Friday, September 5, 2008

Balik Kampung


Keindahan Sg Pahang ketika mentari pagi mula naik


BALIK KAMPUNG

Huhu.. baru puasa tak sampai seminggu dah ingat kampung.. bukan apa minggu lepas tak jadi balik kampung sebab pindah. Pastu baba janji nak balik kampung masa pose ni.. InsyaAllah.. hujung minggu depan kita balik kampung! Ha... nanti boleh la ANis sebut o.. pa (Opah).. Atuk tak pandai lagi hehe.. jeles la Atuk Manan nanti..

Tradisi balik kampung sesuatu yang amat menyeronokkan. Apatah lagi dapat menziarahi dan menatap wajah kedua ibu bapa yang telah membesarkan kita. Bagi yang telah berumahtangga, keluarga mertua juga perlu diziarahi sebagaimana ibu bapa sendiri.

Keindahan kampung halaman seringkali membuatkan hati yang rindukan ibu bapa kian menggamit hati untuk balik. Sudah pasti mereka yang tidak teringatkan kampung halaman dan merindui keluarga yg ada di sana sesuatu yang pelik ataupun tidak normal. 'Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja' adalah pepatah indah orang Melayu dahulu kala bagi menggambarkan dekatnya hati kita kepada kampung halaman. Sudah pasti tempat bermanja adalah kepada kedua ibu bapa kita dikampung. Manakala tempat jatuh pula sudah pasti tempat kita bermain sewaktu kecil.

Alangkah bertuahnya mereka yang punyai kampung halaman. Keindahan air sungai. Kedinginan udara dinihari. Keasyikan panorama senja pabila mentari membenamkan diri dikaki langit. Kicauan burung meraikan mentari pagi.. segalanya sangat asyik dan indah..

Keseronokan balik kampung ini ditambahan lagi sekiranya kena dengan musim buah-buahan. Rambutan, durian, pulasan, rambai, manggis, kundang, langsat. Walaupun mungkin tidak semua itu datangnya dari kebun sendiri lagi, namun keseronokan musim buah-buahan masih lagi terasa...




Anis dan sepupu - keluarga sebelah Temerloh, Pahang


Alangkah indahnya kampung halaman
Tempat kita menjadi dewasa
Sepanjang hidup dalam ingatan
di mana berada dirindu sentiasa..

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)