Tuesday, April 7, 2009

Susu Ibu...Jangan Menangis Anakku..


Anisku sayang... malam tadi Ummi menangis apabila tidak memenuhi keinginan Anis untuk mendapat susu Ummi. Walau berkali-kali Anis merengek dan menangis sambil tersedu meminta susu Ummi.. namun Ummi tidak melayani kehendak Anis. "Ummi... Ummi... nak nenen"... begitulah ungkap Anis sambil tersedu dan menyentuh peha Ummi meminta belas kasihan.. Sesungguhnya amat berat hati Ummi pada ketika itu hanya Allah yg tahu... namun Ummi terpaksa melakukan demikian.

Air mata Ummi mengenang dlm kegelapan kerana menahan naluri keibuan yg sebati dlm sanubari Ummi tatkala mendengar rintihanmu Anakku.. setelah dirimu kepenatan menangisi kegagalan mendapatkan susu Ummi, lalu kau mencapai susu formula di dalam botol dan... minum dgn rakus sambil menutup rapat kelopak matamu.. sememangnya Ummi tahu Anis sgt mengantuk dan kehausan utk menikmati sebotol susu... Setalah Anis lelap... ketahuilah Ummi tidak dpt lagi membendung air mata Ummi lalu berderai dan mengalir deras membasahi pipi Ummi... betapa sayunya hati Ummi melihat kesedihan da keinginan Anis yang tidak kesampaian.. tidurlah anakku... tidurlah dengan lena.. tidak bermakna Ummi tidak menyusuimu Ummi tidak sayangkan dirimu... Akhirnya Anis tidur bertemankan pelukan dan ciuman hangat dari Ummi..

Anisku sayang... Susu Ummi sudah kering sayang... Setelah mendapat nasihat daripada beberapa rakan Ummi termasuk doktor, Ummi mengambil keputusan untuk berhenti menyusui Anis. Ummi amat merasa kesakitan sekiranya Anis berterusan meminum susu Ummi... tambahan pula Ummi sekarang sedang membawa 'adik' Anis dalam rahim Ummi.. namun Ummi akan terus memberikan Anis susu Ummi sekiranya susu Ummi masih belum kering.. namun sedihnya Ummi kerana terpaksa memberhentikan Anis daripada menikmati susu Ummi sebelum Anis mencapai usia 2 tahun. Ummi berhutang 3 bulan lebih pada Anis dlm menunaikan tanggungjawab Ummi menyusukan Anis.

Anis Solehah kesayangan Ummi.. ketahuilah sejak awal mula mengandungkan Anis, Ummi memang berazam untuk menyusui Anis sehingga umur Anis 2 tahun. Ummi sedari di kalangan wanita yang berkerjaya, memang sukar untuk ibu-ibu secara eksklusif menyusui anak-anak.. itulah sebabnya byk kempen2 dijalankan oleh pihak hospital swasta ataupun kerajaan agar ibu-ibu menyusui anaknya.. walaupun tidak selama 2 tahun tapi sekurang-kurangnya 6 bulan pertama kelahiran anak-anak tidak diberikan makanan lain selain susu ibu. Alhamdulillah..Ummi telah berjaya menyusui Anis selama 1 tahun 2 bulan tanpa mencampurkannya dengan susu formula. Hanya setelah dinasihatkan oleh doktor barulah Ummi memberikan susu formula kerana keadaan berat badan Anis yg membimbangkan...

Maafkan Ummi sayang... kerana selepas ini, Ummi tidak dpt lagi menyusukan Anis.. Ummi memang cemburukan rakan-rakan Ummi yg telah berjaya menyusukan anak-anak mereka sehingga umur 2 tahun dan lebih. Namun Ummi perlu syukuri dan insafi kerana masih ada ramai lagi rakan-rakan Ummi juga yg tdak dpt menyusui anak-anak mereka hatta sehingga 6 bulan ataupun 1 tahun kerana pelbagai halangan dan alasan... untuk itu... Ummi sgt bersyukur kerana dlm keadaan melahirkan Anis secara pembedahan, Ummi keraskan hati dan semangat mengharungi kesakitan dan tidak membiarkan alasan pembedahan itu utk menidakkan hak Anis mendapatkan susu Ummi... ketahuilah Anis Solehah.. seawal 15 minit selepas keluar dari bilik pembedahan.. Anis telah mendapatkan hak menyusui susu Ummi...

Inilah luahan rasa Ummi tatkala melalui pengalaman menceraikan susu daripada Anis... semoga Anis terus membesar dengan baik, sihat dan solehah. Luv U... Ummi.

Sedikit perkongsian Ummi dgn kakak senior dlm hal menceraikan susu ibu ni

1. Gunakan cara yg lembut spt melumurkan susu ibu dgn bahan-bahan yg tidak disukai oleh anak-anak seperti asam jawa, bawang putih. Elakkan bahan-bahan seperti jadam yg pahit, gincu yang membahayakan..

2. Ceraikan dgn tidak menolak (di sini mungkin Ummi silap skit sebab bila guna asam jawa tak jalan jadi Ummi tak terfikir cara lain.) Ia akan menyebabkan emosi anak akan terganggu. Begitu juga semosi kita.. seperti contoh Anis di atas..

3. Kalau masih tak berjaya dgn cara no 2 maka bolehlah kita 'bertahan' dgn menolak permintaannya dgn tidak melayani kehendaknya.. tapi tu lah akhirnya kita yg menangis :)

4. Bertegaslah apabila kita ambil keputusan utk memberhentikan anak kita daripada menyusu susu kita. Ini kerana jika kita tidak bertegas, kita akan membuang masa dgn mengulangi proses penceraian tersebut (perkongsian dari Kak Rosnah - Rentis).

5. Terutama bagi ibu-ibu yang menyusui anaknya dan di masa yang sama mengandungkan anak yg lain, maka bersediakan dgn emosi dan bantuan selepas melahirkan kelak.. lagi baik meleraikan susu sebelum melahirkan anak yg lain agar kita mudah menguruskan anak yg baru dilahirkan dan kakaknya yang masih perlu diberi perhatian...

sekian dulu. Moga bermanfaat

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)