Monday, September 8, 2008

Anis Pandai Sujud!

Aa Ba Ta - Lagi perkataan terbaru Anis
Allahuakhbar.. bersih sungguh jiwa anak kecik ni ya. Cepat faham. Cepat belajar. Semalam hari Ahad.. sedang Ummi baru nak mula solat terdengar suara kecil yg manja sebut Aa Ba Ta. Hmm.. tu mesti belajar kat nurseri dia tu. Pulak tu sambil belek-belek buku kecik dia tu dia sebut Aa Ba Ta. Ummi pun teruskanlah solat.

Usai solat Ummi pun cium Anis dan cakap 'pandainyerr anak Ummi'.. sebut Aa Ba Ta.. ANis pandang Ummi dan ketawa. Nampaklah gigi bawahnya 2 batang tapi cuma sebatang jer menonjol. Pastu Gigi atas sebatang yang baru nak tumbuh. Anis pun sebut aa ba pa. Hehe salah la. So Ummi pandang Anis dan sebut dgn jelas pada Anis .. Aa Ba.. taa taaa.. Aa Baa Taa... then Anis sebut dgn betul.. aa ba ta... pandai... Anis pun ketawa dan tepuk tangan tanda telah berjaya ikut apa Ummi cakap.

Baba dan Abati
Pastu bila waktu berbuka menjelang.. Baba balik rumah. Baba pun apa lagi seronok la nak test Anis cakap bila Ummi citer Anis sebut Aa Ba Ta. Baba pun ajar Anis sebut A-ba-ti. Wah.. bestnyer dengar Anis sebut A-ba-ti.. Anis.. ANis..

Anis Sujud
Bila selesai berbuka ala kadar.. Ummi dan Baba pun nak solat manghrib. Anis mula sibuk nak solat jugak. So Ummi ambilkan sejadah untuk Anis. Ummi sebut Allahukhabar menunjukkan nak solat. Huhu.. tak sangka bila sebut Allahuakhbar Anis terus turun dan sujud atas sejadah... hehe.. tak sempat la nak amik pic Anis masa tu.

Pastu Baba ajar Anis angkat takbir.. Allahuakhbar. Anis angkat dua tangan.. dan sebut Allah-obat. hihi.. tapi tgn tu letak atas kepala la pulak.. kiri dan kanan.. Pastu Anis sujud menandakan Allahuakhbar tu kena sujud.. Hai Anakku... moga jadi anak yg solehah...

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)