Sunday, May 18, 2008

Aktiviti Anis

Jom melihat aktiviti Anis di rumah. Macam-macam dia buat!

Anis seronok bermain. Ni dia baru pandai main benda ni. Sebelum ni dia ambil dan terbalikkan. Tapi setelah lama observe mcm mana Ummi main, akhirnya.. Anis pandai dah tekan button merah kan atas tu dan melihat hasil tekanan tersebut dgn bola-bola kecil melambung-lambung dlm bekas tu.. hehehe. Anis sgt seronok kerana tindakan dia berhasil. Dia dah berjaya menggerakkan bola-bola dlm bekas tu! ye ye.

Anis sangat suka membaca buku. kalau pagi-pagi tengah nangis pun bagi la dia buku dia kan diam dan kemudian mula bising membaca buku-buku dia..

Hah! Anis naik tangga! Setakat ni dah 3 kali naik tangga sampai atas! Anis telah menaiki 18 anak tangga! Mula-mula test power. Kemudian Anis dah pandai panjat tangga cari Baba! Anis... Anis.. Sekarang tak boleh tinggal-tinggal Anis lama-lama kat ruang tamu. Pasni nak kene beli pagar untuk Anis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berkorban apa saja...

harta atau pun nyawa..

itulah kasih mesra..

Sejati dan mulia...

Dari Ummi dan Baba...

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)