Wednesday, December 31, 2008

Lamanya Ummi tak updated blog ni... hmm... Mcm berlaku sepanjang tempoh tu. ANis demam, Majlis Walimah, Outing, PKN 08', Opah balik Mekah, Demo Palestin dan sempat juga ke KBM di ADNI. Owh tahun baru... 1430H dan 2009.....

Lama tak update sebab lama juga Ummi bercuti lagi menjaga Anis dirumah.. keracunan makanan >> cirit-birit. Sian anak Ummi.. dah la underweight... turun plak 1kg lagi.. cirit-birit, demam... risau sungguh Ummi. Mujur ada Baba yg berpengalaman.. kalau tak kecut gak perut Ummi tengok ANis terbaring je.. tak larat jalan, cuma merangkak, tak nak makan, tak nak minum susu tanpa laktosa. Baring.. nangis, makan akan keluar balik dlm bentuk cirit-birit.. huh susahnya Ummi.

Keadaan ini membuatkan azam Ummi utk ada nurseri sendiri semakin kuat.. mudah-mudahan Allah makbulkan impian Ummi.. jadi tak la Ummi risau sebab Ummi yg manage nurseri tu.. at least terjaga walaupun kalau sesuatu nak berlaku tu ia akan berlaku juga...


Sian Ummi tengok Anis bila kena cucuk utk masuk air dan ambil darah.. namun kat hospital selayang pun Anis tak sembuh until jumpa Dr Pakar yg biasa rawat Anis dari kecik baru la Anis beransur sembuh kerana kena dgn ubatnya.. Alhamdulillah.. Allah yang menyembuhkan..

Bila Anis sakit byk Ummi belajar terutama dari Baba bagaimana nak jaga ANis di rumah :

1. kat Nurseri, pesan jgn bagi makan tak tentu. Utk anak kecil, makanan sampingan tak perlu bagi terlalu byk.. Anis makan 2 mangkuk bubur kacang b4 dia cirit-birit

2. Bila cirit-birit dan disertai demam bermakna dah peringkat teruk.. kuman dah merebak. Perlu segera di bawa ke klinik. Perlu antibiotik.

3. If anak tak larat makan, atau tak nak minum susu tanpa laktosa, kena bagi juga. Kerapkan bagi makanan, dan 'paksa' minum guna picagari.. Baba yg buat.. Baba juga yg layan ANis makan..

4. Walaupun dia makan n buang balik, teruskan beri makanan. At least akan masuk juga nutrien2 yg diperlukan walaupun ada yg dikeluarkan semula.

5. Dalam keadaan begini sgt bagus anak masih menyusu badan.. so dia tenang bila disusui dan dpt zat makanan dari susu ibu

6. Beri perhatian sewajarnya ketika sakit. Ummi cuti seminggu tanpa gaji sebab cuti tahunan dah abis jaga ANis sebelum2 nie... JAga ANis betul-betul, pastikan dia rehat secukupnya dan replace balik air yg dah kluar dlm badan

7. Kalau cirit-birit ni pastikan bahagian sulit anak kita dijaga kerana bila cirit-birit mudah akan berlaku nappy rash. Jadi bertambahlah sakit anak kita kalau kita tak jaga rashes kat situ.. Alhamdulillah dgn mengunakan SebaMed Care Cream (Baba yang bagi) Anis dpt dicegah dari nappy rash dibahagian sulit sepanjang cirit-birit yg dialaminya..

8. Alhamdulillah, Isnin pagi Anis sembuh sepenuhnya dan boleh ke nurseri semula pada Hari selasa.. have to walaupun Ummi agak keberatan....

Nantilah ada Nurseri Ummi nanti Anis sentiasa dibawah jagaan Ummi ya...

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)