Wednesday, January 7, 2009

Andai Ini Anakku..

Anis Solehah yang Ummi kasihi..
lihatlah potret di atas
alangkah sayu sang ayah
menangisi pemergian buah hati
insan kecil yg tidak mengerti
andai engkaulah bayi itu....

Lihatlah anakku..
wajah suci bersih anak-anak kecil
yang tidak berdosa... gugur satu persatu
seolah-olah pembersihan umat Islam Palestin sedang berlaku
namun Maha Suci Allah..
banyak rakan-rakanmu yang gugur di Palestina
malah lebih ramai lagi yang lahir dan bakal dilahirkan..
Anis Solehah..
Dirimu masih bisa bermain ceria
tenang dan damai
Kau miliki Ummi dan Baba
yang sedia memimpin tangan
melayani kerenahmu tanpa jemu
Namun sayang...
kau lihatlah rakanmu yang berada di Palestina...
permainan mereka hujanan senjata
sentuhan mereka penuh luka...
keletah mereka gaya perwira
mimpim mereka bergelar syuhada.. sedari kecil..
ditangan mereka bukan mainan biasa
tapi sebilah kunci
agar dikembali ke rumah dan tanah air sendiri..
Ingatlah wahai anakku...
saat kita senang lenang di sini
mereka sedang menderita di sana
walau derita mereka hanya sementara
kerana syurga sedang menanti bila-bila
namun derita adalah derita
maka rasakanlah bersama mereka
kerana mereka itu saudara kita
dicubit peha kanan peha kiri turut terasa
kita dan mereka laksana satu anggota
sebahagian sakit maka sakitlah bahagian yang lainnya..
Moga kau akan mengerti, memahami dan merasai
bila sampai usiamu
dan moga kau tidak lupa
bahawa mereka adalah rakanmu dan saudara kita..
dan hati Ummi sering berkata..
andai mereka anakku
adakah Ummi bisa melalui ini semua?

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)