Tuesday, December 22, 2009

Buku ummi dilancarkan..alhamdulillah

Buku pertama ummi telah dilancarkan pada 25 disember 2009 dalam program Perhimpunan Karisma Nasional ke 10 oleh Presiden JIM. Walaupun ringkas namun ia satu sesi amat bermakna bagi ummi. Semoga buku ini akan mendapatkan sambutan yg baik bagi mereka yg cintakan ilmu, cintakan sejarah..sekurang-kurangnya mereka yg membeli dan membaca buku ummi ini akan mengetahui tentang permulaan kegiatan pelajar yang akhirnya membawa kepada kemunculan aktivisme dan dakwah di kampus. Seperti yg ummi kongsikan bersama adik-adik dlm PKN 10 yg lepas.. tanpa usaha pelajar IPT sekitar 70 dan 80an, mungkin kita tidak akan merasa kehidupan dgn suasana kesedaran Islam yang sebegini di tanah air kita. Bagi yg ingin mendapatkan buku ini boleh email kepada ummu_anis@yahoo.com.

4 comments:

MamaHanan said...

Tahniah kak misah! semoga terus gigih menggerakkan dakwah di kampus.saya bangga dapat menjadi antara generasi hasil dakwah di kampus ukm oleh kak misah dan akhawat..:)

pharie said...

nak beli! =)

Siti Hamisah Manan said...

1. Terima kasih Faiz (MamaHanan). Sgt nostalgik mengalaman bertatih dlm dakwah di UKM... semoga Allah menerima ia sebagai amalan yg boleh memberatkan timbagan amal di akhirat kelak..dan semoga ia juga menjadi amal yg dirahmati Allah utk membolehkan kita mendiami syurgaNya bersama-sama...

2. Utk Pharie..insyaAllah Jumaat ini buku ini akan dilancarkan secara rasmi oleh Presiden JIM..after that boleh dptkan buku ni kat pej JIM dgn ditandatangani oleh penulis ::)

-SZ- said...

salam... kak misah.. nak beli buku akak jugak.. boleh poskan kat uk??

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)