tunggal yg penuh liku dan membesarkan baba serta adik-beradik baba yg lain.

Mak Tok membuat kuih, menjual kuih. Baba pun tolong Mak Tok jual kuih masa kecil2. Mcm-mcm Mak Tok buat untuk membesarkan baba enam beradik. Namun Mak Tok hebat sebab semua adik-beradik baba berjaya ke IPT. 2 daripadanya berjaya menyambung pelajaran ke luar negara. Baba di Mesir dan Pak Chik di US. Mak Tok pernah dianugerah sebagai tokoh ibu waja/ibu mithali peringkat negeri Pahang kategori ibu tunggal.

Mak Tok juga hebat kerana beliau menerima Ummi sebagai menantunya.. sikit pun tak bezakan Ummi walaupun Ummi adalah isteri muda baba. Terkadang Ummi terharu apabila Mak Tok melafazkan kata-kata 'sama je dua-dua menantu pun. Dah takdir Allah". Begitulah Mak Tok sesekali bercakap dgn Ummi. Layanan Mak Tok pada Ummi sgt baik. Ummi seronok sgt mempunyai ibu mertua seperti Mak Tok.

Kini.. Mak Tok semakin uzur. Penyakit nyayuk Mak Tok semakin ketara.. namun setiap kali ada peluang menjaga Mak Tok, Ummi akan melayani Mak Tok sebaik mungkin.. bagi Ummi inilah saat ketika di mana ALlah menyatakan dlm Quran bahawa ada manusia yg akan menjalani hari tua dan dikembalikan spt kanak-kanak semula. Ia adalah sebagai satu rahmat yg ingin ALLah anungerahkan bagi mereka yg sabar meladeni ibu-ibu yg sebegini.

Mak Tok juga sgt sayang Anis. Suka sgt panggil Anis 'Si Putih' dan 'Si Kenik' sebab Anis berkulit putih dan kecik orgnya :). Kalau Mak Tok dtg KL dan tinggal dgn Anis pastu terpaksa ke rumah lain, baba akan balik dan bagi tahu Ummi ' Mak Tok tanya bila nak bawak si kenit jumpa dia' dan selalu tanya 'si kenit mana? Awak nak bawak mak jumpa si kenit ke? bila nak bawakmak jumpa si kenit' tanya Mak Tok pada baba. Anis pun kini selalu je panggil Mak Tok tak semena-mena. Terkadang tiba-tiba Anis akan ckp 'sayaaannnng Mak Tok'. Ummi tahu Anis rindu Mak Tok sebab dah lama tak jumpa Mak Tok. Moga Allah bagi kesempatan kepada kita utk bertemu Mak Tok.

Semoga Mak Tok sejahtera dlm kehidupannya. Allah peliharan dan Allah anugerahkan pahala sebaik-baiknya atas pengorbanan yg beliau telah lakukan....

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua para ibu. Untuk ibu Ummi Robiah Ariffin... Ummi ucapkan selamat hari ibu juga. Semoga Allah menganugerahkan sebaik-baik ganjaran kepada mak Ummi dan semua para ibu.

Mak Ummi iaitu opah Anis telah melahirkan 10 orang anak. Semuanya dilahirkan di rumah. Semuanya menyusu 2 tahun dgn opah. Opah seorang yg sgt tegar. Dalam adik beradik, opah anak kedua merangkap anak sulung perempuan.. ketika bujang, beliaulah yg menjaga adik-adik dan abangnya. Bila ada anak-anak, opah telah menjaga 10 orang anak. Opah bukan sekadar ibu di rumah akan tetapi opah juga membantu atok menoreh getah. Besar pengorbanan opah sebagai ibu..

Untuk adik-beradik Ummi.. semoga kita akan sentiasa menghargai pengorbanan ibu kita walau apa sekalipun watak ibu kita... alhamdulillah kita telah membesar dgn pengorbanan dan asuhan daripada mak(dan abah).. bila dah berakal dan berkeluarga sendiri.. maka pandai-pandailah kita mencari makna sebenar kehidupan dan membina keluarga menurut acuan Islam..

Untuk Keluarga Ummi :
Pak Long - Kamarulzaman (4)
Mak Ngah - Siti Jawaliah (4)
Mak Lang - Siti Jamilah (2)
Pak Uda - Abdul Halim (4)
Mak Andak - Siti Jalilah (4)
Ummi (Mak Teh) - Siti Hamisah (1)
Mak Tam - Siti Awallliah(2)
Mak Anjang - Siti Amimah
Mak Cik - Siti Norasmah (1)
Acu - Mohd Radzi (masih bujang)
(Cucu opah : 22 orang)
Hidup di dunia hanya sekali maka hiduplah penuh erti...

Tembok Kejiranan - Kesian Anis


Inilah keadaan Anis yg hanya melihat jiran-jiran melalui 'lubang' pagar rumah kita... Kesian Anis. Tak dpt selalu tgk baby jiran yg berumur 6 bulan kat sebelah tu.. Juga tak dpt selalu tgk kucing. Dua perkara kesukaan Anis. Kalau nak tgk itu semua perlulah berjengkit spt di atas.. Hai.. mcm manalah kita boleh hidup dlm pagar tinggi tanpa menghiraukan jiran-jiran sebelah rumah kita (terutamanya) ya?

Saturday, May 9, 2009

Tembok Kejiranan


Gambar di atas menunjukkan tembok pagar yg terdapat di rumah yg kita sedang duduki (rumah sewa). Secara umumnya, Ummi suka rumah yg kita duduki kecuali rumah yg tiada ruang udara dan tembok pagar kita yang tinggi dan boleh katakan 95 peratus tertutup daripada jiran sebelan menyebelah..

Ketika memilih rumah ini, kita tiada pilihan yg banyak kerana di kawasan perumahan yg kita duduki adalah kawasan yg sgt disukai ramai. Pantang sahaja ada rumah kosong pasti akan diduduki/disewa dgn segera. Oleh itu peluang yg datang untuk kita menduduki rumah satu tingkat ni memang tidak dpt dilepaskan.. namun setelah sekian lama kita menduduki rumah ini... jarang sekali kita dpt berinteraksi dgn jiran-jiran. Ummi rasa tidak seronok dgn keadaan itu.

Dewasa ini, kebanyakan wanita berkerja termasuklah Ummi. Waktu berkerja terkadang memungkinkan kita utk langsung tidak bertemu jiran. Oleh itu peluang untuk kita bertemu jiran ialah ketika hujung minggu sekiranya kita berada di rumah (tiada aktiviti lain). Namun Ummi sgt rasa resah dan kurang gembira apabila sesekali peluang hujung minggu yg kita ada untuk berinteraksi dan beramah mesra dgn jiran sebelah menyebelah terhalang dgn tembok pagar kita yg tinggi itu... Ummi dan jiran kita terpaksa membongkok di 'lubang udara bergril' yg terdapat ditengah-tengah tembok pagar tersebut.. hai.. bosannya..

Bagi Ummi tembok pagar rumah kita seolah-olah menunjukkan tuan rumahnya tidak mahu berinteraksi dgn jiran sebelah menyebelahnya. Khabarnya dulu rumah ini dimiliki oleh anggota polis... Dalam fikiran Ummi, kalau satu hari Ummi dpt memiliki rumah ini, Ummi akan robohkan tembok pagar tersebut dan gantikan dgn pagar biasa seperti pintu pagar rumah kita tu.. Jadi sekurang-kurangnya mudahlah kita menyapa jiran-jiran kita apabila bertemu dgn mereka... dpt mengenali keluarga mereka dan Anis juga mudah untuk berineraksi dgn anak-anak jiran kita..

Nanti kalau kita ada rumah sendiri, pasti kita tidak akan membuat tembok pagar sedemikian. Sudahkan dewasa ini masyarakat byk yg tiada masa berinteraksi dgn jiran-jiran. Masing-masing buat hal sendiri.. itulah sebabnya Ummi buat 'open house' pada hari raya tahun lepas supaya dpt mengajak jiran-jiran dan berinteraksi dgn mereka.. alhamdulillah jiran-jiran kita telah dtg dgn keluarga mereka. Dengan itu kita dpt mengenali mereka dgn lebih dekat.

Semoga kita mempunyai ruang yg lebih untuk mengenali jiran-jiran terdekat kita...

Friday, May 8, 2009

Sejarah Kebiadapan Anggota BN

Anis Solehah, antara yang Ummi tertinggal dlm posting Ummi dlm blog ini ialah isu semasa. Bukan Ummi tak mahu menulis, namun sifat tak pe, biar dulu, akhirnya isu yg berlaku berlalu begitu sahaja.. Sedang bagi Ummi isu semasa sgt penting untuk dicoretkan utk pengetahuan Anis bila Anis sudah boleh mengerti akan erti kehidupan ini.

Semalam adalah antara puncak sengatan kemarahan Ummi kepada perlakuan kerajaan Barisan Nasional (BN). Perlakuan mereka terhadap Kerajaan Perak yg di perintah oleh Parti Rakyat (PR) sgt2 menyakiti hati Ummi sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai anak negeri Perak. Sungguh perlakuan mereka tiada adab. Tidakkah mereka orang yg terpelajar dan menganuti nilai-nilai murni dalam rukun negara yg mereka agung-agungkan? Jika tidakpun berpaksikan nilai-nilai Islam, sekurang-kurangnya mereka menghormati nilai-nilai rukun negara apatah lagi mereka sebagai pihak kerajaan yg memerintah di peringkat persekutuan...

Setelah mereka merampas kerajaan negeri Perak dgn cara memperlekehkan undang-undang dan menggunakan institusi Diraja, kini mereka sekali lagi memalitkan sejarah hitam dlm BN itu sendiri apabila tidak mengikuti prosuder ketika persidanan DUN Perak. Bukan sekadar itu, mereka seolah-olah hidup di rimba yang tiada undang-undang dan tamaddun apabila merampas kuasa speaker DUN apabila memaksa speaker kerajaan negeri Perak iaitu V Sivakumar berundur dari jawatannya yg sah dgn cara yg tiada adab...

Keadaan V Sivakumar yg dipaksa melepaskan jawatan sebagai speaker demi meneruskan survival kerajaan haram BN di Perak



Begitulah warna-warna politik Malaysia dewasa ini wahai anakku yg semakin hitam dan kelam... Ummi sertakan gambar-gambar untuk Anis tatapi dan nilai.. InsyaAllah jika ada waktu dan kesempatan.. akan Ummi coretkan sejarah perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu supaya Anis tahu dan sedar bahawa bukanlah UMNO secara spesifiknya yg telah menyebabkan negera kita ini merdeka dari penjajahan... jika tiada mereka yg terdahulu.. tiadalah mereka yg ada pada hari ini... perjuangan itu perlu disorot sejak 1511 selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis.. bukan sekadar perjuangan menentang Malayan Union...

Thursday, May 7, 2009

Semakin Tua Semakin Sayang

Anis Solehah yang Ummi kasihi.. Ummi berhajat untuk mnulis tajuk ini apabila ia ada kaitan dgn percutian kita bersama Baba hujung minggu yang lepas..

Sewaktu cuti tersebut Ummi dan Baba berkesempatan menonton program Semanis Kurma di TV 9. Jarang Ummi dan Baba dan menonton bersama seperti itu. Tambahan pula tajuk yg dibicarakan sgt menarik untuk Ummi dan Baba tontoni sebagai pengetahuan perkongsian resepi kebahagian rumah tangga hingga ke usia emas.. :). Walaupun Ummi agak skeptikal dgn apa yg bakal dibicarakan tapi apa salahnya utk kita mendengar pandangan orang lain kan?

Dalam rancangan itu seperti biasa jemputan popular adalah para artis. Malam tu Pn Ziela Jalil dan Azharina (kalau tak silap Ummi) menjadi tetamu jemputan pengacara Ustazah Bahiah dan Suaminya. Pandangan awal Ummi sekurang-kurangnya ada juga Ziela Jalil yang berstatus isteri kedua kepada suaminya :). Bukan apa spt yg Ummi agak pastinya topik poligami yg kebanyakannya disinonimkan dgn 'cari lain' kepada suami pastinya akan disentuh dlm perbincangan sebegini.

Agakan Ummi tidak meleset. Antara kata-kata Ustazah.. 'jgnlah bila dah tua.. suami lagi cari yang lain yang lebih muda'. Ummi ada persepsi tersendiri. Bagi Ummi alangkah ceteknya penyataan-penyataan seumpama ini yg keluar daripada pengacara yg bukan biasa-biasa akan tetapi seorang yg berilmu.. :). Namun bagi Ummi.. itulah wanita.. sebagaimana hakikatnya lelaki suka untuk beristeri lebih dari satu maka begitulah juga hakikatnya para wanita tidak suka di madu (majoriti).

Ada beberapa pengajaran yg Ummi perolehi dlm rancangan ini di samping beberapa komen.

Pengajaran dan TIPS :

1. Lelaki terkadang tidak menunjukkan kasih sayang melalui bahasa badan spt sentuhan, belaian dsb tetapi melalui tindakan. Contoh tindakan yg menunjukkan kasih sayang ialah memberikan dan menyediakan kehidupan yg selesa mungkin untuk keluarganya. Jadi wanita kena belajar untuk memahami sifat lelaki yg sebegini. Mereka tidak spt wanita yg menjadikan sentuhan dan belaian, ucapan itulah nilai kasih sayang.

2. Kebanyakan lelaki atau boleh katakan semua lelaki memang sukakan belaian dan dimanjakan walaupun mereka kelihatan seperti tidak mahu dimanja atau kaku (stone). Ini kerana ego lelaki yg tinggi. Namun peranan isteri penting dlm hal ini kerana saling memanjakan itulah akan mewujudkan hubungan yang intim di antara suami isteri hingga usia emas. Betul dan Ummi setuju.

3. Wujudkan kemesraan seperti berjalan berpimpin tangan, bersembang-sembang dgn penuh kemesraan, bersenda gurau, menghantar sms cinta kepada pasangan masing-masing dari awal-awal usia perkahwinan... meraikan ulang tahun hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan jadikan ia habit dlm rumah tangga kita. Kerana apabila dah berumur baru kita 'perasan' kelompongan tersebut, memulakannya ada suatu yg janggal dan pincang bagi pasangan walaupun ianya boleh dicuba. Jadi ia bonus kepada pasangan yg usia perkahwinannya masih muda seperti Ummi :) dgn input sebegini.

4. Mengalah. Elakkan egoisme menguasai kita. Sebab lelaki ni egonya tinggi jadi. Jadi isteri tidak menjadi lemah dgn mengalah. Malah ia akan membuatkan hubungan suami isteri dpt melalui fasa krisis dgn baik.. Suami pula lama-kelamaan akan menghargai sifat mengalah sang isteri tu.. ia menjadi aset berharga buat para isteri di kemudian hari.. betul tu.. tapi kalau isteri terlalu muda dari suami ni selalunya suami yg byk mengalah :))

Komen Ummi pula tentang 'cari lain' nie

Masyarakat telah ada stigma terhadap poligami oleh itu bernikah lagi memberikan gambaran yg sgt negatif kepada suami dan mendatangkan simpati yg besar kepada isteri sedia ada..... Pandangan Ummi :

1. Sekiranya ada lelaki pada usia tuanya (40-50) tiba-tiba ingin bernikah lagi tidaklah bermakna kerana ia tidak lagi menghargai isterinya yang sedia ada.

2. Ada lelaki yang berkahwin lagi kerana keperluan dan kemaslahatan seperti memberikan ruang kepada wanita yg belum bersuami untuk merasai kehidupan berkeluarga yakni punya suami dan anak-anak. Terutama wanita yg digelar sebagai andalusia - umur 30 tahun ke atas

3. Perlu diberikan komentar yang jelas dan adil dlm poligami ini dan tidak boleh di ambil purata kerana ada byk kemaslahatan yang wujud sekiranya poligami dijalankan dgn sebaik-baiknya.

4. Sesiapa yg berbicara tentang poligami yg disinonimkan dgn 'cari lain' ini perlulah rasional dan tidak memburukkan lagi persepsi masyarakat terhadap poligami kerana tidak semua yg berpoligam itu sebab isteri pertama sudah tidak 'bergetah' lagi, atau nak cari suasana baru, atau dah jemu atau sudah ketandusan cinta atau sudah jatuh cinta lagi atau dan sebagainya..

5. Sekiranya seseorang isteri itu diuji dgn pilihan suami yg ingin beristeri lagi di saat-saat usia 40-50, dan suami pula menjalani kaedah yg betul utk berpoligami terutama wujudnya perbincangan dgn isteri pertama dan punya penasihat dlm urusan perkahwinan tersebut, maka jadikanlah ia sebagai satu 'hadiah' dari Allah... sebab ganjarannya sgt hebat bagi yg pasrah.. jgnlah ia menjadi penyebab untuk sentiasa berprasangka terhadap suami kerana cemburu yang tidak dpt kita kawali... Sebab.. sekiranya pihak isteri pertama menerimanya dgn baik Ummi sgt yakin suami akan lebih menghargai dan menyayangi isterinya itu kerana pengorbanan demi pengorbanan yg telah dilakukan oleh sang isteri sehingga menyetujui untuk menerima madu dlm hidupnya.. sudah pasti i ni aset yg sgt berharga yg tidak dpt ditandingi oleh mana-mana isteri baru seorang lelaki...namun sekiranya sering timbul perasaan tidak puas hati dan prasangka yg keterlaluan dan berterusan.. pastinya cinta dan penghargaan suami semakin pudar.. apatah lagi jika isteri barunya pandai melayan dan menjadi tempat suami mengadu rasa...

Wallahu'alam. Itulah secangkir pandangan dan pendapat dari Ummi dari rancangan tersebut..

Monday, May 4, 2009

Sedekad Kita Bertekad : KARISMA 10 Tahun!

Alhamdulillah. Pada 2 Mei 2009, KARISMA - Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia telahpun mencapai usia 10 tahun. Untuk pengetahuan Anis, KARISMA adalah sebuah kelab pelajar yg diusahakan atas inisiatif pimpinan JIM bagi menyemarakkan usaha-usaha islah dlm kalangan mahasiswa. Penubuhannya pada 2 Mei telah disempurnakan oleh Presiden JIM yang pertama iaitu Hj Saari Sungip atau lebihi dikenali dgn Pak Abu. Ketika itu Ummi masih di kampung menjadi guru sementera, sementara menunggu tawaran kemasukan ijazah sarjana di UKM..

Ummi sgt bersyukur kerana telah terpilih untuk bersama-sama dlm KARISMA di awal-awal penubuhannya. Dengan penglibatan dlm KARISMAlah Ummi dpt menceburkan diri dan mendidik kefahaman Ummi tentang Islam dan dakwah. Namun asal-asalnya Ummi bersama KASIS - Kelab Sosial dan Riadhah Masjid di UKM. Melalui kelab inilah Ummi mengenal erti ukhuwwah, jamaah, dakwah dan Islam yg sebenarnya. Namun kerana kesilapan teknikal di pihak HEP UKM, KASIS pun 'terbubar'.. Kebetulan pula pada tahun 1998 Ummi bergraduasi, maka KASIS hilang lenyap begitu sahaja dlm sejarah penglibatan Ummi dan senior-senior Ummi di UKM..

1999, sekitar June.. Ummi kembali menyambung ijazah sarjana di UKM. Ketika itu KARISMA peringkat Nasional telahpun ditubuhkan. Manakala sesampainya Ummi di Bangi, Ummi dan rakan Ummi pada ketika itu mula 'disibukkan' dgn persiapan untuk melancarkan KARISMA ZON 1 pula di UKM.... Tanggal 27 June 1999, selamatlah KARISMA Zon 1 (KZ1) dilancarkan penubuhannya di UKM oleh Ustaz Nik Pa Nik Leh. Dan Ummi telah menjadi setiausaha KZ1 yg pertama.. Sejak itu, bangun, tidur, makan, minum semuanya KARISMA, KARISMA dan KARISMA :).. itu Ummi bahagia dgn kehidupan Ummi pada waktu itu..

KARISMA telah banyak mengajar Ummi erti Ukhuwwah, kasih sayang, perjuangan, kesabaran, cabaran.. Ia juga banyak mentarbiah Ummi dlm hal-hal kepimpinan.. Dengan pendekatan usrah, program-program qiamullail, seminar, perkhemahan dan perhimpunan tahunan dan sebagainya, ia berjaya mendidik pelajar yg mahu dirinya dididik. Ya... hanya berjaya kepada yg mahu dirinya dididik.. namun ia akan gagal sekiranya seseorang itu sombong diri untuk dirinya dididik... itulah secangkir pengalaman Ummi yg mendewasakan diri Ummi kini.

Itulah nostalgia Ummi dlm KARISMA yg telahpun berusia 10 tahun pada tahun ini dan pada 2 Mei yang lalu. Segala pengalaman yg Ummi lalui dalam KARISMA, sgt memberikan erti dlm hidup Ummi sehingga kini. Apatah lagi ketika Ummi menjadi setiausaha KZ1, Ummi juga kemudiannya dilantik sebagai Ketua Siswi UKM, dan merangkap Ketua Siswa KZ1. Seterusnya Ummi juag dilantik menjadi Naib Presiden KARISMA Nasional (KNL) . dan pada ketika itu Ummi memikul 3 amanah tersebut iaitu Ketua Siswa UKM, KZ1 dan KNL.. Namun alhamdulillah Ummi cuba memikul amanah itu dgn berusaha sebaik-baiknya. Dan pada suatu masa bagi memberikan fokus, dan apabila rakan-rakan Ummi yg lain juga Ummi rasa wajar diberikan ruang dan perlu dipimpin... maka Ummi meletakkan jawatan sebagai setiausaha KZ1 dan UKM dan.. beraktivsmelah Ummi sepuas-puasnya dlm KNL.... :).. seronok kerana dpt jelajah seluruh semenanjung bersama team KNL buat pertama kalinya dlm sejarah KNL..


Alhamdulillah... Kalau nak dihitung.. penglibatan Ummi dlm KARISMA sejak 1999 hinggalah 2003.. bermakna 4 tahun lamanya.. (Namun sebelum itu Ummi telah terlibat dgn KASIS sejak 1996). Oleh itu penglibatan keseluruhan Ummi dlm mahasiswa dan sebagai naqibah dan penasihat kepada KARISMA terutama di UKM ialah sehingga awal tahun 2006 iaitu sebelum Ummi bernikah dgn Baba... jadi.. hampir 10 tahun juga Ummi berada bersama adik-adik di UKM.. jatuh, bangun, membina dan dibina.. alhamdulillah... nikmat yg tidak terucap dgn kata-kata...

Bagi Ummi, KARISMA adalah wasilah yg mendidik Ummi menjadi insan, mahasiswa dan rakyat yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan agamanya. KARISMA bukanlah organisasi yang mendidik mahasiswa utk menentang kerajaan sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu.. tapi KARISMA adalah sebuah institusi ibarat sebuah NGO di alam kampus yg berusaha untuk membimbing pelajar agar hidup mereka 'lebih bererti' dan 'punya erti'. Dan kini Ummi sgt bersyukur dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat Ummi iaitu Kak Husna, Kak Raudhah, Kak Uda, Kak Rahimah, Kak Akhmar, Kak Shaza, Kak Bahiah dan terutama naqibah pertama Ummi iaitu Kak Ayu.. dlm KASIS... tanpa mereka, mungkin Ummi masih terawang-awang dlm pencarian diri yg sebenar.. Merekalah yg menghulurkan ukhuwwah.. memboncengkan Ummi ke sana ke mari dgn motosikal mereka... ahh.. sgti ndah utk di kenang..

Ummi juga bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada pasangan suami isteri yang menjadi contoh dan idola Ummi dlm perjuangan iaitu Kak Aida dan Akh Fakhrul yg telah byk mendidik Ummi dlm perjuangan ini. Juga kepada rakan seangkatan Ummi dlm KARISMA iaitu Kak Along Suraya, Kak Jannah, Kak Gee, Kak Hasnor, Akh Aidi, Akh Arif Zaidi, Kak Wae, Kak Achik, Kak Sham, Kak Anfal, Akh Syahrir, Akh Fauwaz dan ramai lagi....

Walau di mana mereka berada, dan organisasi mana yg menjadi wadah perjuangan mereka dlm menegakkan kalimah Allah kini, Ummi doakan agar mereka semua thabat dan terus berada dlm perjuangan ini termasuk Ummi.. Semoga Allah menerima amal-amal kami yg terdahulu dan terus membimbing kami pada masa-masa akan datang..

InsyaAllah.. suatu hari nanti, Anis juga akan melalui jalan seperti Ummi.. Ummi sgt berharap dan berdoa sejak Anis dan adik-adik Anis belum wujud lagi dlm rahim Ummi dan sejak Ummi tidak pernah kenal siapa bakal Baba Anis.. doa Ummi.. biarlah Ummi memiliki zuriat yang menjadi penegak kpd Syiar Allah, menjadi pembela kepada agama Allah dan menjadi pejuang kepada Addin Allah... biarlah kehidupan anak-anak Ummi menjalani setiap detik waktu untuk Allah dan agamanya.. biar siapa pun anak-anak Ummi... jgn sembunyikan diri daripada amanah Allah, jangan kerana sibuk dgn kerjaya, keluarga dan urusan dunia sehingga kita lupa ikrar kita kepadaNya...

Semoga Anis akan mengerti... suatu hari nanti...

Saturday, May 2, 2009

Merayakan Cinta

Bermula makan-makan pada 30.04.09. Di mana tu?
Biarlah rahsia.. (^0^)


Diikuti merehatkan minda dan fizikal di sebuah tempat..
di mana tu? Biarlah rahsia lagi... hehe
Cukuplah gambar buat tatapan kita okey..

ibarat Ummi dan Baba.. berdua saling bergandingan

Ibarat Ummi, Baba dan Anis.. bertiga sering bersama


Ibarat Ummi, Baba, Anis dan bakal adik Anis
berempat kita terikat

Ibarat kita sekeluarga.. kembang mekar mewarnai dunia.. :) ameen

Sendiri itu sepi.. namun kembali jua kepadaNya sendiri lagi..

Moga Allah merahmati kita sekeluarga..
Thanks kpd Baba yang berjiwa besar
sabar walau sering tercabar dan dicabar
namun tetap dgn prinsip tegar
demi meladeni keluarga besar..
chayok Baba!!!

Moga Allah Redha..
Moga Bahagia Hingga Ke Syurga...

Friday, May 1, 2009

Ke mana kita nak pergi ni?

Oh seronoknya! Hari ini adalah cuti Hari Pekerja. dan.. semalam pula anniversary Ummi.. Jadi? Outing!!!

Ke mana Ummi, Anis dan Baba nak pergi ya? Hehe.. tunggu ya sayang.. lepas solat jumaat kita akan berangkat ke DESTINASI MERAYAKAN CINTA.... (^0^)

Owh sebelum tu... Ummi nak selitkan satu gambar bersama Azizi Hj Abdullah, seorang novelis terkenal di tanah air kita. Walaupun Ummi tak sempat ambil gambar... tapi beliau telah ambil gambar Ummi dan Baba bersamanya ketika di PWTC - Pesta Buku Antarabangsa KL yg lepas. Jadi Ummi tak nak lepaskan peluang mengabadikan pic tersebut dlm blog Ummi..



Ini dia !!

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)