Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan - Anis pandai Cakap dan berjalan.

Sehari sebelum ramadhan, Anis pandai jalan! Tapi baru dua tiga langkah. Seminggu sebelum tu Anis pandai berdiri sendiri. Bila hendak berdiri Anis akan sebut 'up' dan Anispun berdiri. Bila nak duduk Anis akan sebut 'down' dan Anispun turun dan mencangkung.Hai.. besar sungguh kekuasaanMu ya Rabb.. terkedu lihat perkembangan anak ni.. Kebesaran yang live dan sgt hampir iaitu depan mata..




Bila berdiri ANis akan sebut.. 'up'

Anis dah boleh berdiri betul.. tapi masih gayat lagi tu.. hehe

Bila duduk Anis akan sebut 'down' menunjukkan dia dah duduk.. pandainyer..

Malam tadi (31 Ogos 2008) sedang Anis suka-suka berdiri, Ummi suruh jalan... ja... lan... kata Ummi. Amazing! Anis berjalan dua tiga langkah ikut cakap Ummi... pandainyer anak Ummi.. :)

2-3 hari sebelum tu plak Anis ikut cakap Ummi. Bila Ummi sebut merah Anis pun ikut.. 'me.. ah..'. Bila sebut biru.. 'blurrr' sambil sembur air liur.. huhu. Anis pun ikut kalau sebut Hijau dan Green... pandainyer anak Ummi.. Alhamdulillah.


Pada mlm merdeka, sedang asyik bagi Anis makan malam sambil tonton TV mlm merdeka, Anis tiba-tiba sebut 'me..de..aa' Rupa-rupanya Anis sebut Merdeka! ikut TV.Ingatkan kebetulan. Pastu bila Ummi test sebut merdeka kat Anis, Anis pun sebut ikut patah perkataan.. 'me.. de..aa' Hai Anis.. Anis.. nampaknya Anis dah pandai belajar.. So pasni kena banyak la ajar Anis dgn konsisten! Bila besar jadi anak yang bijak dan solehah. Menjadi hambatNya yg beriman dan bertaqwa kepadaNya. Berbakti pada ibu dan bapa. Bermanfaat kepada agama, masyarakat dan negara... besarnya harapan Ummi dan Baba..

Gembira dapat berlatih duduk dan bangun

Haha.. ini la ci comel Solehah Anis.. posing abis anak Ummi..


No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)