Saturday, April 18, 2009

Hujung Minggu Yang Best

Minggu ni Alhamdulillah dpt berkesempatan bersama-sama Baba di rumah. Bukan mudah untuk kita sekeluarga dapat bersama seperti ini. Selalunya kalau tak Ummi yang ada program, Baba pula yg ada program. Kadang-kadang Baba pula perlu komit kepada kedai farmasinya. Tambahan pula Baba punya dua buah keluarga. Kedua-dua buah keluarga ni perlu Baba jaga agar Baba dpt berlaku adil dlm meladeni kita sekeluarga. Terima kasih Baba.

Alhamdulillah peluang terluang akhirnya berkunjung jua. Ummi masih ingat kata-kata pemimpin Ummi, walaupun masa kita bersama keluarga sikit, namun pastinya bila ia wujud, masa tersebut berkualiti.

Alhamdulillah. Pagi ni kita sarapan di rumah. Mee kari lebihan malam tadi. Anis pun makan mee kari juga. Lepas sarapan Ummi kemas rumah. Baba pula masak nasi goreng ayam untuk Anis dan masuk sup sayur utk Ummi dan Baba. Seronoknya bila dpt berkumpul dan buat kerja sama-sama. Bagi Ummi walau pun sesekali dpt mcm nie.. inilah sesekali yg berkualiti untuk kita sekeluarga. Moga-moga Allah berkati keluarga kita.

Lepas selesai urusan dirumah, makan tengahari pun dah siap di masak, kita keluar pulak beli barang rumah sama-sama. Huhu. seronok sebab lama dah rancang nak gi mini market dgn Baba. Di masa yang sama nak beli sesuatu untuk Anis.. :)) ini dia!


Akhirnya Anis dpt kereta baru! Jika sebelum ni Anis akan tolak bekas mega blok atau masuk dlm bekas mega blok yg beroda tu.. kini tidak lagi..

Ha.. Potty.. akhirnya.. Anis dah pandai bagi tahu bila nak yak. Jadi mudah-mudahkan dgn adanya Potty ni boleh latih Anis yak dan tak perlu lampin. 4 bulan lagi Anis.. moga-moga bila adik lahir nanti Anis dah tak perlu pakai lampin! Jimat belanja!


Tada..! Sekrg Anis ada 3 koleksi 'Aishah'. Ni percuma je bila beli shower gel.

Kasut baru Anis. Lama dah beli.. kasut lama dah tak muat.



Eh apa nie.. sebelum Baba berkemas-kemas ke rumah keluarga satu lagi, Ummi sempat buatkan rumah sementara untuk kucing Baba. Sian kucing ni. Baba ni memang suka pada kucing. Sebab kesian dgn anak kucing yg dibuang di tepi jalan depan kedai Baba, Baba amil bawa balik. Mandikan. Jadi sebelum nak beli sangkar kucing... ni Ummi buatkan rumah kucing Baba. Supaya anak kucing Baba tak la merayau dan lebih selesa skit dlm rumah dia ni.. Huhu nampaknya memang kucing ni selesa.. tidur dgn lena dlm rumah dia. Baba pun gembira bila Ummi buatkan rumah kucing ni. Ha.. siap suruh bawak masuk rumah lagi.. ish.. kena fikir dulu ni sebab Anis ni alahan.. okey la, ada masa nnt kita upload gambar kucing yg comel tu ya.

Okey.. itulah hujung minggu kita yang best! Alhamdulillah!

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)