Saturday, September 6, 2008

Hujung Minggu Datang lagi..

MEE KARI
Ahh... esok Sabtu lak dik. Cuti. Hmm.. boleh la Ummi kemas-kemas umah lagi.. Pastu nak masak apa berbuka ya? Ari ni Baba berbuka kat umah kita... Ummi pun dah set masuk office awal dan balik awal. Nak masak untuk Baba berbuka.

"Nak masak apa?" hah.. Baba dah call... eee terus teringat Mee Kari Makcik Nor kat blog dia tu.. tapi Ummi tak teror masak Mee Kari nih. Huhu.. tak penah masak Mee Kari sejak kawin ngan Baba. Masa sekolah2 dulu ada la tolong-tolong Mak Ngah dan Mak Lang Anis masak...

Jeng..jeng..jeng... tapi nak masak jugak Mee Kari.. dan... akhirnya siap la Mee Kari yg ringkas. Huhu.. berdebar gak nak bagi Baba makan nih.. Bila azan berkumandang, setelah Baba makan kurma dan minum air kosong... tiba la masa nak makan Mee Kari Ummi... "macam mana bang?".. huhu.....

"OK. OK. Sedap Baba kata." Huuuu bestnyer.. masak simple tu pun Baba kata sedap. Ummi test plak. Mana la tahu entah camane rasanya. Than.. Ummi makan.. humm... uish sedap gak.. hehe.. boleh la tahan dgn bahan-bahan yg kurang (Baba lupa beli). Tapi Anis tak leh makan lagi. Anis bleh makan nasi lembik Anis tu je.. ya sayang.


KOPEK KERANG
Bila berbuka Mee Kari maka nasi tolak tepi la. Sahur plak Ummi buat simple jer. Rebus kerang. Buat air asam (special gak. Bab ni mmg Ummi ok gak la) dan goreng bayam (baba Anis suka sgt bayam). Sahur ala kadar. Tapi masa sahur Ummi tolong Baba kopekkan kerang. Pastu Ummi cakap kat Baba.. "Bang.. cuba kopek kerang ni guna sebelah tangan cam ni" hehehe... Ummi 'eksen' ngan Baba.. "Abang tahu.. Abang Ipar Ummi sorang pun tak pandai bukak kerang sebelah tangan cam isteri2 diorang" huhu.. Baba sengeh je la.. cuab punye cuba.. Baba pun putus asa.. last-last.. Ummi la kopekkan kerang untuk Baba makan.. hehehe...


KE PEJABAT
Alhamdulillah.. sebabkan esoknya cuti.. so Ummi amik kesempatan kemas rumah baru kita tu. Huh! penatnyer.. cuci toilet. Kemas dapur. Balik study Ummi ngan Baba masih lagi bersepah dgn buku-buku. Baba pulak kemas loteng dgn fail-fail FKG Baba tu...

Ohh... Ummi kena gi pejabat la dik.. Nak siap keje. Ahad ni boss Ummi meeting. Alhamdulillah Ummi gi office dan Baba tolong anta adik ke nurseri. Lepas abis keje.. Ummi dok jap depan lap top dan mencoret kisah kita semalam.. Sat lagi Ummi amik adik ya sayang. Ummi dah nak balik ni.. Kemaskan laptop dan kunci bilik Akademi Islah nie.. Ahad kemas umah lagi... huh.. walau penat tapi seronok dapat rumah bawah nie.. mudah untuk pengurusan anak kesayangan Ummi... Jom balik!


Ini la pejabat Ummi.. macam Arkib Negara kan?


Ini nurseri Anis. Sejak Anis tukar nurseri, Anis dah jarang selsema dan demam serta sakit-sakit. Anis pun makin berisi sebab makan sedap!


Nurseri ni best sebab luas dan Anis boleh explore pelbagai aspek. Main, belajar, mengaji, tgk TV dan macam-macam la... Hai.. bila la Ummi nak ada nurseri sendiri ya?


Cikgu kata ni rumah 'port' kegemaran Anis kat nurseri. Masuk dlm rumah dia tu pastu ketawa sorang-sorang.. huhu.. Anis.. Anis.. Ha tengok tu.. Anis akan duduk kat tingkap dan lambai Ummi bila nak balik dari menyusukan dia.. kalau nangis pun letak Anis kat rumah dia dan nangis pun lupa.. Anis akan lambai Ummi dan sebut dgn manja nyer.. "Baaaiiiii".

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)