Thursday, September 10, 2009

Assalamu'alaikum wbt Ammar Mujahid

Assalamu'alaikum wbt Ammar Mujahid bin Azahari! Selamat bertemu dgn Ummi :). Baru hari ni ummi dpt mencoretkan sesuatu tentang kelahiran Ammar diruang maya eksklusif ummi nie..

Alhamdulillah saat yang ummi nantikan telahpun tiba. Tanggal 30.08.09, Ammar Mujahid selamat dilahirkan pada jam 3.25pm (ikut rekod doktor). Bersamaan 9 Ramadan.. berhampiran dgn saat-saat umat Islam di zaman Rasulullah berhadapan dgn Perang Badar 10 Ramadan.. Kakak Anis lahir 5 Rejab.. bersamaan Perang Tabuk. Nampaknya anak-anak ummi ni lahir pada saat-saat umat Islam berjihad menegakkan yang hak. Mudah-mudahan Anis Solehah dan Ammar Mujahid akan menjadi pejuang dan pembela agama Allah jua..

Alhamdulillah wa syukuriLLah.. Segalanya berjalan lancar dlm ummi menghadapi kelahiran pada kali ini.... tiada dpt digambarkan dgn kata-kata.. namun ummi akan mencoret perkongsian pengalaman bermakna dlm menghadapi kelahiran kali ini...
Buat permulaan.. ummi abadikan gambar adik Anis Solehah Azahari iaitu Ammar Mujahid Azahari sejurus selepas lahir ke dunia dan sehari sehari selepasnya.




9 comments:

Mujahidah Fie Sabilillah said...

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

MABRUK ya ukht. Alhamdulillah ata kelahiran Ammar Mujahid..

Lama tak mendengar khabar ukht. Tak nampak juga online, rupanya telah melahirkan cahaya mata pejuang Agama (insya`allah)

Tahniah buat Anis yang dah mempunyai adik.

Moga menjadi mujahid soleh dan mujahidah solehah fie sabilillah perti hebatnya nama-nama mereka, Amin Ya Rabbal `alamin.

Tahniah buat akak sekeluarga.. Salam jumpa lagi di satu ketika.

`Ain said...

salam kak,tahniah.comel.kenapa muka dia day 1 tu merah2 kak...rash ke?

Nahnu Jundullah said...

Salam, kak misah, akak tau tak, baru semalam saya terfikir, kalo saya ada anak kelak, saya nk letak nama Ammar Mujahid...hari ni, saya baca blog akak, akak dah letak nama anak akak Ammar Mujahid jugak. MasyaAllah....Kak, tahniah dgn kelahiran little Mujahid.Saya seronok + syukur...InsyaAllah, akan dtg akan ada lagi seorang Ammar Mujahid, wallahu'alam...=)

UmmuAnis said...

Salam Ain,

hmm ada jangkitan sebab lama tunggu dia lahir 5 jam lepas pecah ketuban.. that's why spoting tu ada. Byk seluruh badan. Now dah ok pas jumpa Dr Hasmawati.. Dr Anis dan Ammar :)

fizi said...

Mabruk atas kelahiran Ammar Mujahid. Sedapnya nama...:)

cikgubad said...

Salam Ummu Anis,

Alhamdulillah kerana anti selamat melahirkan Ammar Mujahid. Selepas nikmat iman dan Islam, anak-anak adalah kurniaan terbesar yang wajib disyukuri.

Moga kelahiran ini menyerikan lagi kebahagian rumah tangga anti.

Ammar kelak nanti jadilah mujahid utk membela agama ALlah dan ibu pertiwi ini.

Salam Lebaran dari cikgu Bad dan Kak Fauziah.

UmmuAnis said...

salam Fizi. Thanks.. pas ni giliran awak plak ya :).


Salam cikgu Bad, Jzkk atas doa. Itulah juga harapan saya kpd anak2 agar mereka 'cemerlang dlm redha Allah'.. pembela agama, penegak syiar-Nya. Saya juga sentiasa berdoa dan mengharapkan agar cikgu dikurniakan Allah rezeki mendpt anak-anak yg soleh dan solehah.

UmmuAnis said...

salam Fizi. Thanks.. pas ni giliran awak plak ya :).


Salam cikgu Bad, Jzkk atas doa. Itulah juga harapan saya kpd anak2 agar mereka 'cemerlang dlm redha Allah'.. pembela agama, penegak syiar-Nya. Saya juga sentiasa berdoa dan mengharapkan agar cikgu dikurniakan Allah rezeki mendpt anak-anak yg soleh dan solehah.

Juwairiya Zulkifli said...

Tahniah to Ummi Anis dan pck!

Sedap sungguh nama baby, Ammar Mujahid. Moga menjadi penyejuk hati ummi dan baba, menjadi pejuang agama dan bangsa.

JZ aka Mck Jue

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)