Monday, June 30, 2008

Dedikasi Buat Seorang Lelaki

Bapa, Ayah, Abah, Baba, Papa, Abi. Pelbagai lagi nama panggilan untuk seorang lelaki yang telah memiliki zuriat dari benihnya sendiri. Tahun ini 15 June Hari Bapa datang lagi.. namun kehadirannya seperti tidak semeriah kehadiran Hari Ibu.. Kenapa ya? Mungkin ini tidak benar. Ada juga yng meraikan Hari Bapa sebagaimana mereka meraikan Hari Ibu..

Namun, di mana-mana pun pasti selalu yang kita dengar, yang kita baca adalah tentang Ibu. Ya sangat benar bahawa menerusi Hadith Rasulullah, ibu adalah yang utama untuk kita berbuat kebaikan setelah itu baru bapa. Ya ibu yang merasai susah payah mengandungkan kita sebagaimana yang difirmankan Allah dalam Al Quran iaitu 'kelemahan atas kelemahan' yang dialami oleh seorang ibu yang mengandungkan bayinya..

Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak.
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu.
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak.
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja... aku dekati mak
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak
Bila merajuk... yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..mak
Bila takut... yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..mak


Yang masih peluk dan cium aku sampaii hari ni... Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Mak
Yang selalu berleter kat aku.. .
MakYang selalu puji aku.. Mak
Yang selalu nasihat aku.. .Mak


Ini adalah bait-bait untaian penghargaan buat seorang ibu.. tiada salahnya. Dan memang seharusnya kita menghargai jasa seorang ibu.. namun dalam pada melangit sanjungan kita kepada ibu.. jangan dilupa setinggi itu jugalah harusnya sanjungan kita terhadap bapa. Allah juga di dalam Al Quran menyuruh kita berbuat baik kepada ibu dan bapa.. tiada beza. Bukan apa.. terkadang segelintir kita lupa... bahawa bapa juga berkorban dan terkadang terkorban demi melihat keluarganya bahagia..


tanpa ibu tiadalah kita
demikian juga.. tanpa ayah.. tiada kewujudan kita..
Siti Khadijah ibu mulia..
Rasulullah pula seorang bapa segalanya

Sesungguhnya sebuah keperitan terukir dalam dairi kehidupan seorang yang bergelar ibu yang ikhlas mengandung dan membesarkan anaknya... begitulah juga kegetiran terlukis pada wajah seorang ayah yang ikhlas apabila sentiasa di sisi menemani suri hati yang sedang mengandungkan benihnya.. melayani kerenah isteri dan anaknya yg bakal lahir...

ingatlah.. ketika seorang ibu mengandungkan anaknya.. seorang suami begitu sabar.. menggantikan tugas memasak.. membasuh kain, mengemas rumah, melayani isteri.. demi cinta dan kasih kepada keluarganya dan darah dagingnya..

Setelah anaknya dilahirkan ke dunia.. Ada bapa yg mengambil tugas memandikan bayinya, membasuh najis bayinya, membasuh lampin bayinya, mendodoikan bayinya.. memeluk erat bayinya yg dalam tangisan kekembungan atau sedang gelisah ketidakselesaan setelah keluar dari rahim ibunya.. Ada bapa yang bangun di waktu malam ketika tangisan bayinya mula kedengaran.. sedang si isteri yg keletihan kerana menyusukan anaknya dibiarkan terus beradu.. sedangkan seorang bapa juga keletihan membanting tulang, mencari rezeki... namun demi kasih kepada isteri yg telah bersusah payah selama ini mengandungkan zuriatnya.. dia rela menanggung keletihan demi keletihan..

Dikala seorang ibu menaburkan perhatian dan masa serta kasih sayang kepada sang anak di rumah.. seorang ayah pula bergelut di luar mencari rezeki untuk memberikan keselesaan kepada permaisuri hati dan permata-permata hati.. Ingin dibinanya istana bahagia untuk keluarganya.. untuk itu.. ia sanggup berhadapan dengan bebanan hutang..ke sana ke mari menggorek punca rezeki agar isteri dan anak-anaknya, dapat hidup nyaman dan selesa..

Ketika seorang ibu memberi sebuah pelukan kemesraan buat anak-anak tercinta.. seorang ayah pula sanggup menggadai nyawa demi keselamatan dan maruah keluarga.. Sehebat seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi kasih kepada anak-anaknya.. sehebat itu jugalah seorang ayah sanggup bergolok bergadai demi keuarga tercinta.. Ketika seorang ibu yang keresahan.. kepenatan.. keperitan dek kerana kerenah anak-anak.. bapa menjadi tempat berkongsi bebanan perasaan.. Namun ketika sang bapa keperitan, keresahan.. kesempitan demi membahagiakan keluarga.. kepada siapakah bapa dapat melepaskan lelah seketika di dadanya?

Semoga kita seorang anak.. dapat menghargai ketulusan pengorbanan seorang bapa sebagaimana kita menghargai keikhlasan seorang ibu.. semoga kita seorang isteri.. dapat menjiwai nilai pengorbanan seorang suami kerana kita saling melengkapi.. tanpa kita dia kesunyian.. tanpanya kita kesepian..

Masa Ummi dalam pantang, Baba yg mandikan Anis dan siapkan Anis..
Bila dan besar Baba masih selalu mandikan Anis dan kemaskan Anis.
Sangat sangat gembira.. inilah antara masa bernilai Anis dgn Baba..

Baba juga suka main dgn Anis.. Anis pun sangat suka kalau dapat main dgn Baba.
Anis anak manja Baba.. sebagaimana Ummi anak manja Abah :)


Babapun rajin masuk dapur tolong Ummi masak.. terutama kalau Ummi sgt keletihan
Ummi anemia dan hadapi tekanan darah rendah..
Baba selalu tolong Ummi kalau Ummi sangat penat..
Terima kasih Baba.. Suami mithali.. best!



Hmm.. bukan Ummi jer yg suapkan Anis makan.. Babapun buat juga.
Kalau ada kesempatan.. Baba takkan lepaskan peluang suapkan Anis..
You're wonderfull Baba.. bertuahnya ANis dan Ummikan..

Babapun pandai masak.. Nasi goreng cili Baba.. best!

~~~###~~~

Terima kasih Sayang..

ketulusan hatimu merongga di hati

keikhlasan baktimu melaman memori

Mewangi mekar di sanubari.. Abadi

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)