Friday, March 19, 2010

Anis dan Dapur Little Tikes

"Wah.. cantiknya.." itulah perkataan pertama Anis apabila melihat kitchen dia.. Apalagi.. ralitlah anak dara ummi ni di dapur dia masak-masak setiap kali balik dari nurseri.

2-3 hari lepas tu.
Ummi..ummi...... ummi nak roti bula-bula ke? (roti sapu butter letak gula hehe Anis panggil roti bula-bula. Dia suka sgt roti mcm ni sebab? Baba diapun suke.. ni anak baba Anis nih).

ummipun jawab la... "nak"
"hmm.. baba nak roti bula-bula ke? baba pun jawab "nak".

Anispun terus kata "OK". PAstu dia pun sibuk amil roti mainan tu dan letak dlm pembakar roti mainan dia.. PAstu amik roti dan action mcm ambil gula dan taburkan gula atas roti. Pasti isi dlm piring mainan dia dan bagi ummi dan baba... hehe comelnya... dulu selalu main pinggan mangkuk ummi.. now.. invest sket la beli kitchen dia ni.. tapi secondhand je.. thank niza TLC :).

Sekrg ni anak dara ummi ni mmg suka masak. Bukan setakat masak je.. siap jaga Upin dan Jambo dia.. buatkan susu dlm b otol dan bagikan susu.. semuanya dilakonkan sebiji mcm mana ummi buat kat dia...

Takpe la Anis, mak cik Rosnah kata bila anak-anak nak tolong masak jgn halang nnt bila besar anak tak nak masak kita plak marah. Tapi awal2 anak nak main masak2 (utk develop skill gak tu) kita tak bagi. Ummi masa kecik main masak2 kat bawah rumah. Mian pasir, tanah, kulit kerang jadi duit syiling, Daun jadi duit kertas.. abis bunga-bunga dan pokok2 bunga opah jadi mangsa main pondok-pondok.. huhu.. now manala anak-anak dpt main cam tu.. so sebagai sokongan supaya Anis tetap dlm menjalani kehidupan childhoodnya yg happy.. inilah kitchen utk Anis Solehah.. untuk tatapan Kak Ee juga yg nak tgk kitchen Anis.

utk Ammar nnt apa pula ya ummi?? hmm...tunggula Ammar besar nnt camner huhu..




yg ni pula kitchen ummi la......

2 comments:

Ee said...

waaaah...comeyy betul kitchen anis tu... kenapala masa acik ee ni kecik tak de benda2 mcm tu. hehe

kitchen cabinet ummi pun lawaa....berbaloi2.

habibah_bib said...

wah, hebatnya dapur anis n ummi ni... jeles la tengok...

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)