Sunday, March 29, 2009

Musim Demam dan Batuk

Ini bilik Dr Hasmawati di Damai Hospital.. cantikkan?

Assalamu'alaikum Anis..

Hmm.. sekarang ni Anis sedang batuk2. Bila batuk-batuk ni.. Ummi mula risau. Anis boleh jadi pneumonia kalau tidak dikawal batuk-batuk ni. Dah hampir seminggu Anis batuk. Tapi masih undercontrol. Ummi berikan madu. Tapi Anis perlu juga ambil Ventamol (lelah) dan loraden (utk alergi). Tapi baru-baru ni Baba berikan ubat baru yg dicampur ubat selsema, batuk dan alahan. Jadi Anis tak perlu makan ubat banyak-banyak. Cuma 1 Ubat sahaja. Minggu ni pulak Ummi ada program TOPS.. bimbang pulak Ummi sebab Anis kena duduk dgn Ummi dlm bilik aircond nie..

Ummi cadang Isnin ni kita jumpa Dr Hasmawati untuk dptkan rawatan. Ummi kena pastikan dada Anis tidak berbunyi jika bernafas. Jika berbunyi bermakna lendir/kahak dah masuk dlm paru-paru.. susah hati Ummi kalau ini berlaku.. jadi.. bertahan ya dik.. Isnin ni kita jumpa Dr pakar kanak-kanak kat Hospital Damai iaitu Dr Hasmawati. Bukan tak nak jumpa dr biasa di Klinik biasa tapi Ummi ada pengalaman bila pegi Dr biasa ni check Anis, dada tak bunyi. Tapi bila check dgn Dr pakar, alamak.. dada Anis bunyi. Dr Wati kata kerana stetoskop yg digunakan oleh doktor pakar kanak-kanak adalah yg khusus.. dia punya kepekaan sgt tinggi..

Ummi suka jumpa Dr Wati.. doktor Wati akan bahasakan diri dia Ummi kepada Anis. Pastu apabila nak gunakan sesuatu alat, doktor akan breif Ummi betul-betul siap demo penggunaan pertama pada Anis kepada Ummi. Doktor Wati juga akan berikan stetoskop pada Ummi dan bagi Ummi dgr sendiri keadaan dada Anis.. yg paling best kalau ada masalah di mana-mana, Ummi just SMS kat Dr Wati dan dia akan balas apa-apa pertanyaan masalah kesihatan Anis pada Ummi.. thanks Dr Wati..

Ummi ada baca dlm buku, kalau kita pregnant, carilah doktor yg kita selesa dan seronok bila kita jumpa dia utk buat check up.. yup Ummi dah jumpa iaitu Dr Fauziah Hasan pakar ONG di Ampang Putri.. doktor yang sambut Anis gak.. dan doktor untuk Anis.. Dr Wati... jadi.. bersabarlah Anis ya.. esok kita jumpa doktor Wati..

Kita hanya berusaha yg terbaik... selebihnya Allah lah yang menyembuhkan...

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)