Monday, September 15, 2008

Al Kisah Tudung Anis

Ummi membelek tudung pink.. dan berkata 'cantiknya tudung ni' Kat sebelah tu acik Mariam Jailani.. Acik Mariam pun akan dapat baby tak lama lagi...

Al kisah tudung yang Anis pakai di bawah ni di bawa dari Aceh. Tudung ini dijahit oleh pengungsi di Aceh, mangsa tsunami 2005. Mereka menjahit dengan menggunakan mesin jahit yang disumbangkan oleh JIM melalui sumbangan yang diberikan oleh orang ramai. Alhamdulillah dengan sumbangan ni mereka bolehlah mandiri dan mendapatkan sumber kewangan bagi menampung memulihkan semula kehidupan mereka selepas terjangan tsunami yang dahsyat itu..

Ummi ke Aceh kali kedua pada bulan Ogos 2005. Ha cuba tengok kat atas tu. Kan itu tudung yang Anis pakai kat bawah ni? Selepas 3 tahun... Ogos 2005... Ogos 2008.. tudung tu dipakai oleh anakku... Anis Solehah binti Azahari..

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)