Monday, March 29, 2010

Bila anak sakit..

Bila anak sakit apa yang kita patut buat? Tanya Kak Yus pada beberapa orang rakannya. Bagi ubat? sebahagian menjawab pertanyaan tersebut.

Bagi Ummi pula bila diajukan soalan tu jawapan ummi : "amik cuti. jaga anak kat umah. Pastikan sihat baru keje semula".

Aha tepat sekali jawapan tu.. ye lah anak sakit perlukan perhatian kita. Hari ni Ammar demam + cirit-birit. Keracunan makanan suspek doktor bila bawa Ammar ke klinik pagi ni. So hari ni ummi cuti la jaga Ammar.

Pagi lepas hantar Anis ke nurseri, bawa Ammar ke klinik. Pastu balik rumah dan pastikan Ammar mendapat rawatan yg sewajarnya.. Alhamdulillah selepas pindah ni rumah dekat dgn hospital Damai (ada Dr Wati - Pakar Kanak-kanak). Dekat dgn nurseri ADNI dan PPBA. Dan.. dekat dgn pejabat. Semuanya ambil masa 5 minit sahaja... Alhamdulillah lokasi rumah kita ni bagi ummi sgt strategik. Tiada lagi tension jika mtg weekend sbb nak bawa Ammar dan Anis pun tak la jauh sangat... jalan pula jln dalam kawasan perumahan.. tidak perlu lagi ke jalan besar.. ummi senang sekali tinggal di sini.. (^v^).. rumahpun lapang.. senang nak tgk Anis dan Ammar kat ruang tamu bila ummi sedang kat dapur :)

Suasana rumah ni pun sejuk, tenang, damai dan malam-malam dgr bunyi deruan air bawah tanah yg deras.. hehe mula2 seram gak. Tapi lepas di explain bahawa air bawah tanah tu ada saluran yg dibina kira ok la.. mudah-mudahan kawasan ni tidak la jadi mcm bukit antarabangsa tu ye.. nnt la bila rajin ummi upload la gambar-gambar Mahligai kita ni..



nilah di mahligai kecil kita..
ni permandangan di luar rumah.
bawah tu dlm rumah.
waktu pagi berkabus, sejuk, sunyi, aman, tenang..
boleh dgr bunyi unggas, kicau burung, bunyi air terjun
Alhamdulillah.. thank you Allah atas nikmat-Nya..





kepada kawan-kawan ummi meh la datang singgah umah.
menginap pun boleh terutama bila baba tak bermalam di rumah kitakan?
mcm kak faiz ari tu :). Jemput datang!

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)