Monday, May 26, 2008

Giliran Aktiviti Ummi Pula Ya

Hmm... asyik tengok gelagat Anis dan perihal Anis je.. Kali ni nak tulis pasal Ummi pulak la ya Anis Solehah. Hmm sejak bujang, sejak mengenali Islam melalui usrah.. sejak itulah Ummi mula aktif dalam program-program yg mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, Allah telah temukan Ummi dengan kawan-kawan yang baik. Kalau Ummi tak jumpa kawan-kawan yg baik ni.. tak tahulah apa akan jadi pada Ummi.. hehehe.

Masa Ummi bujang, Ummi selalu tak lekat di rumah. Balik Kampung pun jarang. Atuk Anis selalu bising naper Ummi tak balik. Kalau hujung minggu je.. wah mesti ade je program Ummi. Daurah la, Seminar la, Program JIM peringkat nasional lah.. dan tidak ketinggalan juga masuk hutan, masuk gua, trekking, dan yg paling best dan mencabar pada peringkat awal.. abseiling. Abseiling paling best kat Teluk Segadas, Pulau Pangkor.. Namun zaman Ummi panjat Gunung, masuk gua, masuk hutan, merentas sungai dan berabseiling seolah-olah dah berlalu.. humm.. tak tahu la bila ada peluang lagi ya dik..

Dan kini alhamdulillah, masih berprogram lagi namun dalam bentuk yg lain dan lebih santai. Kalau dulu Ummi adalah antara urusetia yg bersama buat program.. tapi kini.. Ummi menjadi penasihat atau menyampaikan program/penceramah/pengendali slot.. dah berusia la maksudnya Ummi ni.. bukan tua api semakin dewasa !

Alhamdulillah. So sekarang jom tengok aktiviti Ummi plak!

Keindahan Bersama Mu (KBM)
Alhamdulillah program Keindahan Bersama Mu ini semakin rancak diseluruh tanah air. Tahniah Pak Long, Pak Lang n the Gang dari Johor yangtelah berusaha sehingga KBM ni dpt dijalankan di negeri-negeri lain selain Johor. Dengan bantuan di peringkat awal akhirnya KBM negeri lain boleh mengendalikan KBM mereka sedikit dgn pertolongan sedikit atau tanpa pertolongan langsung dari Team KBM Johor. Bagusnya cara kerja sebegini. Ia membuahkan ramai 'pekerja' untuk Islam!

Kini aku berpeluang bersama TEAM KBM KL. Alhamdulillah. Setelah berpeluang menjadi peserta KBM IPT Nasional, aku telah bersama team KBM KL menjalankan KBM. Tapi selalu juga tak dpt ikut penuh. Tapi ketika KBM di Sek Keb Meru Klang, aku dpt mengendalikan slot Hijrah bersama Bai... oh alangkah seronoknya dpt bersama adik-adik melihat wajah-wajah mereka yg masih muda belia... dapat juga bersama adik-adik usrah yg menjadi fasilitator... dengan amal sedikit dan perkongsian ilmu dgn adik-adik peserta KBM ni mudah-mudah menjadi sebahagian amal pengislahan yang diterima Allah.. amin..


peserta khusyuk melakukan aktiviti dalam KBM.. sementara Anis sporting bersama Kak Syuhada ketika Ummi mengendalikan slot ni. Thanks kakak dan Anis..


USRAH
Oh.. Usrah paling asas. Paling bermakna dalam hidup.. tanpa usrah.. sudah pasti aku hanyut dlm arus kehidupan. Alhamdulillah setelah mengenali usrah dan bak kata dhanny jatuh cinta dgn usrah hidupku byk berubah. Sejak 1997 aku mengikuti Usrah.. hingga kini aku masih lagi berusrah. Mengikuti usrah di daerah Batu, JIM KL dan juga tidak ketinggalan usrah di pejabat tempat aku bekerja. Di masa yang sama aku membawa usrah. Sejak tahun 2000 aku membawa usrah.. hingga kini aku masih membawa usrah. Bermula dengan usrah di KYPM bangi, JAD, Bangi, UKM Bangi, MIAT Sepang, Kolej Brindley, kini aku membawa usrah di IPT di KL.. Syukurku pada Mu Ilahi.. walaupun kusedari diriku ini bukanlah terbaik dlm menjadi seorang daie.. namun Kau masih beri aku peluang menjejaki sunnah Rasulullah.. menyelusuri jalan-jalan yang pernah ditelusuri oleh baginda serta sahabat-sahabat baginda... moga aku kan terus bersama jalan ini sehingga denyutan nadi terakhir..

Usrah di pejabat dan usrah bersama adik-adik di IPT.. biasalah makan-makan dan minum-minumpun salah satu aktiviti usrah.. bak kata pepatah Arab.. Poketku dakwahku.. :)


KONSIS
Konsis - Konvensyen Mahasiswa Nasional adalah program menghimpunkan pelajar IPT. KONSIS yg ni adalah KONSIS peringkat Zon. Mereka dihimpunkan untuk mendengar ilmu-ilmu bagi memantapkan kefahaman tentang Islam dan memantapkan ilmu pengetahuan dlm menjadi seorang daie.. di masa yg sama dan paling penting ialah memantapkan iman dan ukhuwwah untuk terus berada dijalan dakwah...


Barisan peserta yang ceria dan bersedia untuk menerima ilmu dan ditarbiyah. Sebelum tu awal-awal lagi kena buat aktiviti utk merapatkan ukhuwwah sesama peserta.. termasuk fasi.

Ini barisan pimpinan muda KONSIS!


EMI 08
Walaupun last minute terpaksa menggantikan orang lain, namun Alhamdulillah rasa seronok dpt berkongsi dengan adik-adik lepasan SPM dlm program Eksplorasi Menara Ilmu ni. Berkongsi tentang Cinta dan Cita... ahh... untukmu adik-adikku.. kejarilah cita-citamu.. jangan kau peduli tentang cinta melainkan cinta Ilahi, Rasulullah, kedua ibu bapa, para sahabat seperjuangan dan keluargamu. Cinta kepada insan lain yang bakal kau pilih menjadi suamimu biarlah Allah jua menentukannya... kerana yakinilah.. jika kau meyakini takdir Ilahi.. maka kau panjatkanlah doa kudusmu agar kau menemui cinta sejati sama ada suami atau isteri yg akan lebih mendekatkan dirimu pada Ilahi... Adik-adikku.. andai jodoh tiba.. terkadang yg datang itu tanpa disangka dan dipinta.. namun yakinilah takdir untukmu dan peganglah.. 'perempuan mukmin untuk lelaki mukmin'!

Sebahagian peserta EMI lelaki dan wanita.


dan... talk aku bersama Ummi Roses...
lihat tu Anis sentiasa di sisi menemani Ummi sampai bagi talk pun...

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)