Tuesday, April 28, 2009

Duniaku.. Ada Suami..


Ujian kesakitan itu adalah sebuah kifarah buat mereka yg diuji. Alhamdulillah.. ditakdirkan Ummi dan Baba yg dah seminggu batuk-batuk ringan diuji pula dgn demam pada 2 hari lepas. Dua-dua pula tu demam.. mujur juga Anis Ummi ni tak diserang demam. Cuma batuk-batuk yg masih juga tak kebah-kebah tapi masih dlm kawalan.

Kasihannya Baba yg mendapat demam yg agak teruk. Badan yg sgt panas.. hampir 2 hari Baba tak larat nak bangun sangat. Ummi pula selsema dan MC pada hari Isnin. Hari Selasa pula Ummi terpaksa ambil cuti memandangkan Baba sgt tidak bermaya. Tak sampai hati Ummi tinggalkan Baba di rumah.. terfikir pula Ummi bagaimana keadaan Baba nak makan dan juga keadaan Baba keseorangan tanpa teman.. pun begitu keadaan selsema Ummi pun belum begitu sembuh.. Bagi Ummi Baba perlu diberi perhatian sewajarnya..

Alhamdulillah, bila Ummi tumpukan perhatian sedikit pada Baba, keadaan Baba beransur pulih. Ummi masakkan sup sayur, bubur nasi, sediakan air barli + selasih + bunga kembang semangkuk utk Baba minum. Air tu pula Ummi campurkan madu. Anis pun suka minum dan tumpang sekali bila Ummi suapkan Baba :). Di masa yang sama Ummi urut badan Baba sebab Ummi sendiri merasakan alangkah letihnya jika demam dan alangkah seronoknya jika ada org picit-picitkan kepala dan badan Ummi yg tidak bermaya ketika tu.. :).

Petang Selasa Baba beransur pulih walaupun keletihan masih menggigit sendi-sendi Baba. Suhu badan Baba pun beransur turun. Baba byk berehat di rumah.. pun begitu ada juga 'tugasan rutin' Baba yg tak dpt dielak.. kesiannya Baba...

Dalam pada Ummi menjaga Baba dan memberi perhatian pada Baba, terlupa pula bahawa Ummi juga sedang sakit.. sehingga ke tengahari badan Ummi mula dipanjat keletihan dan kepala Ummi mula terasa berat... perancangan Ummi utk ke pejabat tak dapat Ummi penuhi.. oh baru la Ummi dpt rasakan 'ithar' dlm kehidupan Ummi sebagai isteri :). Baru sikit je tu sebenarnya..

Selepas solat zohor bersama Baba.. Ummi terbaring seketika kesan keletihan akibat selsema yg mula bermaharajalela di badan Ummi.. dlm mata Ummi terpejam rupanya Baba datang pada Ummi dan picitkan kepala Ummi.. oh... alhamdulillah.. dlm hati Ummi rasa terharu dan bahagia.. kerana dlm kesakitan, Baba tak lupakan Ummi.. tambahan pula sebelum tu Ummi yg melayan Baba yg sakit.. dan seketika itu... Baba pula melayan Ummi dgn memicit kepala Ummi yg kesakitan.. lega seketika walaupun cuma sekejap.

Alangkah indahnya berumahtangga.. Ibarat tajuk sebuah buku yg Ummi beli.. "Bahagianya Merayakan Cinta".. Bagi Ummi inilah sebahagian daripada kenikmatan yg Allah anugerahkan kepada pasangan-pasangan dlm kehidupan berumahtangga.. dan seketika itu juga Ummi terbayangkan sahabat-sahabat Ummi yg masih belum bertemu pasangan mereka untuk berumahtangga..

Ummi terbayangkan kesepian mereka menjalani sakit pening tanpa teman sehati sejiwa di sisi.. ya mungkin mereka ada sahabat.. namun manakan sama sahabat yg cuma berkongsi rasa berbanding seorang sahabat berkongsi jiwa yg bernama suami... terus fikiran Ummi terbayangkan sahabat Ummi Kak Rosliya... dan terbayangkan sahabat Ummi Kak Roha.. tambahan pula Ummi baru sahaja mendengar suaranya di Radio IKIM berbicara tentang Dunia Tanpa Suami.. Mereka adalah insan hebat yg begitu redha menjalani kehidupan tanpa suami.. moga Allah terus memberi kekuatan kepada mereka. Ameen.

Ummi pasti.. ramai yg bersyukur dgn anugerah seorang suami di sisi.. pastinya yg memiliki suami sedang 'Bahagia Merayakan Cinta' terutama pasangan-pasangan muda yg baru mendirikan rumahtangga... lihat sahajalah blog-blog mereka :).. tambah bahagia lagi apabila bertemu jodoh pada usia-usia genting iaitu yg sedang meniti peningkatan angka 30an dlm usia mereka :)...

Wanita dan Suami.. begitu juga Lelaki dan Isteri-isteri.. sunnah alam.. ianya pasti membawa hikmah yg besar bagi diri manusia.. Maha KayaMu Ya Allah yg menciptakan makhluk berpasang-pasang...

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)