Friday, July 31, 2009

MANSUH! MANSUH! MANSUH ISA!!!


KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

JIM Menyeru Ahli-ahlinya Dan Orang Ramai Berhimpun Di Kuala Lumpur 1 Ogos 2009.

Sudah 49 tahun akta zalim ISA mengancam kebebasan rakyat. Ramai tokoh negara yang ditahan tanpa bicara. Ramai isteri yang dipisahkan daripada suami tanpa alasan yang diketahui. Ramai anak yang membesar tanpa kasih sayang ayah, yang dipenjara tanpa diketahui sebabnya.

ISA membolehkan sesiapa sahaja ditahan tanpa bicara. Pihak berkuasa mencari jalan mudah. Tak perlu ada bukti. Polis boleh bertindak tanpa perlu mengemukakan dalil. Mahkamah diketepikan. Nyata sekali tidak profesional.

ISA bertentangan dengan syariat Islam dan prinsip keadilan sejagat. Pemerintah yang diharap menjaga rakyat, dengan sewenang-wenang, tanpa perlu membawa bukti, mengheret rakyatnya ke lokap dan penjara. Anak isteri dan keluarga teraniaya.

Ketika Bush menahan tanpa bicara di Guantanamo Bay, pemerintah Malaysia telah berkokok riuh rendah, menjustifikasikan ISA. Namun, ketika Obama mengarahkan penutupannya, kenapa diam membisu seribu bahasa???
Cukuplah 49 tahun, semenjak 1 Ogos 1960!!!

Sabtu ini, 1 Ogos 2009, JIM menyeru semua ahli-ahlinya dan seluruh rakyat Malaysia untuk berhimpun di Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan dan mendesak agar ISA dimansuhkan.

Perkara besar seringkali dicapai dengan perhimpunan besar dan pengorbanan besar. Perhimpunan besar telah berjaya menggagalkan gagasan Malayan Union. Perhimpunan besar telah berjaya memansuhkan PPSMI. Perhimpunan besar juga diperlukan untuk memansuhkan ISA!!!
Ayuh! Kita ke Kuala Lumpur, esok, 1 Ogos 2009. Kita tuntut:

· Mansuhkan ISA
· Bebaskan tahanan ISA
· Tutup Kem Tahanan Kamunting

Nota: JIM adalah anggota gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Hj Nahar Md Nor
Setiausaha Agung JIM
31 Julai 2009

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)