Tuesday, January 5, 2010

Terima Kasih Babysnowdrops n Momlittleones

Alhamdulillah.. semlm ummi pecah rekod memerah 20oz susu. Sesi pagi 110z manakala sesi petang 9oz. Begitu murah rezeki Allah bagi pada ummi yg mmmg berazam utk memberikan yang terbaik untuk anak ummi.

Ada sahabat maya yang bertanya..tak kurang juga adik-adik seperjuangan dan rakan-rakan ibu di nurseri Anis tentang bagaimana ummi boleh memerah susu dgn begitu byk.. Alhamdulillah.. kawan ummi - Kakak Duratul Ain telah berkongsi maklumat khasiat feenugreek sebagai supplement utk tambah susu. Baba pula sebagai ahli farmasi menyatakan feenugreek mmg berkhasiat. Malahan baba pun makan feenugreek ummi. Katanya rasa lebih segar sbb feenugreek ni ada hormon.

Thanks tu Kakak Ain yg advisekan ummi utk perah sekrg2nya 3 jam sekali. Isikan susu perahan secukupnya iaitu 1oz agar tidak berlaku pembaziran. Sebab baby selalunya menyusu 2oz sekali penyusuan. So isikan 1oz dlm setiap bekas supaya 1oz EBM dicampurkan dgn susu beku g telah dicairkan supaya baby dpt susu yg berkualiti.. (kena b aca buku panduan ibu menyusu baru bleh tahu benda2 cam ni) dan.. paling penting jangan ponteng sesi perahan..Wardina pun pesat demikian. Alhamdulillah ummi juga telah membaca buku panduan menyusu ibu utk ibu berkerjaya. Di samping itu breastpump yg baik juga sgt penting agar kita dpt menghasilkan perahan yg baik dan juga kualiti susu yang baik.

Untuk itu semua, ummi telah melanggan feenugreek (thanks Nisa babysnowdrops) dan juga membeli storage susu 2oz (thanks sgt2 pada momlittleones yg adakan produk ni. Sgt2 berguna dan berjasa) dan thanks 2 Ain-Wadee yang tak lokek kongsi ilmu. Ummi juga kongsikan apa yg ummi dpt dgn rakan-rakan, para sahabat dan kenalan ummi yg sedang menyusukan anak.

Bagi Ummi sgt seronok dpt menyediakan susu utk Ammar kini dan Anis dulu. Semoga Allah terus murahkan rezeki ummi




Feenugreek 600mg. InsyaAllah Farmasi Keluarga Greenwood (FKG)
milik baba akan jual supplement ni

Storage milk 2oz produk momslittleones. InsyaAllah FKG juga akan jual produk ini bagi memudahkan ibu-ibu yang menyusukan anak-anaknya dgn susu ibu.




No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)