Wednesday, September 3, 2008

RAMADHAN DATANG LAGI - Pindah Rumah

Ahlanwasahla ya Ramadhan kareem... Syukur padaMu ilahi tahun ini kami sekeluarga bertemu lagi dengan ramadhan. Ramadhan lepas, Anis baru sahaja beberapa bulan. Ramadhan kali ini, Anis telahpun berumur setahun sebulan. Alhamdulillah. Anis semakin besar dan semakin bijak!

Ramadhan bulan berkat.Bulan dibukakan seluas-luasnya oleh Allah pintu pengampunan, pintu rahmat dan berkat, serta pintu amal yang beroleh pahala berlipat ganda. Pada bulan ini umat Muhammad diberikan keistimewaan untuk memburu Lailatulqadar itu malam yg lebih baik dari seribu bulan.


Ramadhan - Pindah Rumah.
Alhamdulillah. 1 Ramadhan tahun ini, kita pindah rumah la Anis. Ni kali kedua kita pindah rumah. Dari Sri Gombak ke Greenwood Indah. Dari rumah 2 1/2 tingkat ke rumah 2 tingkat. Kini kita akan pindah umah kat taman ni juga tapi rumah setingkat sahaja... huhu Ummi cakap kat Baba.. macam Kasim Selamat plak. Lepas ni jgn pindah kolong dah la... hehehe.



Alhamdulillah.. dari dulu Ummi dan Baba cari rumah setingkat je. Mudah urusan. Keluarga kitapun tak la besar sangat. Kalau baba tak de kat umah, tinggal la kita berdua sahaja. Kalau Anis ada adik best gak. Semkin meriah la umah kita nanti dgn gelagat budak-budak kecik nih. Ingatkan Anis bakal dapat adik lagi. Tapi tak de rezeki rupanya.. penat2 pindah rumah tak jadi la adik Anis dlm rahim ummi ni :(. Tapi tak pe ALlah know the best. Mlm tu Ummi tak bangun sakit perut :(. Pasni kalau dpt tahu Anis nak dpt adik Ummi tak leh wat keje berat-berat la. Mcm Anis dulupun kena terus ke Hospital dan inject Duphaston..



Walaupun rumah ni kecil tapi masih juga tetap besar bagi kita. Alhamdulillah rezeki Allah bagi kebetulan ada plak umah kosong. Baru lepas renovate plak tu.. jadi rumah tu sgt cantik dan sederhana buat kita.. Terima kasih Baba yang telah sediakan umah buat kita. Walaupun menyewa tapi Alhamdulillah.. nanti ada la tu rezeki kita untuk ada rumah sendiri kan dik. So Raya tahun ni kita raya kat umah lain plak!

Hmm.. sampai pagi ni penat pindah tak hilang lagi.. semalam kena amik cuti utk pindah dan kemas rumah. Anis Ummi hantar ke nurserilah! Alhamdulillah.. rumah kita dah kemas.. ada bilik study lagi. Nanti kita letak pic kat sini ya Anis.

Rumah baru yang masih kosong - Bilik tidur utama

Ruang Dapur - Ada kabinet lagi..

Ruang makan - atas tu ada loteng. Kalau ada program leh la adik-adik lepak kat atas tu.. privacy..

Ni rumah lama kita.. luas sangat untuk kita berdua kan dik.

Ni tempat selalu Ummi wat usrah.

Rumahku Syurgaku
Taman sakinah, Mawaddah dan rahmah
Keluargaku kegembiraanku
Moga keberkatan melimpah ruah

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)