Monday, April 27, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL09 Berakhir...


Alhamdulillah.. Pesta buku utk tahun 2009 di PWTC telah berakhir hari ini. Ummi rasa sgt seronok dgn pesta buku tahun ini sebab?

1. Ummi dpt bertugas dan membantu gerai buku JIM. 3 hari (tapi separuh hari je) iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Pengalaman jaga gerai ini sgt menyeronokkan

2. Ummi dpt pegi Pesta Buku kali ini dgn Baba sebanyak 2 kali :). Kali pertama tanpa Anis. Kali kedua dgn Anis lah!

3. Dgn peruntukan dua kali tu, Ummi lebih santai melihat buku pada hari berkerja bersama Baba (Ummi ambil cuti!). Alhamdulillah dgn perancangan awal Ummi dah sebelahkan duit awal2 utk Pesta Buku ni, jadi hmm... sejumlah buku telah Ummi borong! Moga Allah memudahkan Ummi utk membacanya

4. Dgn dua kali ke Pesta Buku kali ini Ummi dpt bertemu dan mengambil tandatangan penulis buku-buku yg Ummi beli. Dan mereka adalah antara penulis yg sgt Ummi minati... siapa dia?



  • Faisal Tehrani : Ummi beli 2 buah buku : Manikam Kalbu dan Tunggu Teduh Dulu. Tahun lepas pun dpt jumpa beliau. Kali pertama jumpa mmg Ummi sgt teruja. Ummi mmg minat sgt tulisan beliau dlm novel.

  • Azizi Hj Abdullah : 2 buah buku. Sangeetha dan Harga Sebuah Maruah. Best sgt! Ummi adalah peminat Hj Azizi sejak di bangku sekolah... sejak mengenali teks Seorang Tua di Kaki Gunung.. sejak itu Ummi mmg selalu membaca novel dan penulisan beliau terutama ttg politik.

  • Ustaz Zahazan Mohamed : Sebuah buku. Anakku Hebat Anakku Soleh. Ummi dpt tanya satu soalan menarik ttg poligami yg ustaz sebut masa halaqah di TV3 :)

  • Saiful Islam : 3 buah buku! Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin. Akhirnya dpt juga Ummi bertemu muka dgn penulis buku popular nie. Selalu lawat blog jer

  • Pak Utih : Suami Memimpin Isteri Mengurus. Ni ahli JIM. Tapi mmg Ummi dtg lagi pesta buku nak jumpa Pak Utih utk minta tandatangan dia. Best sgt sebab dpt kata-kata menarik tulisan beliau khusus utk Ummi dan Baba dlm buku tersebut.

5. Ummi juga ada sesuatu untuk Anis sempena Pesta Buku tahun ni.. apa dia? Nantilah...


Sebenarnya ada byk buku lagi yg Ummi tak sempat beli. Takpe lah mudah-mudahan Ummi akan jumpa buku-buku tu di kedai-kedai buku.. iaitu buku tentang sejarah gerakan Islam di Malaysia.. kesal juga Ummi rasa bila fikirkan mengapa Ummi tak beli terus masa Ummi jumpa buku tu kali pertama... Ummi mmg minat buku-buku tentang sejarah gerakan Islam di Malaysia sebab itu bidang Ummi.. tapi takpelah.. takde rezeki kot.


Nampaknya Ummi perlu menyusun semula buku-buku Ummi dan juga membuat kod pada buku-buku Ummi yg pelbagai bidang tu...


Kategori utama buku-buku yg Ummi beli tahun ni..

  1. Tentang kekeluargaan - Hubungan Suami Isteri
  2. Tentang pendidikan anak-anak
  3. Tentang kerjaya
  4. Novel
  5. Beberapa buah kategori pelbagai..

Alhamdulillah.. ada umur kita akan ke Pesta Buku lagi pada tahun hadapan

(kerana beberapa sebab jadi tak dpt nak amik gambar terutama gambar penulis2 popular yg Ummi jumpa tu.. sedihnya...)

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)