Sunday, March 21, 2010

Idea bernas

Petang tadi ummi jumpa kawan ummi yg nak beli barang-barang jualan di blog ummi. Romper gift set + sock tu. Bagus juga idea dia.. beli 1 set gif set tu pastu kalau ada kawan-kawan yang bersalin berikan 1 set ( 1pc romper + 1 pair sock). Letakkan 1 set romper tu dlm bekas hadiah atau apa2 je la bekas yg cantik. So dah jadi hadiah yg comel.. dan murah jer. Bila balik ummi fikir bagus gak idea tu.. why not kalau ummi pun tawarkan cam tu dlm blog utk kawan-kawan ummi dan juga buat perkara yang sama di farmasi keluarga greenwood baba...

pastu ummi pun terfikir utk buat service utk mana-mana kawan2 ummi yg jauh-jauh tu utk membolehkan mereka pesan barang dari ummi utk diberikan kepada kawan atau saudara mara mereka dan ummi poskan ke alamat yg mereka inginkan. Mereka perlu byk charge pos dan wrapping la. Pasti penerima seronok mendapat kiriman hadiah yang tak disangka-sangka oleh teman dan sahabat seperjuangan atau sedara mara. Sebagai contoh Along kat UK pesan gift set utk dipos ke anak buahnya (Anak Angah). Bila Along dah pilih gift set, byr utk postage dan wrapping then ummi poskan hadiah tu ke tuan empunya.. free handmade card.. hehe bab2 kreatif ni ummi mmg suka.. sian Along jadi contoh..

So dibawah ni adalah model ummi dgn carter's rompernya.. umuq baru nak masuk 7 bulan tapi pakai romper tu saiz 12month! huh! :)


Thanks ummi pakaikan romper yg come ni utk Ammar.
Best dan selesalah!
(agaknya ni la kata-kata Ammar pada ummi :))


1 comment:

habibah_bib said...

gebunya peha ammar, geram...

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)