Monday, December 15, 2008

Ole-ole Eiduladha

Raya di Kampung Slim. Anis, Baba dan sepupu2 serta Pak Anjang.

Alhamdulillah. Tahun ni sekali lagi dapat kita beraya Eiduladha di Kampung Ummi. Walaupun Atok dan Opah tak de kerana berada di Mekah, Ummi dan beberapa adik-beradik Ummi yang lain dpt berkumpul bersama-sama. Mak Ngah, kakak Ummi yang sulung lah yang lead umah kat kampung dan masak2 utk kita semua.


Tahun ni 7 ekor lembu telah dikorbankan di Kampung Tengah iaitu Kampung Opah. Bersebelahan Sg Slim, 7 ekor lembu selamat diqurbankan.. Ummi, Baba dan Anis telah sama-sama dpt menyaksikan pengqurbanan lembu2 tersebut. Jom tgk gambar kita!


lembu-lembu yang dikorbankan



Masa ni Ummi membayangkan kisah Nabi Ibrahim dan Ismail... Hebat pengorbanan keduanya..



Ini Sungai Slim. Tempat Ummi bermain dan bermandi-manda masa kecik2! Tgk kat hujung tu.. Ummi pernah mengarus ke sana bersama adik beradik Ummi yang lain. Pastu Ummi menyelam dan berenang ke hilir mengikut arus.. bestnyer zaman kanak-kanak


Jambatan ni jambatan baru. Dulu jambatan gantung tapi ketinggian gantung lebih kurang sama.. Ummi penah panjat kat atas tu dan dushhh!!.. terjun ke dalam Sungai.. ANis percaya tak? huhu itu la Ummi ANis masa kecik2 :(0)

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)