Thursday, May 7, 2009

Semakin Tua Semakin Sayang

Anis Solehah yang Ummi kasihi.. Ummi berhajat untuk mnulis tajuk ini apabila ia ada kaitan dgn percutian kita bersama Baba hujung minggu yang lepas..

Sewaktu cuti tersebut Ummi dan Baba berkesempatan menonton program Semanis Kurma di TV 9. Jarang Ummi dan Baba dan menonton bersama seperti itu. Tambahan pula tajuk yg dibicarakan sgt menarik untuk Ummi dan Baba tontoni sebagai pengetahuan perkongsian resepi kebahagian rumah tangga hingga ke usia emas.. :). Walaupun Ummi agak skeptikal dgn apa yg bakal dibicarakan tapi apa salahnya utk kita mendengar pandangan orang lain kan?

Dalam rancangan itu seperti biasa jemputan popular adalah para artis. Malam tu Pn Ziela Jalil dan Azharina (kalau tak silap Ummi) menjadi tetamu jemputan pengacara Ustazah Bahiah dan Suaminya. Pandangan awal Ummi sekurang-kurangnya ada juga Ziela Jalil yang berstatus isteri kedua kepada suaminya :). Bukan apa spt yg Ummi agak pastinya topik poligami yg kebanyakannya disinonimkan dgn 'cari lain' kepada suami pastinya akan disentuh dlm perbincangan sebegini.

Agakan Ummi tidak meleset. Antara kata-kata Ustazah.. 'jgnlah bila dah tua.. suami lagi cari yang lain yang lebih muda'. Ummi ada persepsi tersendiri. Bagi Ummi alangkah ceteknya penyataan-penyataan seumpama ini yg keluar daripada pengacara yg bukan biasa-biasa akan tetapi seorang yg berilmu.. :). Namun bagi Ummi.. itulah wanita.. sebagaimana hakikatnya lelaki suka untuk beristeri lebih dari satu maka begitulah juga hakikatnya para wanita tidak suka di madu (majoriti).

Ada beberapa pengajaran yg Ummi perolehi dlm rancangan ini di samping beberapa komen.

Pengajaran dan TIPS :

1. Lelaki terkadang tidak menunjukkan kasih sayang melalui bahasa badan spt sentuhan, belaian dsb tetapi melalui tindakan. Contoh tindakan yg menunjukkan kasih sayang ialah memberikan dan menyediakan kehidupan yg selesa mungkin untuk keluarganya. Jadi wanita kena belajar untuk memahami sifat lelaki yg sebegini. Mereka tidak spt wanita yg menjadikan sentuhan dan belaian, ucapan itulah nilai kasih sayang.

2. Kebanyakan lelaki atau boleh katakan semua lelaki memang sukakan belaian dan dimanjakan walaupun mereka kelihatan seperti tidak mahu dimanja atau kaku (stone). Ini kerana ego lelaki yg tinggi. Namun peranan isteri penting dlm hal ini kerana saling memanjakan itulah akan mewujudkan hubungan yang intim di antara suami isteri hingga usia emas. Betul dan Ummi setuju.

3. Wujudkan kemesraan seperti berjalan berpimpin tangan, bersembang-sembang dgn penuh kemesraan, bersenda gurau, menghantar sms cinta kepada pasangan masing-masing dari awal-awal usia perkahwinan... meraikan ulang tahun hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan jadikan ia habit dlm rumah tangga kita. Kerana apabila dah berumur baru kita 'perasan' kelompongan tersebut, memulakannya ada suatu yg janggal dan pincang bagi pasangan walaupun ianya boleh dicuba. Jadi ia bonus kepada pasangan yg usia perkahwinannya masih muda seperti Ummi :) dgn input sebegini.

4. Mengalah. Elakkan egoisme menguasai kita. Sebab lelaki ni egonya tinggi jadi. Jadi isteri tidak menjadi lemah dgn mengalah. Malah ia akan membuatkan hubungan suami isteri dpt melalui fasa krisis dgn baik.. Suami pula lama-kelamaan akan menghargai sifat mengalah sang isteri tu.. ia menjadi aset berharga buat para isteri di kemudian hari.. betul tu.. tapi kalau isteri terlalu muda dari suami ni selalunya suami yg byk mengalah :))

Komen Ummi pula tentang 'cari lain' nie

Masyarakat telah ada stigma terhadap poligami oleh itu bernikah lagi memberikan gambaran yg sgt negatif kepada suami dan mendatangkan simpati yg besar kepada isteri sedia ada..... Pandangan Ummi :

1. Sekiranya ada lelaki pada usia tuanya (40-50) tiba-tiba ingin bernikah lagi tidaklah bermakna kerana ia tidak lagi menghargai isterinya yang sedia ada.

2. Ada lelaki yang berkahwin lagi kerana keperluan dan kemaslahatan seperti memberikan ruang kepada wanita yg belum bersuami untuk merasai kehidupan berkeluarga yakni punya suami dan anak-anak. Terutama wanita yg digelar sebagai andalusia - umur 30 tahun ke atas

3. Perlu diberikan komentar yang jelas dan adil dlm poligami ini dan tidak boleh di ambil purata kerana ada byk kemaslahatan yang wujud sekiranya poligami dijalankan dgn sebaik-baiknya.

4. Sesiapa yg berbicara tentang poligami yg disinonimkan dgn 'cari lain' ini perlulah rasional dan tidak memburukkan lagi persepsi masyarakat terhadap poligami kerana tidak semua yg berpoligam itu sebab isteri pertama sudah tidak 'bergetah' lagi, atau nak cari suasana baru, atau dah jemu atau sudah ketandusan cinta atau sudah jatuh cinta lagi atau dan sebagainya..

5. Sekiranya seseorang isteri itu diuji dgn pilihan suami yg ingin beristeri lagi di saat-saat usia 40-50, dan suami pula menjalani kaedah yg betul utk berpoligami terutama wujudnya perbincangan dgn isteri pertama dan punya penasihat dlm urusan perkahwinan tersebut, maka jadikanlah ia sebagai satu 'hadiah' dari Allah... sebab ganjarannya sgt hebat bagi yg pasrah.. jgnlah ia menjadi penyebab untuk sentiasa berprasangka terhadap suami kerana cemburu yang tidak dpt kita kawali... Sebab.. sekiranya pihak isteri pertama menerimanya dgn baik Ummi sgt yakin suami akan lebih menghargai dan menyayangi isterinya itu kerana pengorbanan demi pengorbanan yg telah dilakukan oleh sang isteri sehingga menyetujui untuk menerima madu dlm hidupnya.. sudah pasti i ni aset yg sgt berharga yg tidak dpt ditandingi oleh mana-mana isteri baru seorang lelaki...namun sekiranya sering timbul perasaan tidak puas hati dan prasangka yg keterlaluan dan berterusan.. pastinya cinta dan penghargaan suami semakin pudar.. apatah lagi jika isteri barunya pandai melayan dan menjadi tempat suami mengadu rasa...

Wallahu'alam. Itulah secangkir pandangan dan pendapat dari Ummi dari rancangan tersebut..

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)