Saturday, December 12, 2009

Lagi Melahirkan dengan tenang.. dgn Epidural..

Hmm.. entah penulisan ke berapa tentang melahirkan ni pun ummi tak tahu. Tapi takpelah. Hasrat berkongsi pengalaman melahirkan kali ini masih berbaki di sudut hati.

Sebenarnya ummi sendiri tidak menjangkakan bahawa ummi akan duduk wad selama 3 malam.. Kesian sgt Anis di rumah. Baba bagi tahu ummi Anis tak nak minum susu. Mujur selepas ummi balik ke rumah Anis nak minum susu semula.

Al kisah ummi di wad, 2 hari bukaan utk melahirkan hanya 1.5cm... bayangkanlah. Tapi Dr Fatimah sgt baik dan mmg la pakar. Beliau bagi tahu proses ini mmg lama dipanggil 'latent process'. Ada oranag 24jam. Ada yang 2 hari. Ummi dpt yg maksimum 2 hari :).

Ummi sampai hospital hari jumaat jam 4.30am. Bila hari Sabtu CTG ummi menunjukkan contraction yang semakin kurang.. ummi request utk balik rumah dulu malam tu! Namun di masa yang sama ummi berdoa agar Allah permudahkan ummi bersalin. Ummi nak balik sebab ada ANis kat umah.. kesian dan rindu Anis. Kalau masih blm bersalin tak nak bazir masa di hospital.. seblm balik Dr Fatimah nak check bukaan dulu..dan alhamdulillah bukaan dah 3cm..so Dr tak bagi balik lah. Dr kata esok (Ahad) 7.30am masuk labour room dan kita pecahkan ketuban. Dr minta ummi bincang dgn baba. Bila baba sampai lewat malam, ummi bagi tahu baba dan baba kata tgk esok mcm mana. Di masa yang sama, malam tu baba buat solat hajat lagi supaya ummi dimudahkan utk melahirkan..

Sebenarnya sebelum bukaan mencecah 3cm.. Dr Fatimah tak mahu ambik risiko utk pecahkan ketuban. Bimbang jika bukaan still tak bergerak lepas pecah ketuban. Jika ini berlaku ia dipanggil 'failure sign'..(hehe betul ke tak ummi tak ingat sgt) maka ummi perlu dibedah! Jadi Dr nasihatkan tunggu je kat hospital sampai bukaan at least 3-4cm. Kalau boleh Dr tak mahu ummi dibedah lagi kali ini setelah melahirkan Anis dgn kaedah pembedahan....sayang katanya kalau dibedah lagi. Ummi pun mmg berdoa tak mahu dibedah lagi. Ammar pun mcm tahu bila 36 minggu baru la dia berpusing ke kedudukan yang betul. Seblm tu songsang! Kalau berterusan songsang sblm melahirkan maka sudah tentu kaedah ummi bersalin kali kedua akan dibedah juga sbb kaki Ammar betul2 kat bawah! Hmm anak2 ummi..mcm2 style..

Sepanjang malam tu hanya ada 2x contraction sahaja! Namun setiap contraction berlaku ummi berdoa agar Allah mudahkan bukaan utk melahirkan..dan seblum Dr keluar bilik ummi, Dr kata "Hamisah esok kita pecah ketuban ya. Dr suggest u ambil epidural. U dah 2 hari kat sini. Utk mengelakkan tension dan kesakitan bersalin, so baik u ambil epidural".. Ummi terfikir-fikir dan masih belum buat keputusan masa tu. Bila nak kluar bilik ummi Dr kata, "hamisah fikir dulu ya. Bincang2 dengan suami. Kalau nak ambil epidural nnt bagi tahu Dr. Ok sayang" bestnya Dr Fatimah ni...

Esoknya ummi ke labour room jam 8.30am sebab 7.30 bilik bersalin full. Mlm tu baba datang teman ummi sehingga bersalin. Setelah bincang dgn baba, ummi ambil keputusan utk ambil epidural. Dan syukur.. bagi ummi ia satu keputusan yang bijak. Dr Ikram telah memberikan suntikan epidural dan ummi diberikan alat utk control ubat yang masuk ke badan ummi.. jika ummi rasa sakit dan nak elakkan sakit tu ummi boleh masukkan dos yang lebih. Tapi ummi tak pernah tekan pun utk dos yg lebih. Bukan terasa sakit sgt pun. Kalau ada sakit pun sikit2 jer... dan nak juga rasa sakit2 sikit tu..

Alhamdulillah, pagi Ahad tu setelah ambil epidural, jam 10 pagi Dr Fatimah datang nak check bukaan dan tiba2 air ketuban pecah dgn sendirinya dan bukaan utk ummi bersalin dah 4cm. Sebiji sama ketika ummi nak lahirkan ANis. Lepas pecah ketuban, Dr estimate bukaan 1 jam 1 cm. Jadi jangkaan bersalin pada jam 4 petang. Alhamdulillah ummi bersalin pada jam 3.27pm secara normal. Terima kasih doktor

Syukur ummi kerana pengalaman yang sgt best melahirkan secara normal. Ummi dpt merasakan perbezaan bersalin secara bedah dan secara normal. Perasaan yg sukar digambarkan..

Apa yang ummi nak share di sini ialah kelebihan mengambil epidural. Mcm2 org ckp dan ada yang mengatakan 'eh.. ni main tipulah' sebab tak sakit bersalin secara normal. Namun bagi ummi dlm keadaan ummi yg dah 3 hari di hospital dan membayangkan bakal menghadapi ANis pula di rumah jadi pilihan ummi tersebut sgt berbaloi-baloi..

Suntikan epidural bagi ummi tidak menyakitkan. Proses bersalin juga tidak menyakitkan. Alhamdulillah sebaik ubat epidural habis sahaja, ummi pula pulih spt sedia kala. Tidak sakit langsung! Bila balik rumah ummi rasa mcm dah seminggu ummi bersalin :). Tapi kena berjaga2 takut bentan :). Almaklumlah bila dah tak rasa sakit, rasa segar maka balik rumahpun mcm steady jer nak buat keje umah. Nasib ada kakak pembantu.. kalau tak pasti ummi dah buat semua keje umah sebaik balik dari hospital :).

Bagi ummi jika pengambilan epidural itu lebih memudahkan kita maka apa salahnya jika kita mengambil epidural tersebut kan? Bukan nak mengelat daripada sakit bersalin.. namun jika ia akan lebih memudahkan urusan kita selepas bersalin dan menjadikan kita lebih tenang dalam berpantang dan menghadapi kerenah anak yang sedia ada...why not?

Terima kasih Dr Fatimah yang telah memberikan khidmat nasihat yang baik untuk ummi. Malahan layanan yang ummi terima bagi ummi sgt special kerana kebaikan budi pekerti doktor-doktor dan staf-staf di Hospital Pakar An Nur Hasanah... ia menyebakan ummi sentiasa dlm ketenangan ketika berada di sana.. terima kasih semua ya..

next.. An Nur pilihan tempat melahirkan yang istimewa...


2 comments:

Farra said...

salam perkenalan ummu anis,

anak pertama dulu sy bersalin ngan dr fatimah tanpa any painkiller..mmg doktor baik! mmg sy puashati sgttt

anak no 2, mencuba epidural ..di spital lain..huhu..mmg syurga di dalam labor room! ihiks :p

anak no 3, no painkiller again alhamdulillah, nak save cost :p

tak ngelat ler.. amik epidural kalau bajet ade ekkeke

UmmuAnis said...

Salam perkenalan kembalik Farra.

1. Yup mmg best bersalin si HPAN. Dr n staf kat situ mmg best

2. Yup mmg sgt2 selesa bila ada epidural..mmg tenang...kalau ada rezeki next time kalau tak de kompilasi masa nak bersalin, nak juga rasa bersalin normal tanpa epidural :). Tapi masa nak meneran tu ttp kena ada stamina juga walau ada epidural

3. Saya pun setuju ia tak mengelat :). Bukan bajet tu sgt nak kira bila ambil epidural namun kalau ia membantu memudahkan urusan kita apasalahnya. Ada rakan doktor juga berpandangan, kalau ada alternatif agar kita lebih mudah uruskan diri sejurus after bersalin apa salahnya.dan rakan saya tu ada dua anak je n dua2 epidural :)

4. Kos mmg perlu dikira. That's why bersedia awal dgn kewangan seblm kita merancang utk anak setrusnya :).

5. Thanks di atas perkongsian :).

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)