Monday, March 16, 2009

Hari Keluarga JIM

Abang Hazim, Anis dgn belon dan Baba kat tepi sungai. (Anis ni pantang nampak Baba, memang dia akan jalan pi cari Baba dia.. Ummi tak leh wat ape sbb nanti Anis nangis.. hai anak Baba nie..

Wah! Lamanya Ummi tak mengemas kini blog Ummi. Hmm.. Mak Cik Ee pun dah bising-bising dah.. :). Pelawat blog Ummi pun mesti dah boringkan bila bertandang ke blog Ummi ni.. Asyik-asyik posting yg lama.. :).

Ok la. Sebenarnya byk sekali bahan-bahan dan cerita-cerita ingin Ummi masukkan dlm blog ni.. namun Ummi kebelakangan ni boleh katakan tak de 'mood'. Balik rumah jer dah keletihan.. Bila Anis nak tidur Ummi pun tidur sekali... letih.. Anis menyusu.. di masa yg sama Anis plak bakal dapat adik :) alhamdulillah. Jadi layan keletihan je la.. ahh byk plak Ummi membebel.. hehehe..

Alhamdulillah hari minggu yang baru berlalu, kita telah berpeluang menyertai Hari Keluarga pejabat Ummi. Best! Hari keluarga tu dilaksanakan di Impian Rimba Resort. Seronok. Keluarga kita yang hadir ialah Baba, Mak Cik Ana, Ummi, Kakak Hajar, Abang Hazim dan.. Anis Comel la...

Ummi sertakan gambar Anis buat kenang-kenangan... nanti bila ada masa Ummi akan menulis dengan lebih panjang dan masukkan gambar2 keluarga kita pada Hari Keluarga tersebut okey... tu je dulu buat pengunjung blog Ummi...



Anis Bad mood sebab ramai orang kacau dan usik... geram tengok Anis.. jangan la marah sayang... mereka semua tu nak kawan ngan Anis..

Waaa.. sedapnya Anis makan ice cream... hehe tapi sikit je tau.. pastu Ummi la yang abiskan..

Akibat bangun awal ikut solat subuh.. jam 7 pagi pada hari kedua Anis lena semula..

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)