Thursday, January 22, 2009

Secebis coretan ummi tentang Cikgu Basri

Tulisan ini Ummi tulis ketika Cikgu Basri masih hidup. 02.06.08. Memang benarlah kalau ramai menyatakan bahawa beliau seorang yang ceria, lemah lembut, mesra... Ummi yang baru pertama kali berhadapan dgn beliau pun tak kekok.. seolah-olah beliau telah lama mengenali Ummi... Ya Allah.. kau tempatkanlah ayahanda Cikgu Basri yang ku hormati dan ku kasihi ni di syurga firdausMu..

CIKGU BASRI
Alhamdulillah.. hati ni sgt terpanggil-panggil untuk menziarahi Cikgu Basri. Hari ini Allah perkenankan panggilan itu. Sebelum ni Cikgu Basri hanya dikenal pada nama. Ketika menjalankan penyelidikan tentang gerakan Islam di kalangan pelajar, Kapten Azland Hanafi memberi tahu Cikgu Basri adalah orang yang telah membimbing beliau dalam tarbiyah.

Cikgu Basri adalah orang yang dicari-cari utk memantapkan lagi gambaran gerakan dakwah di kalangan pelajar 1970an. Tapi sayang semasa kajian dilakukan, sesungguhnya kesempatan utk bertemunya tidak muncul..

2004, Cikgu Basri telah dijemput untuk memberikan ceramah dalam satu kursus pendidik di Kolej Brindley, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.. iaitu ‘Bengkel Pengajaran Dan Pembelajaran Efektif Serta Pengendalian Peperiksaan’. Ahh.. seronoknya kerana berpeluang bertemu beliau dan mendengar pengalaman beliau sebagai seorang pendidik.

Beliau cukup hebat sebagai seorang pendidik. Hati dan jiwa pendidiknya begitu tulus dan murni. Apa tidaknya... dalam usia sedemikian, dengan kesihatan yang tidak stabil, beliau masih sudi melayani anak muridnya di Fakulti Pendidikan, Bangi. Ketika beliau sedang berkemas-kemas hendak pulang.. kemunculan pelajarnya yang tiba-tiba dihadapan pintu pejabatnya menagih khidmat bimbingan dan nasihatnya tidak akan diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja. Terkadang diskusi yang panjang.. beliau sanggup tidur dipejabat demi membantu pelajar-pelajarnya utk cemerlang. Byk lagi kisah teladan yg beliau ceritakan...mengimbau kisah yg diceritakannya saja sudah bisa membuatkan air mata mengenang.. inilah seorang guru yang tulus dalam memberikan khidmat.

Pada waktu itu juga beliau telah menceritakan bagaimana beliau sebagai guru membawa usrah. Jam 12 malam di asrama lampu perlu dipadamkan. Namun beliau pada waktu itu sebagai guru memasang lilin. Sedangkan perbuatan beliau itu melanggar peraturan asrama. Namun demi mendidik (bukan sekadar mengajar) beliau telah melakukan sesuatu yg ‘luar biasa’. Dengan keluarbiasaan itu, beliau telah berjaya melahirkan kelompok pelajar yang turut bersama dalam saff pengislahan..

Itu sedikit cetusan-cetusan arkib kehidupan beliau.. rupa-rupanya bila bertemu beliau secara personal dan berdepan...... masyaAllah.. alangkah ruginya aku selama ini tidak mengorek kisah-kisah perjuangan daripada mereka yang masih hidup ini.... beliau begitu kaya dengan pengalaman yang boleh menjadi pengajaran untuk orang muda.. namun masa menziarah beliau begitu singkat. Sangat tidak puas dan tidak puas hati J. Walaupun singkat... namun ada ungkapan yang sgt bermakna yg melucur dari mulut beliau yang menjadi sebahagian daripada nota-nota utama kajian gerakan Islam di kalangan pelajar....ungkapan itu juga mencuit nostalgia sendiri bila mana beliau mengungkapkan ‘sejak itulah beliau mengenal Islam’. Sejak bila?

DARI ROCKERS MENJADI MURABBI
Ia Cuma kisah singkat yang dapat didengar.. Bagaimana beliau menceritakan rasa antinya kepada Mustafa Kadir di ITK. Betapa meluatnya beliau dgn ‘orang dakwah’. Dengan rambut panjangnya dan gitar bujangnya... beliau sering bersantai dengan rakan-rakin menikmati kegaringan bunyi gitar dan terkadang sempat menyindir golongan dakwah ini. Sangat anti.

Namun ada satu fenomena yg menyebabkan golongan seperti beliau ini akhirnya berubah. Penjara mentarbiyah beliau. Kerana rasa berkobarnya semangat org muda pada waktu itu melihat kemelaratan petani di Baling, beliau telah mengikut demontrasi dari ITK yg dipimpin oleh Mustafa Kadir. Beliau telah ditangkap dalam keadaan.. “ana masa tu mana ada tarbiyah tapi dah kena gari, kena penjara”. Sejak itu... dengan karismatik Mustafa Kadir sebagai pemimpim mahasiswa, dengan kewibawaan seorang anak muda yg berjaya mencuri hati masyarakat dalam perjuangannya iaitu Sdr Anwar Ibrahim... beliau akhirnya bersama dgn ikhwah dan akhawat dlm saff perjuangan dan akhirnya mengenali Islam! itu baru sedikit.. nnt nak ziarah lagi sambil nak menyelongkar arkib peribadi beliau dalam kisah-kisah perjuangan di jalan dakwah di Malaysia ini... moga Allah memberkati Ayahanda Cikgu Basri...

-----
Hajat Ummi utk menziarahinya lagi tidak kesampaian.. tertangguh-tangguh hingga beliau dijemput Ilahi pada 20.01.09....

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)