Friday, December 19, 2008

Rindu.. Gembira..Gementar.. Sedih



Anis Solehah...

Dalam minggu ni pelbagai peristiwa berlaku membuatkan perasaan ummi bercampur baur antara kecewa, rindu, gembira, gementar, sedih..

Kecewa..
Kerana ada yang tidak tetapi janji dan kata-katanya...

Rindu...
Pabila dpt berinteraksi dgn rakan-rakan lama Ummi di Bangi iaitu Mak Cik Shazamawati dan Mak Cik Halimah. Teringat kenangan Ummi ketika mula beraktivisme di Bangi.. Mak Cik Shaza satu batch dgn Ummi.. rakan awal Ummi sejak Ummi mengenali dakwah dan tarbiah. Mak Cik Halimah pula adalah rakan Ummi yg senior. Di sampingbeliau pernah jadi Boss Ummi juga ketika Ummi keje di Kolej Brindley.. even beliau yg offer Ummi keje sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar di Kolej Brindley. Ummi sering juga ke rumahnya makan-makan bawa adik-adik usrah di bawah bimbingan Ummi. Ummi juga selalu pinjam kereta beliau. Mak Cik Halimah sgt baik.. Ummi merindui ukhuwwah dengan Mak Cik Shaza dan Mak Cik Halimah. Oh! Mak Cik Shaza juga selalu pinjamkan Ummi keretanya masa Ummi di UKM dulu.. Ummi sayang sgt kawan-kawan Ummi kat sana. Kadang-kadang Ummi rasa sunyi terkenangkan meriahnya ukhuwwah ketika di Bangi.. teringat Mak Cik Bibah yang anytime Ummi dan Mak Cik Along boleh datang ke rumahnya utk minum teh tarik best dan mee hailam sedap beliau.. Ahh rindu dan indahnya...

Gembira..
Ummi gembira kerana mungkin Ummi akan dapat apa yang Ummi nak dalam kerja pada tahun hadapan. Gembira bila ada orang boleh menghargai diri Ummi, kebolehan Ummi. Bukan utk dibangga-bangga tapi at least Ummi dpt rasakan Ummi ni ada kelebihan di sebalik orang lain yang selalu melihat negatif pada Ummi... At least Ummi dpt rasa jati diri Ummi.. bahawa dlm diri Ummi ni ada byk potensi yg Allah anugerahkan dan dihargai oleh orang lain..

Gementar...
Bila Anis terhantuk ke Katil tgh malam dan bangun pagi melihat darah byk dan terus emngalir dalam mulut. Terus Ummi bawa Anis ke Hospital Selayang. Alhamdulillah ok, cuma luka di bibir...Maafkan Ummi ya Anis kerana kelalaian Ummi dlm jaga Anis... gementar.. sedih.. sebab tak jaga Anis dgn baik..

Sedih...
Hari ni Ummi sedih bila dapat berita kematian isteri kepada Akhi Arif Budiman di Pulau Pinang. Ummi mula mengenali akhi ni sejak membaca blog beliau. Ummi simpati dgn beliau. Sgt tragis apa yang beliau lalui apabila isterinya terkena sihir... Semoga Allah memberi ketabahan kepada beliau dan keluarganya... Semoga Allah menganjari beliau dan isterinya dgn sebaik-baik ganjaran terhadap kebaikan yang mereka lakukan.. semoga roh isterinya bersemadi dgn aman di alam barzakh. Kita akan menyusul entah bila......


sedih, gembira, suka, duka.. semua tu perasaan Allah bagi sebagai fitrah dlm hidup manusia.. Anis juga akan belajar seiring langkahmu meniti usia anakku... moga Allah memeliharamu dlm rahmat dan kasih sayang-Nya

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)