Tuesday, November 3, 2009

Tamat sudah berenak-enak di rumah..

Semalam, tanggal 2 Nov ummi menjalani rutin biasa semula sebagai seorang isteri dan ibu yang berkerjaya. Dulu Anis di nurseri PPBA. Kini Ammar dan Anis kedua-duanya berada di nurseri yang sama. Hari pertama Ammar di nurseri, nampak ketidakselesaannya yang dah biasa di rumah dengan ummi. (ni yg buat ummi setuju agar cuti bersalin diberi 90 hari.. sian baby..).

Alhamdulillah ummi memang memilih nurseri yang berdekatan dgn tempat kerja. Supaya ummi mudah ke sana untuk menyusukan dulunya Anis, kini Ammar. Namun setelah pengalaman Anis (nnt akan kongsi pengalaman selepas melahirkan) ummi kini lebih bersedia dgn perancangan penyusuan untuk Ammar agar Ammar dpt teurs menyusu susu ummi tanpa mencampurkannya dgn susu formula.

Alhamdulillah hari pertama berkerja dgn AVENT breast pump ummi telah menambah stok susu Ammar sebyk 8oz hanya dgn sekali perah sahaja! Seronoknya ummi.. Ummi berjaya susukan Anis 1 tahun 1 bulan tanpa mencampurkannya dgn susu lain. Jadi untuk Ammar ummi berazam utk menyusukan 2 tahun tanpa mencampurkannya dgn susu formula.. untuk itu ummi akan invest membeli breast pump yang lebih baik, mudah utk di bawa ke mana-mana (isssyyyy.. ummi weekend selalu sibuk... ada pgrm) jadi mudahkan ummi memerah susu dan menyimpannya dlm beg khas. Mudah-mudahan dpt seblm weekend nie.. Ummi yakin investment ummi berbaloi-baloi demi tanggungjawab menyusukan anak-anak ummi..

Alhamdulillah hari ini Ammar telah mendapatkan imunisasi pertama dan berat badan Ammar mencecah 5.6kg.. Kakak Anis baru 9 kg..

Semoga anak-anak ummi sihat, ummi sihat dan semoga Allah terus memberi kekuatan kepada ummi menjadi ibu yang baik buat Anis dan Ammar ya.. ameen..

2 comments:

jauharee said...

salam kak misah...apa jenama breast pump yg bgs tuh? berapa harga? kongsila, hasmah pun duk cari breast pump yg terbaik juga nih...risau la lps bersalin nak kena mula bljr dah...tp azam dan tekad nak bg susu ibu je kat anak nnti...

hasmah

MamaHanan said...

salam, kak misah nak beli pam apa?just nak share if you're still surveying for one, hari tu masa mula2 dpt bby faiz beli spectra 3 pakej dgn bag n bottles from momslittleones.my testi - really worth it..berbaloi-baloi:)

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)