Thursday, March 19, 2009

Pendakwah Dari Pintu Neraka...

Assalamu'alaikum Anis..

Sekarang Ummi ditugaskan semula sebagai editor majalah JIM - Perspektif. Alhamdulillah Ummi memang berminat dgn kerja-kerja mengedit ni. Ummi tumpang gembira apabila majalah JIM ini akan diterbitkan semula... sebagai menyokong usaha-usaha ini, Ummi menyambut cabaran sebagai editor.. tak berbayar pun :). Tapi Ummi gembira sebab dpt menyumbang kepada jamaah.

Kerja-kerja editing ini ganjarannya ialah memberi ruang yg byk untuk Ummi menimba ilmu pengetahuan dgn membaca karya-karya penulis yang Ummi perlu edit. Terkini Ummi sedang mengedit tulisan Dr Danial Zainal Abidin, seorang penulis besar di negara kita. Beliau juga merupakan ahli JIM dan kini tokoh dalam JIM. Dalam mengedit tulisan beliau ini... Ummi terpana dan terkesan dgn perenggan berikut (sebenarnya keseluruhan tulisannya..) untuk dikongsi dgn rakan-rakan Ummi.. tak boleh bagi semua.. kena beli majalah Perspektif baru boleh baca semua :).

JOM kita tengok apa Dr DD lakarkan dlm karya minda supernya....

Sebahagian umat Islam pada hari ini memejamkan mata mereka dari kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat. Lorong hidup mereka hanya menghubungkan mereka kepada rumah dan tempat kerja sahaja. Di tempat kerja pula mereka hanya menjadi pak turut walaupun dalam perkara yang jelas bercanggah dengan Islam. Mereka berpegang kepada konsep ‘kubur kamu, kamu jaga dan kubur aku, aku yang jaga’. Sahabat Talhah bin Ubaidillah pernah berkata, “Cukuplah menjadi keaiban pada seseorang jika dia sekadar duduk diam di rumahnya sahaja.” Perkara ini disebutkan di dalam Tabaqat ibn Saad.

Mereka yang meninggalkan dakwah tidak akan cemerlang kerana azab Allah akhirnya akan menimpa mereka. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Demi Allah hendaklah kamu mengajak kepada makruf dan hendaklah kamu mencegah kemungkaran dan jika ini tidak dilakukan akan datanglah kepadamu balasan berbentuk seksaan daripada Allah dalam masa yang terdekat dan ketika itu kamu semua akan berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkan doa-doa kamu.” Hadis ini bertaraf hasan.

Anisku sayang.. semoga kita tidak leka untuk melakukan tugas dakwah.. jika kita terleka... semoga Allah bangkitkan kita daripada lena dan kejutkan kita daripada kealpaan yang berpanjangan... semoga Allah pelihara kita dlm apa jua keadaan supaya tidak futur dijalan-Nya...

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)