Monday, September 8, 2008

Ummipun Pandai Lukis!

Rumah dah kemas.
Alhamdulillah.. hujung minggu lepas, Ummi dah dapat kemaskan hampir 90% rumah kita. Cuma loteng tu.. tugas Baba la kan.. Seronok rasanya duduk umah baru ni. Kalau kat dapur dak tak perlu risaukan Anis di ruang tamu. Sebab ruang Anis main boleh dilihat dari ruang dapur. So Ummi nampak ANis. Anispun nampak Ummi. Jadi Anis tak la merengek nak ke dapur seperti selalu. Ummi pun tak perlu risau lagi Anis panjat tangga!

Bilik Study Ummi dan Baba



Ruang Tamu kita... simple tak de carpet. ANis tak leh habuk..

Ini la kawasan lepak/nurseri Anis di rumah! Ummi kat dapur pun Anis tak kisah sebab dia akan sibuk baca buku dan main apa sahaja yang ada kat depan dia...


Lukisan Lama Ummi

Dalam kemas-kemas bilik study Ummi dan Baba, tersingkaplah album lama Ummi zaman sekolah-sekolah dulu... hehehe sebab KY Anis masukkan lukisan dlm blog dia.. Ummi pun nak masukkan la sebagai Arkib Karya Ummi.. Ummi memang minat lukis. Tapi lukisan Ummi masa sekolah selalu kena ambil oleh cikgu lukisan Ummi. Cikgu Subramaniam namanya. Dia amik lukisan Ummi utk dia simpan sebagai contoh untuk dia mengajar lukisan... hehe terer tak Ummi?



Ni gambar Atuk : Manan bin Salleh. Masa muda.. Ummi lukis pada 28.04.98

Ni Gambar sasterawan Negara A.Samad Said.. Ummi lukis pada 98 gak. Ummi minat sangat A. Samad Said ni. Beberapa karya dia Ummi dah baca antaranya Salina, Hujan Pagi, Daerah Zeni, Sg Mengalir Lesu, Langit Petang, Bulan Tak Bermadu di Fatehfur Sikri. Lain-lain tak ingat lah.

Ini pula pengarah filem kegemaran Ummi. U-Wei Saari. Ada rupa tak? Selalunya Ummi akan tanya dulu kawan Ummi ni lukisan siapa.. semua teka betul.. so nampaknya memang ada ruper la mcm U-Wei...


No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)