Tuesday, March 30, 2010

Hargai usaha anak kita


Dulu setiap kali lipat kain Anis kacau ummi. Kain yg ummi lipat akan diambil dan dibongkar kembali lipatan tu.. hmm.. tengok je la ummi. Tak boleh nak marah. Nanti terbantut pula perkembangan Anis.

Kemudian, masa ummi lipat kain lagi, Anis kacau. Tapi dah improve. Tolong lipat. Tapi lipatnya bergulung-gulung :).

Kini, Anis masih membantu ummi setiap kali ummi lipat kain. Anis tengok ummi lipat. tengok cara ummi lipat. Tengok cara ummi susun baju yg dilipat. Hasilnya seperti yang di atas :).. untuk anak perempuan ummi berumur 2 tahun 8 bulan.. ummi consider lipatan Anis di atas ada 'kelas' tersendiri.. sebab lipatan agak cantik dan kemas.. lagi satu Anis telah bezakan lipatan baju adik Ammar dan baju Anis..(seluar jeans tu Anis punya. Baju lubang2 dan bawahnya tu Ammar punya) good girl..:).

Memang sedari kecik ummi discover Anis memang independent..alhamdulillah. Dan setiap kali Anis lipat, ummi akan biarkan lipatan kain Anis. Ummi akan lipat semula bila Anis dah tak nampak :). Tapi depan Anis, ummi tak pernah ambil dan buka semula lipatan kain yang Anis lipat. Ummi hargai usahamu anakku.. dan ummi mahu Anis tahu.. ummi bangga Anis dpt lipat kain tu dgn baik dan ringan tangan tolong ummi..

Bukan sekadar lipat kain.. Anis juga rajin tolong baba jemur kain :). Kalau baba halang atau buat tak ikut peraturan Anis, Anis akan nangis dan minta baba ikut seperti arahan dia utk jemur kain.... kalau tak.. kain tu tidak akan terjemur.. Anis..Anis.. anakku.. :))).

1 comment:

habibah_bib said...

bagusnya anak dara ummi sorang ni...
yang saya plak ada dua anak dara, yang sulung memang rajin tolong memasak, yang kedua tu mcm anis... bila kita lipat kain, dia pun join lipat... yang lawaknya, dia akan amik space yang besar nak lipat kain baju dia... heheehhee

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)