Tuesday, April 29, 2008

Sehari Dalam Membesarkan Anis.

Huh lama sungguh tak menulis diblog ni. Bak kata kawan-kawan blogger lain.. berabuk (berhabuk) dah blog nie.

Baru-baru ni beli hp baru .. hehehe .. seronoknya sebab boleh ambil gambar Anis Solehah byk-byk.. Ahh seronoknya membesarkan anak.. semoga Anis menjadi anak yg solehah...
Di sini Ummi rakamkan sehari dalam hidup Anis.. membesar di samping Ummi dan Baba.. Ketahuilah anakku, Ummi dan Baba amat menyayangimu dan menatangmu bagai minyak yang penuh.. Moga nanti.. Anis menjadi anak yang solehah.. dan mendoakan Ummi dan Baba seandainya Ummi dan Baba tidak lagi di sisimu menemani di dunia ini..

Anis Waktu Bangun Pagi



Anis yang sentiasa ceria. Kalau tak de orang dia nangis. Tapi bila nampak Ummi atau Baba automatik Anis diam dan senyum... pastu pagi-pagi lagi dah baca buku. Buku kecil Anis memang sentiasa tersedia atas katil Anis. Bila dah dpt buku.. Anis pun dan tak nangis dan mula mengeluarkan bunyi 'perkataan' yg Anis je tahu... Anis.. Anis..

TIPS : Sediakan permainan anak-anak terutama bagi mereka yg jarang-jarang ada suami. So anak tak la boring ketika menunggu kita spt masuk bilik air ke.. solat ke.. kalau bawa berjalan pun dia akan pandai main sendiri dan tidak bergantung kepada kita je.. Pilih permainan yg boleh merangsang perkembangan otak dia.


Bersambung... nanti Ummi nak tunjuk Anis breakfast...



No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)